Monday, July 29, 2019

SELENDANG

Tiba-tiba aku terpandang seorang gadis dengan sehelai selendang hijau pucuk daun yang terikat pada pinggangnya. Kemunculan gadis yang satu-satunya berbeza itu menggugah jiwaku. Angin lembut berdesir lalu. Selendangnya melambai-lambai jiwaku.Aku teruja untuk melihat wajah pemakainya. Dia mula melangkah dengan lembut dan sopan ke dalam jaba. Aku hanya terlihat kelibatnya, namun selendang hijau pucuk daun yang terikat pada pinggangnya telah membuat hatiku teruja dan berbaur dengan pelbagai perasaan yang tidak menentu. Aku mahu mengejarnya, namun barisan perempuan yang masih menanti giliran untuk masuk ke dalam pura telah menghalangku daripada berbuat demikian. Aku terpaksa menantikan giliran.



Selain mengingat 'selendang' pemberian orang yang tidak disukai semasa Tingkatan 6 dahulu, saya lebih suka mengingati kisah 'selendang' ini. Selendang Sukma (SS). Sebuah novel tulisan Isa Kamari. 

Naskhah ini saya tangani pada tahun 2014, tahun-tahun awal perjalanan saya sebagai editor ITBM. Mungkin kerana saya 'bekas ustazah' (menurut ketua jabatan saya ketika itu), maka naskhah berat ini saya tanggung sebagai pengalaman baharu saya ketika itu.

Menangani naskhah SS ini tidaklah sesukar mana kerana Tuan Isa Kamari sendiri merupakan sasterawan mapan dari Singapura yang telah menghasilkan banyak karya.

Namun, cabarannya ialah persoalan isi kandungan yang membincangkan persoalan agama, persamaan agama, liberalisme, ekstremis agama. Mampukah saya yang cetek ilmu agama dan hanya 'bekas ustazah' ini?

Saya menyerahkan tugas suntingan luar kepada seorang rakan yang saya percaya beliau lebih pakar dalam hal ini, Tuan Azman Ahmad (Azman al-Kurauwi) - Al-Fatihah buat Almarhum yang telah meninggal dunia akibat kemalangan pada tahun 2016 lalu. :(

Almarhum merujuk kawannya yang bertugas di JAKIM dan akhirnya naskhah ini selesai disunting. 

Apabila ia siap, saya berdebar. Bimbang pembaca tidak mampu menghadam naskhah ini dan takut berlakunya kes 'pengharaman' novel akibat isi kandungannya yang membicarakan persoalan agama-agama di dunia dalam bentuk yang halus, nipis, samar, sesamar selendang yang menjadi imej pada kulit novel ini.
Walaupun tidak diragu
kebenaran adalah satu
tetapi tidak sekering atau secetek
telaga makna yang telah kita timba
kerana kemanusiaan
adalah danau
yang tidak terjangkau.

Membaca puisi pendek sebelum memulakan bab 1 novel SS ini juga membayangkan agar pembaca membaca dengan ilmu yang tinggi dan pemikiran yang berasas. 

------


 “Sekilas pandang memang begitu, mas. Bagi orang Bali, segala aturan yang diwarisi turun-temurun tidak boleh dilanggar atau diubah secara mendadak. Adat orang Bali tidak boleh dicampur dengan adat atau kepercayaan orang luar. Masing-masing dalam kawasan tersendiri,” jelas Dewi. “Lantas kenapa Dewi sanggup merubahnya?” “Kerana aku mampu melihat, ada perkara yang lebih asasi dan murni daripada penerusan adat atau kefahaman yang sudah berakar. Kerana aku melihat, ada persamaan yang sangat berharga dan harus dipelihara dan dikembangkan di luar adat atau dogma,” tambahnya.
------


Adakah kemanusiaan yang Dewi dan Ilham perjuangkan masih belum mampu menyelamatkan dunia akibat berbeza kepercayaan dan ektremis dalam agama? 

Bacalah. Dan nilaikan, kehidupan kita ini hanya senipis selendang yang menutupi sukma. 





LARI

Oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
*petikan lagu Bawa Aku Pergi, Kaka ft Zizan.


Ketika mendengar lagu ini berkumandang, saya fikir, 'Eh, bahaya, menggalakkan remaja lari dari rumah, ikut pakwe."

Kemudian, komen-komen pihak lain juga sama - ini lagu bernuansa negatif. Menggalakkan (menghasut) anak-anak gadis lari dari rumah. 

Namun, itulah situasi hari ini. Kalaupun tidak kerana lagu itu, fenomena anak gadis lari dari rumah memang sudah biasa. Kerana cinta, kerana terluka dengan keluarga, kerana depresi dan banyak lagi. 

Adakah lari mampu menyelesaikan masalah? Untuk apa kita berlari? 

Ada dua situasi 'lari' yang menangkap fikiran ketika membaca prompt yang disediakan oleh Norsa'adah Ahmad ini. 


SUFI YANG BERLARI





Sufi ialah salah satu watak dalam salah satu babak filem SEPI arahan Kabir Bhatia. Setelah isterinya meninggal akibat kemalangan (dan kesilapan dirinya yang cuai), Sufi terbeban dengan memori. Hatinya kosong dan tiada rasa meneruskan kehidupan. Sufi memenuhkan hari dengan berlari dan di situ dia bertemu dengan seseorang. Cinta berputik secara tiba-tiba apabila wanita itu menyedarkan tentang lari...

Sufi: Sebenarnya hari tu salah saya, bukan kasut. Saya berlari tidak berhenti.
Marya: Awak ni lari meninggalkan sesuatu atau pergi kepada sesuatu? 

Dan kemudian, Marya memberi cadangan tentang kasut yang menyedarkan Sufi, tentang tanggungjawabnya kepada dunia walaupun dia kecewa bagaimanapun...

RANGGA YANG LARI...



"Rangga, apa kamu lakukan ke saya itu, jahat!"

Dialog ini menjadi popular selepas Cinta menuturkannya dalam babak pertemuan semula Cinta dengan Rangga di Jogjakarta setelah 14 tahun terpisah (Rangga memutuskan hubungan dengan Cinta kerana ...)

Semuanya jadi alasan hanya atas tindakan 'lari'. Rangga, tidak menyelesaikan hal itu dengan baik. Hanya sepucuk surat, menyatakan keputusannya meninggalkan Cinta.

Pelarian Rangga juga berkaitan dengan pertalian kekeluargaan. Rangga sengaja tidak menemui ibu kandungnya, saking marahnya dia kepada ibunya, tanpa mengetahui apa sebab ibunya berbuat demikian (meninggalkan dia semasa kecil). 


Setelah mengetahui sebab putusnya cinta mereka, Cinta memaafkan Rangga, dengan sikap 'bergaduh tidak akan menguntungkan sesiapa'. Mereka pun berbaik. Dan nasihat Cinta, "maafkanlah ibumu."





Kedua-dua situasi LARI ini mengingatkan saya tentang hidup ini punya batas. Seperti puisi Aan Mansyur yang digunakan dalam filem AADC2 ini, tentang permohonan maaf Rangga kepada Cinta.

Semua perihal diciptakan sebagai batas 
Membelah sesuatu dari sesuatu yang lain
Hari ini membelah membatasi besok dan kemarin
Besok batas hari ini dan lusa
Jalan-jalan memisahkan deretan toko dan perpustakaan kota
Bilik penjara, dan kantor walikota,
Juga rumahku, dan seluruh tempat dimana pernah ada kita

Bandara dan udara memisahkan New York dan Jakarta 
Resah di dadaku dan rahasia yang menanti di jantung puisi dipisahkan kata 
Begitu pula rindu 
Antar pulau dan seorang petualang yang gila
Seperti penjahat dan kebaikan dihalang ruang dan undang-undang 

Seorang ayah membelah anak dan ibunya dan sebaliknya
Persis segelas kopi tanpa gula pejamkan mimpi dari tidur 

Apa kabar hari ini?
Lihat tanda tanya itu
Jurang antara kebodohan dan keinginanku
Memilikimu sekali lagi 


... dan hidup ini punya batas yang tidak memungkinkan kita berlari sewenang-wenangnya. Akhirnya kita akan ditemukan semula dengan apa yang kita tinggalkan...

SELESAIKAN, jangan lari!




KERTAS




Kertas, apabila kosong hanyalah sehelai kertas. Namun, apabila dibentuk menjadi sampan, roket, rama-rama, burung dan apa jua bentuk (origami), namanya akan berubah - sampan kertas, roket kertas, rama-rama kertas ...

Kertas, apabila ditulis sesuatu di atasnya, ia akan menjadi ...

SURAT

Ketika Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati, gadis Minangkabau itu terpana kerana perbuatan itu sungguh berbudi dan membantunya. Lantas, demi mengucapkan terima kasih, dipulangkan payung itu beserta surat.


Surat itu dibaca oleh Zainuddin, dengan perasaan sebagai seorang lelaki. Lalu, dibalas surat itu, selepas pertemuan mata kali kedua di tepian sawah ketika Hayati menghantar bekalan makanan untuk pak ciknya. Surat yang panjang, mengadukan nasib dirinya, orang Mengkasar terbuang yang ingin mencari teduh di bumi Padang.


Sudikah engkau jadi sahabatku Hayati? Saya akui, saya orang dagang melarat dan anak orang terbuang yang datang dari negeri jauh, yatim dan piatu. Saya akui kerendahan saya. Itu agaknya yang akan menangguhkan hatimu bersahabat dengan daku. Tapi Hayati, meskipun bagaimana, percayalah bahawa hatiku baik. Sukar engkau akan bertemu dengan hati yang begini, yang bersih lantaran senantiasa dibasuh dengan air kemalangan sejak lahirnya ke dunia! Zainuddin.


Sehelai surat ucapan terima kasih, kertas menjadi surat-surat panjang menyemai rasa cinta, putus kasih dan penyesalan yang berakhir dengan kematian kedua-dua insan.

Sebuah kisah tragis, perlawanan antara budaya, adat warisan dengan agama. Zainuddin tewas, Hayati tertindas.

Nilai kertas yang berubah peranan menjadi surat, yang mencatat sejarah dan rasa.

BUKU

sumber: kamus dewan 

Apabila kertas-kertas dijilid cantik, mengandungi tulisan-tulisan, ia disebut buku. Dan ia telah menemani manusia sejak ....

Buku dikatakan muncul dalam sejarah umat manusia, apabila orang Mesir mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 SM. Adapun kertas papirus yang diturunkan tulisan ini digulungkan untuk menjadi "skrol" (scroll), dan ia diyakini adalah bentuk buku yang paling awal.
Selain itu, buku juga muncul di tamadun yang lain dengan bentuk yang lain. Contohnya, di Kemboja, Sami Budha di situ membaca "buku" yang dibuat daripada daun dan amalan ini masih dikekalkan sehingga hari ini dan perkara pernah dilaporkan oleh Nasional Geografi. Manakala di negeri Cina, sebelum terciptanya kertas, para cendekiawan di situ menurunkan tulisan mereka di atas lidi buluh dan mengikat lidi ini menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang Cina mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal moden
Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negeri Cina seawal-awalnya pada 200 SM, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama.
sumber: wikipedia.

KERTAS-KERTAS YANG MERUBAH FIKIR


Himpunan kertas-kertas yang dijilid kemas, dalam dadanya tersusun aksara yang mengusung makna. Secara tradisi, kertas-kertas berjilid inilah yang menjadi buku lalu menghiasi rak dan mengisi aktiviti membaca. Di manakah keasyikannya, dan bagaimanakah aktiviti ini mampu merubah manusia? Benarkah membaca dapat memperbaharui erti kehidupan, sama ada daripada sudut perasaan, intelek, kematangan mahupun nilai kendiri?

Begitu pertanyaan-pertanyaan kecil pada awalnya, akhirnya membentuk kemunculan buku ini. Sekumpulan rakan pelbagai latar di forum Goodreads Malaysia yang sama-sama mencintai buku, menurunkan pengalaman "membaca" mereka ke atas kertas. Ramai antara mereka pernah menghasilkan karya-karya yang jauh lebih besar, dan begitu gembira dapat menyumbangkan buah fikiran masing-masing untuk buku yang sederhana ini.

Hasilnya, 21 karya dengan rempah-ratus enak yang dimuatkan dalam naskhah ini bakal membawa pembaca ke dunia buku melalui sorotan pengalaman "membaca" itu sendiri. Di samping memperkenalkan buku-buku yang telah "memerangkap" rakan-rakan Goodreads Malaysia, pembaca turut dibawa ke daerah buku yang penuh dengan misteri dan keunikan. Sudah bersedia? 


Membaca semula blurb buku ini, saya tersenyum sendirian. 

Apabila terpilih menyertai projek buku oleh kumpulan Goodreads Malaysia dan diterbitkan oleh Jejak Tarbiah, saya berasa bahagia. Selain berkongsi kisah bagaimana saya mengenali kertas-kertas yang merubah dunia baca saya, saya juga membaca kisah 20 penulis lain tentang kertas-kertas yang merubah fikiran dan hidup mereka. 

Bagaimana sebuah buku yang menghimpunkan kertas-kertas bertulis pelbagai kisah, merubah pemikiran pembaca sehingga mampu mempengaruhi yang lainnya. 

Memetik kata-kata Sayidina Ali r.a, "Ikatlah ilmu dengan menulis," yang memaknakan tanggungjawab menyantuni kertas dengan tulisan yang bermanfaat dan memberi faedah bukan sahaja kepada pembaca tetapi juga menjadi 'bekal' pahala buat penulis.

💟

Ada apa dengan kertas selain dibentuk-bentukkan menjadi sampan, roket dan rama-rama? 
Ada apa dengan kertas setelah digunakan sebagai penyambung hayat rasa antara dua manusia? 
Ada apa dengan kertas setelah menjadi buku, surat khabar, majalah ....


#julyblogpostchallenge #31julyblogpost

Thursday, July 25, 2019

HERO


Hal: You're so pathetic! No matter what side you're on, you're always the loser!
Megamind: There's a benefit to losing: You get to learn from your mistakes.

Adakah hero perlu selalu menang dan bukan hero  (villain) ialah orang yang kalah? 

Menonton Megamind lama dahulu banyak mengajar saya erti 'hero' dalam kehidupan. 

Ia bermula dengan takdir. Takdir meletakkan Megamind membesar di dalam penjara setelah terlontar dari planet asalnya - yang berlaga dengan Metro Man yang juga dari planet lain terlontar ke sebuah rumah mewah.

Megamind menyalahkan takdir. Dia sepatutnya yang mendiami rumah mewah dan membesar sebagai hero. Bukan seperti takdirnya sekarang. Maka ....


Megamind menganggap, 'inilah takdirnya' dan dia menjadi jahat kerana itulah takdirnya. Dia percaya itu. Sehinggalah apabila dia memperoleh kemenangan atas kejahatannya. 


Selepasnya apa? 


Megamind: What's the use of having it all, if there's no one around to stop you?

Kerana tiada 'lawan', Megamind mencipta Titan - yang lebih jahat daripada dirinya. Tapi Titan tidak mampu dikawal.

Megamind berpendapat, kejahatan hanya mampu dikawal oleh kebaikan. Pada masa yang sama, Megamind mendapat tahu, Metro Man sebenarnya belum mati. Itu semua lakonan demi ...

Metro Man: It all started back at the observatory. Roxanne was kidnapped, I was gonna stop you. My head wasn't in the game that day. We were kinda goin' through the motions. So, using my super speed, I decided to go clear my head. Then I realized, we had done this same silly charade our entire lives! I tried to get my mind off how I was feeling, but I just felt stuck. And I started to realize, despite all my powers, each and every citizen of Metro had something I didn't: a choice. Ever since I can remember, I've always had to be what this city wanted me to be. What about what I wanted to do? Then it suddenly hit me: I DO have a choice! I can be whatever I wanna be! No one said that this hero thing had to be a lifetime gig!... But you can't just quit either. That's when I got the brilliant idea... to fake my death! Once your death ray hit, I've never felt so alive. So I borrowed a prop from a nearby nursing school and Metro Man was finally dead! And Music Man was born!

Kerana gagal memujuk Metro Man, Megamind buntu. Tapi kata-kata Metro Man begitu menginspirasikan.

Metro Man: You know, little buddy, there's a yin for every yang. If there's bad, good will rise up against it! It's taken me a long time for me to find my calling. Now, it's time you found yours.

Dan sekarang Megamind  perlu 'menyelesaikan' kejahatan yang dia ciptakan sendiri. Melawan Titans dan berusaha mengubah nasib dan takdirnya sendiri!

Roxanne Ritchi: Megamind... I don't even know if you're listening... but if you are, you can't give up! The Megamind I know would NEVER run from a fight, even if he knew he had no chance of winning! It was your best quality!... You need to be that guy, RIGHT now. The City needs you... I need you.

Roxanne Ritchi: You did it! You won!Megamind: I finally had a reason to win... You.

Apapun sebab kejayaan kita, sesuatu menjadi pendorongnya. Hero wujud dalam diri setiap orang. Kita berjuang untuk diri sendiri demi melindungi orang lain. Tidak kisahlah kita bermula sebagai apa, pengakhirannya bergantung kepada bagaimana kita bertindak dan bersikap.

Filem animasi ini sangat memberi kesan kepada saya, juga anak-anak (setelah saya mengulasnya dengan panjang lebar. 


  1. Setiap orang punya takdir tersendiri, dan bagaimana kita mengawal diri, membentuk sifat dan sikap dalam hidup.
  2. Hidup adalah pilihan. Kita hidup untuk menyenangkan orang lain, menyenangkan diri sendiri atau kedua-duanya
  3. Jika kita bermula dengan kejahatan, tidak bermakna kita akan berakhir dengan kejahatan juga.
  4. Permulaan sesuatu kadangkala menjadi pengakhiran. Dan perngakhiran sesuatu, barangkali suatu permulaan ... ia berkaitan dengan hal 'meneruskan kehidupan dengan lebih baik'.
  5. Dalam kehidupan ada batasnya - dan agama (pegangan) menjadi batas terbaik dalam melakukan sesuatu. Manusia tidak akan pernah puas dan mampu dikawal selagi tiada batasan (halangan tertentu. 




Wednesday, July 24, 2019

CERTOT

Al-Fatihah, Ani Izzuani bt Kassim.

Masih kuingat lagi, ketika cerpen itu dibicarakan, kita berdua tenang-tenang sahaja. Kita seolah-olah terlempar kembali ke susur masa di rumah Mak Ngah. Kita lihat Mak Ngah tenang, menghadapi kematian suaminya, dan kemudian akan tinggal bersendirian – selepas ditinggalkan anak tunggalnya juga. Kita kemudiannya bungkam apabila cerpen itu dibicarakan terus-menerus sehingga pembicara pun menitiskan air mata. Kita seolah-olah kembali semula kepada Mak Ngah, kepada Pak Ngah, kepada pusaranya, kepada kesunyian rumah itu.
“Macam mana Kak Ila boleh tulis cerita sebegitu? Ani kagum.” Itulah kata-katamu selepas kita selesai berbengkel.

“Ani pun boleh tulis begitu. Ambil peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan kehidupan. Sebagai terapi diri dan juga sebagai panduan kepada mereka yang lain.”

Engkau mengangguk.

Dan kini, tidak tersangka aku akan menulis tentangmu pula, Ani. Aku mengambil masa yang lama, kini setelah setahun pemergianmu. Fragmen pertama tulisan ini aku catat pada hari pertama engkau pergi. Fragmen kedua, ketika hari raya menjelma, dan engkau tiada – kekosongan itu amat terasa. Dan fragmen ketiga ini, aku harap aku mampu tamatkan, untuk aku dedikasikan seluruh rasa kepadamu. 


💟

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, tanah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.
بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين

Allahyarhamah Hajah Ani Izzuani Binti Mohd Kassim ( Izzuani Kassim )
8 Feb 1982- 23 Nov 2016




Tuesday, July 23, 2019

HADIAH

Sumber: Emila Yusof

Apakah yang menyenangkan dalam hidup selain menerima hadiah - tidak kiralah apa bentuk hadiah pun sama ada berbentuk material atau kesenangan perasaan. Simboliknya seperti lukisan Emila Yusof itu, bagai memeluk bumi, memiliki dunia. :)

Dalam Islam, memberi hadiah amat digalakkan:

Saling memberi hadiahlah kalian niscaya kalian saling mencintai ...
(HR al-Bukhari, al-Baihaqi dan Abu Ya‘la)

Hadiah biasa diberi untuk memperingati sesuatu, menghargai sesuatu dan meraikan sesuatu. Hadiah juga mampu menjadi jambatan yang menyambung dan mempererat perhubungan sama ada kekeluargaan, persahabatan atau perkasihan.

Sama ada pemberi hadiah atau penerima hadiah, perasaannya sama - bahagia, berbunga-bunga dan tenang. 

Namun, ada juga hadiah yang diberi untuk mendapatkan sesuatu. Memerangkap, menghambat, mengikat. 

Pernahkah saya alami semua ini? Tentang hadiah-hadiah dan perasaan-perasaan selepasnya? Tentulah pernah. Ada sebahagian hadiah membawa rasa bahagia, ada sebahagian pula mengesalkan dan kedua-dua situasi ini memberi pengajaran dan pengalaman yang bukan sedikit. 

Antara yang mampu saya ingati:

  • Semasa sekolah, kali pertama dipuji seorang guru, Cikgu Kamaruddin yang mengajar Bahasa Melayu. Waktu itu saya berada dalam Darjah 6. Alangkah bahagia apabila karangan dipuji. Itu hadiah paling membahagiakan buat anak kecil seperti saya yang tidak mengharapkan pujian atau apa-apa daripada guru selain mahu menyiapkan karangan dengan segera. :)
  • Semasa Tingkatan 5, tersenarai dalam prestasi cemerlang pelajar Elit. Namun, saya tahu saya antara pelajar terakhir dengan gred yang tidaklah cemerlang mana semasa percubaan SPM. Semasa majlis penyampaian hadiah, saya ambil bena tak bena sehinggalah cikgu memanggil nama abah. "Cik Isa, sini kejap ambil hadiah untuk Zalila." Ya, waktu itu abah bekerja di hujung padang sekolah, buat rumah guru. Dengan berkaki ayam, baju penuh simen dan debu sana sini, abah naik pentas dengan senyum bangga. Saya sungguh sayu masa itu. Entah mengapa. Mungkin sebab mampu membanggakan abah walaupun dengan pencapaian kecil. Mengingatkan peristiwa ini saya tak mampu tahan air mata sehingga sekarang (walaupun sedang menaip babak ini).
  • Semasa Tingkatan 6, pertama kali ulang tahun kelahiran diraikan oleh kawan-kawan sekelas. Walaupun berkongsi dengan tiga rakan lain, majlis ini sangat mengharukan. Ia membuktikan kebersamaan, penghargaan dan kasih di antara kami walaupun berlainan bangsa dan agama. Terima kasih semua yang terlibat. Kek sangat sedap. Hadiah begitu istimewa. Untuk saya, anak kampung yang tidak pernah meraikannya.
  • Semasa Tingkatan 6 juga saya dikacau-kacau oleh seorang senior yang sungguh saya tidak suka. Beliau menghadiahkan sehelai selendang dan entah mana selendang itu saya campakkan. 😈
  • Semasa tingkatan 6 juga beberapa siri pertandingan saya sertai. Antaranya dapat anugerah pelajar sastera terbaik. Juga kaligrafi (nombor tiga daripada tiga peserta menengah atas. :P)
  • Dapat melanjutkan pelajaran ke universiti juga sebuah hadiah yang besar buat diri sendiri di samping membanggakan abah dan emak.
Dan kemudian siri hadiah menjadi suatu kebiasaan - pakwe beri hadiah (hahaha), dapat Adli, Iyad dan Umar :), beberapa hadiah sempena anugerah penulisan, dapat itu ini, dapat buku 💓💓💓💓💓💓💓, hadiah ulang tahun kelahiran  dan banyak lagi. 

Perjalanan ini tidak luar biasa mana. Tiada yang luar biasa untuk diri saya, namun setiap pemberian dan hadiah yang diterima menjadikan saya lebih menghargai diri sendiri. Bukan sahaja hadiah berbentuk material tetapi juga ditemukan dengan orang-orang yang baik juga suatu hadiah bermakna buat saya. Ini paling nikmat, rezeki paling menambat.

Siapa tidak bahagia dikelilingi orang-orang yang bersedia menemani kita, bersama-sama menjadi bayang-bayang dan cermin, menjadi kopi dan buku, menjadi kek dan sudu.

Mengingat perjalanan yang penuh dengan hadiah ini, segera saya teringatkan drama Korea Cheese in The Trap yang sangat saya sukai ini. Seorang Hong Seol yang bukan siapa-siapa, yang berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Soel tidak mahu banyak, hanya mahu segala susah payahnya berhasil - dalam pelajaran, dalam persahabatan. Apabila ada ujian dan dugaan, tentulah ia mengecewakan. Tapi Seol kuat (walaupun kadangkala lemah). Dia kental kerana dia percaya jujur dan berbaik sesama insan akan menenangkan perjalanan hidup.

Drama yang bagus dalam memberi simbol tentang 'hadiah'.




I walked on the road you used to walk on
Because I was curious to see if it meant the same to me
The nighttime when the heart grows cold again
Seems like your emotions that I don’t know of
I look at my side that suddenly feels strange
I’m next to you and you’re caring for me
Just like our hearts that we’re becoming more used to
I can’t seem to draw it out
Because you held onto me, who shakes with the littlest words
You treated me warmly when I was clumsy with everything
You held me when I was being foolish because it was my first time
I drawing a blank again
Dust is settling
Dust is building up again
No one is in my heart
Dust is settling
Days when I only looked forward and ran
You held onto me, who resembled you
My heart was able to rest because I Was next to you
I smiled when you smiled
On the way to you, there was excitement
On the way back, there was emptiness
Loneliness
I want to see you longer
Slowly, slowly
I wanna hug even your long shadow
I wanna embrace you
I wanna hug you
You suddenly came inside of me
Asking me to eat with you
I fell for that unfamiliar, unknown look.
~Attraction - Tearliner ft Kim Go Eun


SAHABAT



sahabat saya ialah diri saya sendiri

 Sahabat? Apa erti sahabat bagi awak? Bagi saya ....

Sahabat ialah seseorang atau sesuatu yang kita senangi, berada di sisi kala susah dan senang, menasihati kala suka dan duka. Mungkin sebagai bayang-bayang, dan selalunya menemani ketika diperlukan. 

Kerana sejak sekolah saya seorang yang introvert (mild introvert), maka definisi 'sahabat' saya temui ketika dewasa, ketika mengenal diri sendiri, ketika melihat keperluan diri melebihi keperluan lainnya, ketika tidak perlu terpaksa berkata 'ya' atau 'tidak' - saya ialah sahabat diri saya sendiri. 

Selepas mengenali diri, tahu apa yang diperlukan dan sudah punya pendirian, barulah saya melihat sekeliling, dan segala apa yang saya sukai, saya senangi akan saya jadikan sahabat, buat menemani perjalanan diri. 

Tentang keluarga, tentang kerjaya, rakan-rakan di sekeliling dan segalanya.


💟


Anak-anak adalah sahabat terbaik, kata mereka. Dan saya selalu membenarkan. Kerana mereka ialah sebahagian diri, maka apa yang mereka lakukan, katakan dan perlihatkan, ialah diri saya sendiri. 

Perlulah saya bersahabat dengan mereka kerana sehingga akhir hayat merekalah yang akan menemani dan insya-Allah menjaga saya kelak. 

Siapa mereka, ialah siapa saya. Mereka, cermin bagi saya.


💟


Sahabat saya ialah buku. Buku kalau pun mengecewakan, tidak pernah menyedihkan. Dahulu, ya, dahulu selalu juga saya silap pilih buku kerana 'menjaga hati' penulisnya, tersilap tafsir melalui blurb dan beli dengan nafsu. 

Sekarang, saya lebih adil, lebih waras dan lebih wajar dalam memilih 'sahabat' yang ini. Mungkin juga faktor kerjaya yang saya anggap juga sebagai sahabat kepada diri. Kerana saya suka buku, maka kerjaya sebagai editor menjadi satu keberuntungan yang tidak tahu mahu disamakan dengan apa. Alhamdulillah, sungguh saya bersyukur dengan takdir bersahabat dengan buku.

💟


Dan akhirnya, kembali kepada diri semula, sahabat saya ialah saya. Maka, saya berjanji untuk menjaga diri dengan baik dari aspek jasmani dan rohani.

Semua orang fokus kepada penjagaan dalaman, rohani, perasaan. benarlah, apa yang kita fikirkan, rasakan dan hadam akan membentuk sikap dan sifat kita dalam kehidupan. Bak kata Za'ba, "Perangai bergantung pada diri sendiri."

Menjadi tanggungjawab kita menjaga hal-hal dalaman. 
Namun, jangan pernah menafikan penjagaan luaran. 

Sejak tahun 2013, saya mula bertemu 'sahabat' yang ini. Sungguh, ia merubah diri saya kepada saya hari ini - cuba menyeimbangkan hal-hal dalaman dengan luaran. Saya fikir menjaga penampilan diri hal sepele, ah, pakai sahaja apa yang ada. 

Namun persepsi terus berubah sejak mengenali dan menggunakan Mary Kay sehingga kini. Betapa sahabat yang menjaga penampilan saya ini benar-benar membantu saya menyeimbangkan hal-hal perasaan dan penampilan diri. 



💟

Terima kasih kepada semua 'sahabat' saya kerana menemani perjalanan hidup saya sehingga ke saat ini. 



Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...