Friday, August 23, 2013

Rasa Semasa Menulis

Dengan tidak memandang cermin kita berfikir ; Oh, rupanya aku silap. Silap yang paling silap. Sangat silap.

~ Surat Kepada Kesilapan


Pandang cermin lagi dan berkata : kenapa air mata keluar padahal tidaklah sesedih mana.

Hidung, sila jangan kembang kempis.

*ini surat kepada siapa?


 Pandang cermin lagi dan berkata kepada diri sendiri : kita sangka kita ada ramai kawan, rupanya yang bising-bising meriuhkan hari kita hanya suara unggas dan bunyian alam. Tiba masa semuanya pergi. Kita, hanya ada suara hati.

*at least ada suara hati. Kalau hati pun mati?


 Cari cermin paling besar dan cakap kepada diri sendiri - gembira perlu dikongsi. Sedih, simpan kejap-kejap dalam hati.

*padan muka sendiri.

Catatan FB semalam yang mengundang beberapa tanya kepada kawan-kawan. Terima kasih yang bertanya. Ada dua persoalan besar yang mengganggu rasa semalam. Masalah peribadi yang kononnya mahu dikongsi kepada seorang kawan, tetapi kawan itu pula tidak mengendah. Oh. Mungkin dia ada masalah yang lagi besar daripada masalah saya (pujuk hati sendiri la kan).

Saya jadi kecil hati dengan sikapnya. Adakah saya hanya boleh berkongsi gembira dengan dia? Adakah segala masalah saya menyusahkan dia jika hanya dia mendengar sahaja pun?

Tidak mengapa kawan, saya masih ada ramai kawan lain yang boleh menadah telinga apatah lagi yang memberi bahu. Alhamdulillah, masalah selesai. 



KOMA

Ia tentang rasa. Dengan rasa yang ada, saya menulis. Ketika itu juga. Ketika rasa kecewa meruntun kalbu, saya curahkan ia dalam bentuk tulisan. Kawan yang prihatin, pasti dapat menebak emosi saya walaupun saya menggunakan bahasa yang sama setiap hari.

Begitulah juga dengan aktiviti penulisan. Sebab itu penulis selalu berkepit dengan pen dan kertas untuk mencatat segala rasa yang wujud. Kerana ia rakaman terbaik untuk kita menghasilkan penulisan yang penuh dengan rasa, hidup dan segar.

Lihat sahaja Sasterawan Negara Pak Samad lewat karyanya Warkah Eropah (Terbitan DBP). Melalui Warkah Eropah, Pak Samad mencatat setiap rasa dalam perjalanannya. Menulis surat dan catatan-catatan penting yang bukan sahaja berguna sebagai pengalaman yang paling segar tetapi juga berguna untuk bahan-bahan penulisan.

Kerana kita manusia yang selalu lupa, mencatat adalah perbuatan yang banyak manfaatnya. Percayalah. Mencatat dengan menggunakan pena dan kertas lebih besar rasanya daripada mencatat di dalam gajet moden masa kini. Saya pernah cuba. Rasa yang wujud tak sama. Ada beberapa catatan kecil saya di atas kertas yang apabila di baca semula ia mengembalikan rasa lama ke dalam diri. bentuk tulisan dan cara menulis melalui pen dan kertas ini membawa cerita yang sama seperti mula-mula ia dicatat.

Pen dan kertas, catatan rasa - elemen penting dalam penulisan. Ia takkan pupus walaupun ada teknologi canggih yang berfungsi mencatat dan menyimpan catatan.

Kelemahan saya pula ialah terlalu gemar mencatat menggunakan pen dan buku nota. Malangnya catatan itu bersepah di sana-sini. Saya mempunyai banyak buku nota yang di dalamnya terisi cebisan catatan-catatan saya tentang apa sahaja - bukankah dahulu saya bekerja sebagai wartawan...kan...

Dan sekarang, kena rajin kumpulkan semula catatan. Juga pastikan hanya ada satu buku yang digunakan untuk menyimpan segala catatan. Buku itu tidak boleh saya tinggalkan di mana-mana. Bawa!

Wednesday, August 21, 2013

Elemen Perjalanan Masa

Perjalanan yang lama dan panjang. Jem. Endang S Taurina pula menjerit halus 'dingin ... dingin ... dingin'.

Disambung jerit pekik Ziana, 'engkau ditakdir untuk diriku ... aku ditakdir jadi milikmu..'

Oh.
***

 Saya ada sedikit trauma mendengar lagu sedih-pilu-putus-cinta-melara-jiwa yang diputarkan di ruang santai (kopitiam, kedai makan atau majlis kahwin).

Tolonglah, saya cuma mahu minum dengan jiwa lapang okey. Jangan heret kenangan luka.
***

Apabila kita melabel sesuatu berdasarkan pengalaman dan bukannya ilmu pengetahuan, setakat itu sahajalah 'ilmu' kita terhadap sesuatu.

Kita kata cinta itu menyakitkan apabila kita terasa sakit hati. Itu sahajakah

~Surat Kepada Cinta Muda
***

Mendengar cerita seorang jiran tentang kekesalannya tidak mampu memberi pertolongan cemas kepada mangsa kemalangan pagi tadi (yang agak serius - dan mungkin melibatkan kematian), di kawasan perumahan kami, mengingatkan kepada saya soal asas.

"Sekurang-kurangnya kita mampu buat sesuatu yang asas. Kalaupun tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya mampu mengelakkan sesuatu yang teruk."

Dan dalam kehidupan seharian, asas kepada kemahiran, kepakaran atau apa-apa sahaja, amat perlu. Sekurang-kurangnya...

Kita bermula dengan asas. Hidup juga dengan asas.

KOMA

 Antara status saya di FB pada 18 Ogos yang lalu. Bercakap tentang elemen-elemen dalam perjalanan usia. Seringkali kita terkesan terhadap sesuatu yang boleh membawa kita kepada kenangan lama. Kadang, ia bukanlah hal yang besar dengan peristiwa pun. Sekadar, elemen itu membawa kita kembali menjengah hal-hal lama yang telah kita cicirkan dalam perjalanan.

Elemen ini mungkin berbentuk lagu yang berkumandang zaman dahulu dan diengari semula pada zaman ini. Tentulah kita akan terkesan apabila mendengarnya semula pada usia dan zaman yang lain.

"Eh, lagu ini semasa saya sekolah rendah."

Cukup. Ia membawa kita ke daerah lalu yang kadang pahit atau manis. tak kisahlah. Tapi ia jelas menunjukkan hidup ini ceritanya berulang-ulang dengan elemen yang sama. Sama ada kita ingat atau lupa. Itu sahaja.

Itu baru lagu. Belum lagi elemen-elemen lain seperti jalan-jalan yang pernah kita lalui. Atau sekolah lama kita. Atau wajah lelaki yang sama dengan kekasih monyet kita dahulu. Ha ha aha

KOMA

Untuk penulis, berada dalam ruang sedar menikmati dan meneliti semula elemen-elemen ini amat penting. Catatlah rasa yang wujud. Dengan tandaan-tandaan tertentu. Kita tidak boleh mencatat rasa dalam bentuk tulisan. Tapi kita boleh menghadirkan semula rasa itu dengan gaya bahasa yang tepat dan baik.

Catatan-catatan ini penting untuk menghadirkan rasa dalam penulisan. Jadi, tidak perlulah kita 'bercinta' semula semata-mata untuk menulis kisah cinta. Jika rasa itu kuat, tulisan akan menari sendiri. Jika ada catatan kenangan silam, itu lebih membantu.

Akhir sekali, jangan ambil ringan elemen-elemen yang penah berada dalam perjalanan usia kita hatta seketul batu yang pernah buat kita tersungkur.

Sakit kan, tersungkur? Itu juga pengalaman yang mendewakan kita dan mengenalkan kita kepada erti sakit.

Penulis memang perlu lebih sensitif dan perasa! :)

PENULIS : MAHU dan SANGGUP

"Tak perlu kau buatku mengerti
Tersenyumlah karena ku sanggup"

~ Agnes Monica - Karena Ku Sanggup

Mendengar bait-bait kata dalam lagu ini, mengertilah saya, antara mahu dengan sanggup mempunyai takah pengertian dan pemahaman berbeza. Seringkali kita kata, ya kita mahu, tetapi adakah kita sanggup?

Ambil contoh, kita mahu berkahwin. Tetapi, pernahkah kita berfikir, sanggupkah kita kahwin?

Juga, kita mahu menulis. Sanggupkah kita menulis?

Serta banyak contoh lain.

KOMA

Meredahi dunia penerbitan, penyuntingan dan hal-hal berkaitan buku, membawa saya kepada satu pengalaman yang besar mengenai MAHU dan SANGGUP.

Kita bercakap soal memulakan sesuatu dan proses sesuatu itu dilakukan. Juga hal-hal selepasnya yang perlu kita tanggung dan tangani.

Ramai orang mahu menulis dengan tanggapan-tanggapan tertentu mengikut niat masing-masing. Menulis kerana minat, bakat, mahu berdakwah, menyebar maklumat, melepaskan tekanan, kerana imbalan, popular dan sebagainya.

Maka, mereka menulis. Saya juga begitu. Menulis kerana mahu - dengan sebab-sebab tertentu yang disebutkan di atas atau sebab tersendiri yang tidak akan diberitahu kepada sesiapapun.

Selepasnya?

Sanggupkah kita mengambil tahu apa yang mahu kita tulis? Sanggupkah kita mencari maklumat dan melakukan kajian terhadap apa yang mahu ditulis? Sanggupkah kita membuat sedikit penyelidikan terhadap cara tulisan kita diterbitkan, disebarkan dan akhirnya sampai kepada masyarakat?

Sejauh mana kita mahu dan sejauh mana pula kita sanggup melakukan itu semua.

Ternyata MAHU sahaja tidak mencukupi untuk kita MENYANGGUPI hal-hal sesudahnya.

Dan itulah kelemahan penulis-penulis di Malaysia mengenai dunia penulisan mereka. Tidak ramai yang mahu dan sanggup menyeluruhi dunia penulisan yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah sama ada di peringkat penulisan lagi, ataupun sehingga ke peringkat penerbitan yang akhirnya menjadikan proses penerbitan buku menjadi lembab dan bermasalah.

Dan jika diperingkat penerbitan, editor juga tidak sanggup menanganinya, ia akan menjadi lebih bermasalah di peringkat khalayak pembaca.

Buku bagaimanakah yang ingin tuan/puan hasilkan hanya berbekalkan MAHU dan buku bagaimanakah yang tuan/puan ingin persembahkan jika ada rasa SANGGUP dalam menghasilkannya?

KOMA

Kepada mereka yang MAHU dan SANGGUP menjadi penulis, sebuah bengkel akan dijalankan pada bulan Oktober ini sebagaimana ketetapan berikut. Melalui bengkel ini, tuan/puan akan mendengar sendiri pengalaman penulis menghasilkan karya (yang banyak) dan juga pendedahan oleh editor mengenai proses penerbitan yang akan memudahkan lagi perjalanan manuskrip tuan/puan untuk diterbitkan.





Saturday, August 17, 2013

Untuk Hari Jumaat Yang Sebahagiannya Telah Pergi

Melihat yang di sisi. Adakah sama dengan yang semalam. Mungkinkah sama untuk esok dan seterusnya...

Atau kita yang bakal tiada di sisi mereka?

Tuhan, panjangkan umur kami untuk yang bermanfaat.



KOMA


Meninjau ke luar jendela, malam yang pekat tanpa bintang dan bulan (mana 'mereka' pergi ni?). Yang menghiasi langit cuma kerlipan lampu kapal terbang dan bunyinya yang membelah malam.

"Dahulu, saya pernah mengimpikan untuk naik kapal terbang setiap kali memandang kapal terbang melintasi mata. Dan impian saya dimakbulkan Tuhan. Saya dapat naik kapal terbang walaupun bukan untuk jarak yang jauh merentasi sempadan. Saya puas!" Saya beritahu dia.

Dia diam memandang saya. Dengan tekun menunggu saya meneruskan kata-kata.

Saya senyum lalu berkata lagi, "Dahulu, saya selalu mengimpikan untuk memiliki awak. Sehingga kini saya selalu pandang awak. Dengan impian lain yang bersuara lantang di hati. Saya tidak berharap memiliki awak. Cukup awak ada di samping saya. Seperti kapal terbang. Walaupun tak nampak bentuknya, bunyinya tetap mengundang rasa sehingga kita terdongak-dongak ke langit. Cukup."

~Surat kepada Kapal Terbang (Cinta)



KOMA

 Yang terpasak di kaki. Yang terbang melayang di hati.

Macam seram sahaja sebut benda-benda absurd ni.

*Siapa suruh baca buku cerita hantu malam-malam ni?



KOMA

Berkata kepada bintang, "kita ini istimewa. Simpan derita sebagaimana kita simpan gembira."

~Surat Kepada Bintang.



KOMA 

 "Ibu, masa ibu tiada, Umar betul-betul ikut perangai ibu. Iyad rasa dia rindukan ibu." Kata Iyad memulakan ceritanya.

"Iya? Dia buat apa?" Tanya ibu dengan rasa teruja (dah kembang hati ni).

"Ha ah..dia hempas pintu bilik banyak kali..." Iyad jawab dengan lancar macam nak kena penampar (lagi).

**grrr..mana ada ibu hempas pintu bilik la....(pandang kiri kanan)..angin yang tiup. Uwaaa sentap mak.

 

Friday, August 16, 2013

Menulis Cerita Hantu?

Sepanjang perjalanan balik tadi, bau daun pandan tak seharum nasi lemak lagi. Tapi bau ... ya wangi memang wangi, tapi seram sikitlah. Terus buka CD bacaan Yasin. Teruk betul editor ni.

*bolehkah saya yang penakut ini menulis kisah seram?

Surat-Surat

Jika menoleh ke belakang hanya membuatkan kita banyak termenung di sisi jalan, juga tersandung batu di jalanan, maka usah menoleh lagi. Teruskan perjalanan.

Batu-batu, kaca dan paku tajam (yang kadangkala ditabur oleh mereka yang kejam) di sepanjang perjalanan juga bukan untuk kita mengeluh kepenatan dan putus asa. Ia sepatutnya menjadikan kita lebih bijak melangkah dan berhati-hati dengan musibah.

Malam ini, yuk ngembara lagi - dan aku memilih untuk berkereta api. Lumayan, walau ke alam mimpi. Tuhan, beri aku waktu dan kesempatan. Aku ingin jadi manfaat untuk kehidupan.

Doa untuk diri, keluarga dan umat Islam di seluruh alam. Mesir, bertabahlah.

~Surat Kepada Nyawa

Ini salah satu status FB saya yang menggunakan konsep surat kepada...

Saya kira ini idea yang menarik untuk karya kreatif. Tetapi belum nampak jalan masuknya. Mungkin...

*Tambah senarai penulisan lagi. Yang lama tak siap-siap.

Kereta Api

Ya, berkereta api memang enak.

Tiba-tiba ... (chaiya ... chaiya)

Ini status FB saya semalam ...

Cerita tentang kereta api memang menarik. Saya lebih terfikirkan kata-kata seorang teman walaupun saya tidak berapa faham dengan perbandingan yang dia nyatakan itu. Kereta api, laju, dan akan berhenti berehat di setiap stesen.. Memulakan perjalanan semula, dan akan berhenti lagi. Ia seperti perasaan menunggu kekasih. Perlu ada momen yang menjadi 'perhentian' agar 'kereta api' tidak terlalu laju dan akhirnya susak mahu 'brek'. (Ini tafsiran saya terhadap apa yang dia kata)

Mungkin.

Dan respon di FB lain pula ceritanya. Ramai yang berkongsi cerita hindustan yang berkaitan kereta api. Mungkin sebab saya menulis 'chaiya...chaiya' di status itu. Dan Ya, kereta api boleh diumpamakan seperti kekasih. Akhirnya saya akur dengan perumpamaan yang kawan saya beri. Kereta api, kekasih, kereta api, kekeasih.

Cuba lihat antara kedua-dua ini - kereta api & kekasih.

Apa yang kamu bayangkan?

160813 (2)

Ada yang perlu dicatat setiap hari. Ada yang perlu dicatat ketika sudah selesai.

*Kebas tangan mencatat rahsia perjalanan. Semoga bermanfaat. Salam Jumaat.


Blog rahsia sudah lama tidak mencatat apa-apa. Hari ini cuba gagahi diri mencatat di blog Rumah Kecil Kami yang juga sudah bersawang. Catatan Hari raya yang sederhana. Banyak cerita tetapi tangan kebas. Banyak kerja sangatlah. Pinjam tangan sotong boleh? :P

Ada beberapa catatan yang terus dicatat waktu itu juga. Tapi, ada juga catatan yang tertangguh dan menunggu pengakhiran. Hidup pun tak tahu selama mana. Bimbang. Catat...catat...

160813 (1)

Dihenyak beribu-ribu aksara.

Padat. Luar dan dalam.


- Ya, dalam kepala ni banyak perkara mahu diselesaikan. Hal kerja sudah tentu tak akan habis dibuat. Ada sahaja yang selesai, ada pula yang baru akan dikerjakan. Hal peribadi, mengenai semangat penulisan sendiri, kerja penyuntingan yang membawa kepada idea-idea baru dalam penulisan sendiri, juga hal-hal yang bersangkutan dengan kaya dan mahu jadi kaya. Macam-macam. Berat kepala.

150813 (1)

Waktu rehat terpaksa ke Wangsa Walk sekejap untuk ambil kasut yang diperbaiki oleh kedai kasut.

Ceritanya, beli kasut di sebuah kedai tidak ternama. Sekadar kasut untuk jalan-jalan. Tidak sampai 100 meter memakainya, tapaknya tercabut dan saya segera memulangkannya untuk menukarkannya kepada kasut yang lain atau refund duit. Malangnya, seperti yang tertera di resit pembayaran bahawa, "Goods sold are not subject for returnable. Exchange within 3 days with receipt and good conditions...."

Bergaduh jugalah dengan penjaga kedai. Saya katakan, bagaimana saya tidak layak menukarkannya dengan kasut lain sedangkan saya beli tengah hari, tak sampai 100 meter sudah tanggal. Tentulah salah kedai. Penjaga kedai mengelak-elak dengan mengingatkan saya kepada apa yang tertera di resit. Akhirnya, dia meminta saya meninggalkan kasut itu untuk dibaiki. Saya tak ada mood, dan terus kata, 'ya'.

Ini kisah seminggu sebelum raya. Jadi, hari ini akan ambil kasut bertuah tu. Dan ingatan kepada pembeli kasut di luar sana, Semasa di kedai, sebelum membuat pembayaran, pakailah kasut itu dalam kedai dan buatlah beberapa pusingan catwalk atau ala tawaf. Kemudian, ketuk atau bantaikan kasut itu ke lantai beberapa kali untuk menguji ketahanannya. Kalau ok baru bayar.

Hihihi...

Sekian, tips membeli kasut murah.
Like · · Promote ·

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...