Wednesday, July 31, 2019

JIWA

jiwa (جيوا)

  • 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan mengenai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian persahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ raga ki daya usaha yg sungguh-sungguh: dia mengorbankan seluruh ~ raganya utk membesarkan anak-anaknya; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm keadaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; (sumber: Kamus Dewan)
------


"Jiwa juga diertikan sebagai seluruh kehidupan batin manusia (yang terjadi dari perasaan, fikiran, angan-angan, dan sebagainya)," katanya, membaca kuat-kuat definisi 'jiwa' yang terpapar pada carian Google.

Saya diam. Mencari-cari inti pati dan pemula jalan perbincangan kami. 

"Tidak ramai yang menyentuh persoalan jiwa secara mendalam, Zalila. Tidak banyak penulis atau karya yang memperkatakan soal jiwa, dengan bersungguh-sungguh - menepati definisinya, merangkumi seluruh perasaan, hati, fikiran dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan, kata-kata dan tingkah laku seluruhnya."

Dia menyambung lagi, "Penulis boleh lihat contoh watak dan perwatakan di sekitarnya - tentang seorang gadis yang dilamun cinta, seorang wanita yang putus cinta, seorang pelacur, seorang ibu, seorang anak, seorang bapa, seorang pekerja yang stres, seorang bos yang angkuh, dan macam-macam lagi perwatakan."

 "Tapi, untuk mendalami jiwa watak yang mahu ditulis, dia, penulis itu harus menjiwainya sungguh-sungguh, sedalamnya, berada dalam kasut watak, merasai ketawa tangis dan jerit pekik watak." Dia diam sebentar, merenung saya, dan mengakhiri percakapannya.

"... sehingga harus menjadi pelacur?" sambut saya. 

Dia senyum. "Engkau kena banyak belajar lagi." Dia membalas.


antara novel-novel yang sangat kuat jiwanya.

Saya teringat salah satu esei Usman Awang yang bertajuk, Penulis Melayu dengan Kamera Murahnya, yang tersiar di Dewan Masyarakat, November 1964.

Bercakap tentang pengarang-pengarang Melayu, kebanyakannya seperti tukang gambar sahaja – beberapa orang, keluarga, golongan, dikumpulkan tergesa-tergesa lalu digambar dan “kita senang melihat gambar semacam ini kerana kita kenal orangnya atau tempatnya” – memang dapat kita akui kebenarannya kerana sebagai tukang gambar amatur dengan kamera murahnya kebanyakan penulis kita tidak mampu membikin teknik yang baik sebagaimana seorang profesional dengan cine-cameranya. Ini juga hendaknya menarik perhatian penulis-penulis kita untuk lebih tekun dan belajar lagi mengangkat diri dalam teknik penulisan mereka. 

Ada pengarang Barat yang hendak menulis tentang pekerja-pekerja lombong arang batu, lalu datang ke suatu lombong arang batu dan meminta bekerja di situ dan hiduplah dia sebagai seorang buruh dengan segala duka dan sukanya. Dan seorang pengarang Indonesia pula tidak akan dapat menulis Blora atau Mereka Yang Dilumpuhkan kalau dia tidak mengalami hidup penjara dan revolusi. 

Demikian juga Orang Tua Dengan Laut tidak akan dapat ditulis begitu sahaja kalau pengarangnya tidak mengenal kehidupan nelayan tua di Havana yang tahu tentang angin dan air masin, permainan ikan besar dengan pancingannya. Dan segala ini tentu disenangi oleh pengarang-pengarangnya, melihat sesuatu golongan, keluarga atau orang dengan tempat-tempat yang telah dikenalnya.

Bagaimana penulis harus menjiwai setiap apa yang ditulisnya, agar karya yang terhasil benar-benar masuk ke dalam jiwa pembaca, seterusnya memberi suntikan kesedaran, keinginan untuk mengubah atau bertindak memperbaharui zamannya.

Dalam esei bertajuk “Pengertian bakat, Ilham dan Tugas Sasterawan” yang ditulis pada tahun 1954, Usman Awang ada menyebut, “Masyarakatlah ilham, dan bagi memperolehnya sasterawan “haruslah menerjuni masyarakatnya, mengenali masyarakatnya sendiri dengan segala perhubungannya”. Manakala tugas sasterawan pula ialah: … memperdalamkan dan memperluaskan lagi kesedaran dan keinsafan orang-orang lain tentang diri mereka sendiri dan tentang masyarakat yang mereka diami, mendidik dan membimbing orang-orang lain ke arah kemajuan dan kemerdekaan, membela keadilan dan kesucian, membentuk budi pekerti yang luhur dan mempertinggi peradaban bangsa.”

Bagaimana drama, karya, filem dan seni-budaya kita hari ini? Adakah persoalan pembangunan jiwa dititik beratkan? Jika, ya, bagaimana bentuk paparannya? 

Adakah dengan memaparkan drama-drama masyarakat tentang kepincangan kekeluargaan, soal setia-curang suami isteri, soal bobrok remaja yang tidak berkesudahan atau tentang masyarakat yang sudah hilang nilai kemanusiaannya?

Apakah cadangan penambahbaikan dalam karya-karya ini? 

(Dan tiba-tiba membandingkan dengan drama-drama Jepun dan Korea yang kini mengungguli persada hiburan di dunia. Drama yang bukan sahaja menghiburkan tetapi mengandungi elemen-elemen kejiwaan yang sangat berseni dan teliti dalam setiap aspek). 

Nabi SAW bersabda: “Umat terdahulu selamat (jaya) kerana teguhnya keyakinan dan zuhud. Manakala umat terakhir kelak akan binasa kerana kebakhilan (harta dan jiwa) dan cita-cita yang kosong.” (Riwayat Abi Ad dunia).
-----

Menunduk, ah, panjang lagi pembelajaran yang harus saya tempuh dalam usaha menulis karya yang penuh dengan jiwa kemanusiaannya. 


PABILA MENULIS

Selalunya aku menulis tentang dunia
yang sudah tidak berputar sewajarnya
kutulis perihal kemanusiaan yang bersifat haiwan
tentang pemimpin yang salah pimpinan
tentang lelaki dan perempuan yang selalu salah haluan.

Kadangkala aku menulis tentang perasaan
yang menjadi inti dalam hidup insan
kukhabarkan dalam jiwa setiap yang hidup
penuh  cinta saling bertaut.

Jarang-jarang aku menulis tentang tuhan
yang aku sendiri tidak begitu kenal
jarang kutulis tentang dosa dan pahala yang melingkar
kerana bimbang ia menjadi kata-kata
yang tidak tersimpan dalam genggaman.

Sesekali aku menulis dengan marah
tika suara-fikirku di lontar ke tepi
tika tulis-catatku di salah erti
sedang aku sendiri khilaf
bersuara tika alam membingit rasa

menulis tika mereka tidak mahu membaca.

Sungai Buloh. 2011


Tuesday, July 30, 2019

SIBUK


Jika ada kesanggupan, akan ada kesempatan. 

Ayat keramat ini menjadi azimat buat saya, dan dia, yang sudah berjanji akan sentiasa ada untuk meneruskan usia yang masih tersisa ini. 

Benar kawan, jika kita sanggup, kita akan mengadakan kesempatan apa pun untuk memperbaiki, meneruskan, menikmati dan sebagainya.

Jika ada kesanggupan. Sanggup. Dengan rasa mahu dan cinta, tentunya, sesibuk mana pun - SANGGUP.


Benarkan perkara SANGGUP ini mampu membunuh segala halangan yang bernama malas, susah, leceh, sibuk dan lain-lain lagi?

Betul. Cuba praktikkan. 

Menyanggupi sesuatu yang diyakini boleh dilakukan - akan menambahkan lagi keyakinan untuk melakukannya. 

Menyanggupi sesuatu yang belum pernah dilakukan - akan menguatkan keinginan untuk mencuba melakukannya.

Menyanggupi sesuatu yang mustahil dilakukan - akan menguji kekuatan dan kelamahan diri dalam menangani sesuatu.

Jadi, mengapa novelmu tidak siap-siap Zalila?

Ya, saya tidak akan bercakap soal SIBUK lagi.

Barangkali saya belum sanggup. Barangkali.

Menangis.

--------

“Saudara sibuk ya? Maafkan saya....” 
“Ya, sebetulnya saya bergegas ....” segera dia memotong kata-kata gadis di hadapannya itu. 
“Baik. Baik. Maaf. Saya minta maaf kerana ganggu urusan saudara. Cuma, saya mohon, saudara dapat membalas persoalan-persoalan saya lewat e-mel yang saya kirimkan. Ia penting bagi saya.” Gadis itu berkata lagi dengan penuh harap. 
Dia serba salah. Namun, dia harus segera menamatkan pertemuan itu. Lalu dia mengangguk dan berkata, “Baiklah, saya akan balas sesegera mungkin. Maaf juga kerana saya agak sibuk.” 
“Ya ... ya saya faham. Saudara kan penulis dan pelajar sarjana.” Gadis itu kelihatan tersenyum manis dengan janji Hambali.

Sekian, novel yang tidak siap-siap kerana sibuk katanya. :P 




SUSUN

sumber: pexels


Susun, menjadi perkataan yang bermakna, dengan nilai yang ditetapkan. Setiap abjad ada kiraannya.

Demikian, permainan ini pun bermula. Kita berlumba-lumba menyusun dan membentuk perkataan dengan keterhadan abjad yang dibekalkan. Markah dikira. Maka, itulah keputusannya. Menang - kalah. 


SUSUN ...

Dalam kehidupan, susun-menyusun juga membentuk siapa dan nilai diri kita. Mengikut umur atau mengikut peluang dan ruang yang tersedia. Bagaimana kita mengisi takdir, membentuk nasib - bergantung kepada bagaimana kita menyusun langkah dan tindakan kita.

Ada orang, hidupnya tersusun sejak kelahirannya - bersekolah, berjaya ke universiti, bekerja, kahwin, beranak-pinak, bersara, meninggal. 

Ada orang hidupnya tidak mengikut susunan kronologi - Sejak kecil gelandangan, tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain, bekerja, bertemu pasangan, bercerai, hidup tak menentu, berusaha kembali, berjaya... gagal ...

Dan pelbagai lagi bentuk dan corak kehidupan manusia, mengikut takdir yang ditentukan oleh-Nya.

Susun, tidak semestinya perlu bermula dengan langkah pertama (usia muda). Susun, perbuatan atau tindakan berterusan untuk setiap langkah, sama ada langkah pertama atau langkah yang berulang-ulang sehingga langkah penamat.

Setiap sesuatu ada susunannya walaupun hal yang sama. Susunan yang betul melahirkan hasil yang dikehendaki. Susunan yang salah, sila cuba lagi dan lagi.


Seperti kepingan puzzle, kita tidak tahu padanan dan sambungan gambar (takdir) yang ditentukan. Kita hanya mencari dan mencantumkannya mengikut kesesuaian. 

Akhirnya, terhasil gambar.



Bukankah, Tuhan sendiri mengingatkan ...


Demikian, hidup ini, adalah susunan dan cantuman takdir + nasib yang ditentukan pula oleh sikap + sifat kita menangani kehidupan ini dengan cara bagaimana.



MENANG




Catatan Menang - kalah

Adli Hakim tidak mahu ke sekolah. Ada sukan lumba lari. Dia tidak mahu turut serta. Pasti kalah.
Saya diam. Mengalih fikiran daripada bahan suntingan yang memberatkan fikiran.
"Ibu tidak pernah masuk lumba lari sejak tingkatan 1 sehingga 4. Ini kerana ibu selalu kalah sejak sekolah rendah. Semasa tingkatan 5, ibu dipaksa masuk. Dan...awak tahu, ibu mampu kalahkan atlit sekolah."
"Maknanya Hakim kena tunggu tingkatan 5?" tanya dia.
Tepuk dahi. Kemudian ibu kata, "kalau kita tidak cuba dan cuba, bagaimana kita tahu akan kemampuan kita? Jadikan ia perlumbaan yang menyeronokkan dan bukan menang-kalah. Lari dengan gembira. Bayangkan di hadapan sana ada.... Bla... Bla..."
Tin tin..bunyi hon van sekolah. Hakim memecut pakai kasut.
Di atas meja, wang belanjanya tidak di bawa.

11 Jun 2013

-------------

Engkau lewat lagi hari ini, mentari. Aku menang.
Jawab mentari, tiada menang-kalah dalam cinta. Bukan aku yang lambat, tapi engkau yang terlalu laju.

18 Mei 2015

----------
Hari ini belajar satu perkara - beri kekalahan kepada pihak lawan, dengan cara memenangkannya.
*Walaupun hati pedih, tapi percaya, orang yang tak berusaha untuk menang, andai diberi kemenangan yang banyak sekalipun, dia akan kalah.

24 Jun 2015

----------

Buku terbitan terkini, tetapi kandungannya bukan isu terkini. Jadi, buat apa beli?
Demikian kata seorang kawan yang tak berminat membeli buku-buku terbitan terkini mana-mana penerbit.
Saya, beli apa yang saya mahu baca. Dan membaca buku bukan sebuah perlumbaan menang-kalah. Ia untuk diri sendiri. Bersyukur kali ini tidak 'mabuk' beli buku.
Memang ada penyakit orang beli buku kerana mahu memenuhi kepuasannya membeli buku-buku baharu.
Tak apalah. Beli buku baharu atau lama, sekarang atau bila-bila, yang penting baca.

8 Mei 2017

--------
"Biasa sahaja karya dia. Menang sebab kroni."
Antara kutukan (bukan kritikan) yang biasa kita dengar.
Selalu juga saya jawab bagi pihak pemenang;
"Ya, saya menang sebab saya hantar. Kalau pun kalah, saya tetap menang sebab saya bertanding."
"Jika awak rasa karya awak lebih bagus, marilah bertanding secara adil."
"Atau, cubalah siarkan, terbitkan dan jual karya awak. Laku atau tidak."
Selepas bertarung dengan masa dan suasana, barulah kita boleh kritik dengan adil.
Ini tiada kaitan dengan puisi saya yang menang hari itu. Saya tetap percaya kepada rezeki dan penilaian panel yang dilantik.
Marilah teruskan menulis....

5 November 2017
----------

"Saya ialah manusia yang tiada perlawanan. Tiada menang atau kalah. Jadi, jika awak mahu berlawan dengan saya, sia-sia sahaja. Saya bukan lawan awak. Cuba awak berlawan dengan bayang-bayang sendiri. Begitulah analoginya jika awak mahu berlawan dengan saya. Awak faham itu? Dan sekarang, saya mahu balik."
~Dahlia dan Doa di Pusara. LH

12 februari 2018

------

Sekarang tempoh masa bukan memperbanyakkan tetapi menambah kualiti pada yang sedia ada.
Kemenangan terwujud apabila setiap yang terhasil menjadi sebutan berdasarkan ciri-ciri yang ada padanya.
'Kemenangan' di sini bukanlah menang-kalah perlawanan tetapi objektif, kualiti dan manfaat sesuatu itu terlaksana.
"Tapi orang mahu banyak. Mahu kuantiti. Mahu tunjukkan hasil sebesar 'gunung'." Saya menukas.
"Kalau banyak jadi sampah, buat apa? Sampah yang boleh lupus sendiri tidak mengapalah. Kalau sampah yang makan beratus tahun lupus? Yang membawa penyakit pula?" Dia meningkah.
Diam.
"Ya, jangan terlalu positif tidak bertempat. Terlalu 'jalan terus' tanpa belajar apa-apa dalam perjalanan itu. Kata mahu membina, mahu berjasa? Buatlah sehabis baik. Yang rosak, katakan rosak, buang. Yang baik, sebarkan sebaiknya."

17 Jun 2019
------
Tangan yang menulis cerita tidak sama dengan fikiran yang menyimpan cerita.
"Apa yang ingin disampaikan dalam buku ini kelak? Dari situ boleh fokuskan isu-isunya."
Masih relevankah kenyataan 'sejarah ditulis oleh orang yang menang'?
12 Julai 2019

---------


Masa tidak banyak. Masih mahu berlawan menang-kalah?


BUDI

sumber: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=budi


Budi adalah soal besar dalam hidup. Bagi saya, orang yang berbudi, tingkat kedua tinggi selepas beriman. Sebab itu wujudnya perkataan 'budiman' yang bermaksud; budi + iman.

Orang yang budiman, menggaul peribadi yang baik, melalui kekuatan iman (dalaman) dengan sikap yang luhur (berbudi bahasa, rajin, bertolak ansur, tidak angkuh dll).

Bagaimana ia terbentuk? Melalui didikan ibu bapa, dan pergaulan dengan sekeliling, berguru dengan orang yang alim dan berilmu, dan banyakkan membaca. 

Adakah sekarang tidak ramai yang berbudi? 

Mungkin. Boleh lihat sekeliling dan senaraikan. Dari sedekat-dekat ahli keluarga sendiri sehingga ke masyarakat luar. 

- Meninggalkan perintah Tuhan, tidak menghormati ibu bapa, suami tidak menghargai isteri, isteri tidak menghormati suami, anak-anak tidak mampu dikawal, keras kepala, memaksa-maksa, tidak belajar dengan baik, tidak menghormati jiran, tidak menghormati undang-undang, angkuh, sombong, membazir makanan, tidak bertolak ansur di jalanan, bersikap dengki dengan orang lain, tamak, membazir masa ...

Bagaimana mahu jadi budiman?

Latihlah diri menjadi baik. Sukar tapi boleh. Kalaupun syurga terlalu jauh untuk dibayangkan, berbudilah kepada seluruh alam untuk ketenangan dan kebaikan diri sendiri. 


Jika kita tidak suka diperlakukan jahat, maka janganlah berbuat jahat kepada orang lain.

Pesanan: Jangan termakan budi.

Banyak perkara budi diperkatakan oleh masyarakat dek kerana pentingnya soal budi dalam melestari kehidupan. Jom baca peribahasa BUDI ini.



Banyak ubi perkara ubi,

     ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     budi baik saya kenangkan.




Monday, July 29, 2019

MATA

"Dia bolehlah, Prof. Dia tak nampak. Kurang godaan dunia!" Jawaban seorang rakan kuliah, kepada pensyarah yang memuji seorang pelajar tunanetra (kurang upaya penglihatan), yang mempunyai markah tinggi dalam subjek itu.

Kami terdiam, menyimpan gelak dan terfikir sesuatu. 

Mata. Godaan dunia.

-----


Aankhon Ki Gustakhiyan Maaf Ho
Let the mistakes done by these eyes be forgiven
Ho... Aankhon Ki Gustakhiyan Maaf Ho
Let the mistakes done by these eyes be forgiven

Ek Tuk Tumhein Dekhti Hai
They look at Your for a moment
Jo Baat Kehna Chaahe Zubaan
What my mouth wants to say to You
Tumse Ye Woh Kehti Hai
They speak that to You

Aankhon Ki Sharm-o-Haya Maaf Ho
Let the modesty and transgress done by these eyes be forgiven
Tumhein Dekh Ke Jhukti Hai
Looking at You, they look down
Uthi Aankhein Jo Baat Na Keh Sakin
The talks that the raised eyes couldn't say 
Jhuki Aankhein Woh Kehti Hai
The bent eyes have said

Aankhon Ki
Of the eyes
Aankhon Ki Gustakhiyan Maaf Ho
Let the mistakes done by these eyes be forgiven

Kaajal Ka Ek Til Tumhare Labon Pe Laga Loon
Let me apply a small dot of kohl on Your lips
Haan Chanda Aur Suraj Ki Nazron Se Tumko Bacha Loon
Let me protect You from the evil eye of the Moon and the Sun
Palkon Ki Chilman Mein Aao Main Tumko Chhupa Loon
Let me hide You behind the curtains of these eyelashes
Khayaalon Ki Ye Shokhiyaan Maaf Ho
Let the sauciness (vividness) of these thoughts be forgiven
Har Dam Tumhein Sochti Hai
They think of You all the time
Jab Hosh Mein Hota Hai Jahaan Madhosh Ye Karti Hai
While the world around me is in their senses, it makes me intoxicated

Aankhon Ki Sharm-o-Haya Maaf Ho
Let the modesty and transgress done by these eyes be forgiven

Ye Zindagi Aapki Hi Amaanat Rahegi
This life shall always be Your fidelity 
Dil Mein Sada Aapki Hi Mohabbat Rahegi
In my heart there will always be love for You
In Saanson Ko Aapki Hi Zaroorat Rahegi
This breath shall always need You
Is Dil Ki Naadaniyaan Maaf Ho
Let the innoncence of this heart be forgiven
Ye Meri Kahaan Sunti Hai
They don't listen to me
Ye Pal Pal Jo Hote Hai Bekal SanamTo Sapne Naye Bunti Hain
In every uneasy moment, My Love, it starts weaving new dreams

Aankhon Ki
Of the eyes
Aankhon KiOf the eyes
Gustakhiyan Maaf Ho
Mistakes be forgiven
Sharm-o-Haya Maaf Ho
Modesty and transgress be forgiven


Bercakap tentang mata, saya teringat lagu ini, dari filem Hindi kesukaan saya, Hum Dil De Chuke Sanam. Ia berkenaan mata. Mata yang tidak mampu dikawal sehingga memerangkap hati dan perasaan. 

Lebih kurang lagu R. Azmi, Dari Kerana Mata yang turut bercakap soal mata, membawa ke hati. 

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Benarkah mata benar-benar berbahaya jika tidak digunakan dengan betul? Islam sendiri banyak menyebut tentang menjaga pandangan (mata) yang mampu mengawal banyak perkara (berkaitan nafsu). Tidak mahu berceramah di sini, Boleh sahaja google tentang nasihat menjaga pandangan mata. 

----


Selain menjaga pandangan, mata, dari sudut literalnya, perlu dijaga kerana mata adalah anugerah Allah yang paling berharga. Ada orang dilahirkan dan ditakdirkan tidak mempunyai mata (kurang upaya penglihatan).

Betapa sukarnya tanpa penglihatan. Banyak drama dan filem, juga tulisan (buku) berkaitan dengan kisah orang kurang upaya penglihatan. Banyak amanat dan pengajaran di samping betapa sukarnya kehidupan orang tidak dapat melihat.

Selain bersyukur kerana masih mempunyai indera penglihatan ini, jagalah juga pandangan mata agar yang sampai ke hati dan fikiran ialah perkara yang baik-baik sahaja. Jangan kufur nikmat...

---

Mata awak, sudah beri jawabannya. Kata dia. 

Saya tertunduk. Menyesal.

*tak sangka dulu suka ambil gambar mata sendiri. :P

#julyblogposts #july2019entries





KAYA



Apabila menyebut perkataan KAYA, yang tergambar adalah hal-hal berbentuk material - rumah besar, duit memenuhi akaun bank, emas berlian sehingga ke pangkal lengan, kereta mewah, pakaian berjenama memenuhi almari, makanan enak dan mahal ... apa lagi?

Itulah lambang kekayaan. 


Seiring kedewasaan juga, kita dihidangkan dengan konsep dan istilah kaya seperti yang disebutkan di atas. maka, kita anak-anak sekolah pun dimomokkan dengan 'belajar tinggi-tinggi, dapat kerja baik dan jadi kaya'. 

Menonton drama-drama di televisyen, ya, kaya itu adalah seperti yang saya sebutkan dalam perenggan pertama itu.

Itulah KAYA!

----

Hakikatnya, itulah kaya. Tiada selainnya. Setuju?

----

Seiring kedewasaan, kita pun berjaya mencapai apa yang kita mahukan - belajar sehingga ke universiti, kerja yang baik, gaji setiap bulan sehingga mampu membeli pakaian yang diidamkan, kereta yang termampu dan rumah (jika mampu beli), makanan yang diinginkan semasa kecil. 

Adakah itu definisi kaya? 

Belum. Kata kita. 

Sebab ada masanya, terutama untuk membeli lebih daripada gaji yang diperoleh setiap bulan, kita masih bermimpi. 

Kadang juga, belum sampai 10 hari gaji, duit dalam simpanan pun semakin nihil.

Kita pun berusaha lagi, mencari wang sampingan, kerja tambahan, membeli masa keluarga, meninggalkan anak-anak untuk mencari duit lebih. 

Alasan, perbelanjaan semasa menghambat kita agar terus bekerja dan mencari wang kerana apa yang ada masih belum mencukupi. 

Alasan lain, untuk bantu orang lain yang dalam kesusahan. 

Kita gagal. Kaya masih belum dicapai malah sebenarnya sukar dicapai jika tiada perancangan jitu.

---

Kaya sebenar ialah kaya hati. Itulah bahagia hakiki, bukan duit. Kekayaan tidak mampu beli masa, tidak mampu menyihatkan yang sakit, tak mampu beli usia, tidak mampu beri cinta sepenuhnya. 

Kata seseorang. 

"Saya akan membahagiakan awak dengan cinta. Kita akan hidup bahagia dengan cinta yang mekar ini," kata lelaki itu, walaupun ketika itu mereka masih dalam pengajian dan belum punya pekerjaan pun.

(Jika saya berada di tempat wanita itu - dengan pengalaman panjang tentang kaya-miskin dan hakikat kehidupan sebenar - maka saya nasihatkan perempuan itu cari lelaki lain, dan jeritkan, "Hey, wake up. Cinta tak boleh beli beras!)


Sarkastik!

---

Perlukah kaya?

PERLU - dalam erti kata sebenar - kaya harta. Jangan terlalu tenggelam dengan ayat, "Tidak apa miskin harta asalkan kaya adab dan budiman."

Adakah orang kaya semuanya tidak bahagia, tidak beradab dan tidak beriman?

Perlu kaya ....

Kaya sehingga mampu bantu sesiapa sahaja, dan berbuat sesuatu demi bangsa dan agama. 

Rasulullah SAW bersabda: "ALLAH SWT memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemah serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya." (Riwayat Ibn an-Najjar)
Dalam hadis itu, Islam tidak menghalang umatnya untuk mengumpul sebanyak mana harta kekayaan yang diingini, namun mestilah dengan cara yang halal dan diredai.
Hanya dengan mencari kekayaan, nasib umat Islam akan terbela dan dapat menghindarkan diri kita daripada meminta-minta, sebaliknya mengumpul pahala dengan cara membelanjakan harta ke jalan ALLAH.

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...