Thursday, May 04, 2023

PELAJARAN KEHIDUPAN 1: MASA


Gambar sekadar hiasan. Petikan halaman buku Faust, Goethe, ITBM 2012.



Setiap orang mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari. Bezanya bagaimana masa itu diisi. Pelajaran pertama ini mengambil topik MASA.

Bercakap soal masa, akan tergambarlah bagaimana hal masa diperkatakan ramai orang. Masa amat berharga, begitu cepat masa berlalu, masa mencemburui kita (bukan main kata masa cemburukan dia, padahal masa seperti sungai yang mengalir, jika lambat, hanyutlah).

Masa bagi abah sangat berharga. Sejak kecil saya dididik dengan masa yang 'pantas' dan 'penuh'. Abah kuat bekerja. Jarang duduk-duduk atau buat sesuatu yang tiada apa-apa. Semua yang abah buat ialah 'apa-apa'.

Bangun awal untuk solat subuh, terus ke kebun, balik dari kebun makan pagi sekejap, lepas tu hilang buat rumah pula sana sini. Balik makan tengah hari, solat zuhur lepas tu rehat sekejap (sekejap sangat atau hampir kebanyakan waktu tak rehat), terus keluar sambung kerja. Petang balik rehat untuk inum petang, solat asar. Lepas tu hilang lagi. Kalau ada di rumah pun ada la tangannya buat itu ini. solat maghrib. Malam lepas makan berehat/buat kerja di rumah.

Jika keluar mana-mana, abah pesan pukul 8 pagi, maka pukul 8 pagilah gerak. Kalau lambat ada dua kesan: tinggal atau abah kanselkan plan keluar. 

Sakit hati kan? Tapi itulah yang kami adik-beradik faham tentang masa - jangan bazirkan.

Bercakap soal masa dalam kehidupan harian, tentunya kita juga bertungkus-lumus mengisi 24 jam dengan aktiviti dan kerja harian. Jika ada suami, masa terbahagi dua. Jika ada anak-anak, masa terbahagi lagi ... 1, 2, 3 anak, bahagikanlah. Jika mahu berkawan-kawan, masa juga perlu dibahagikan. 

Sebab itu ada yang mengatakan, orang yang berjaya ialah orang yang pandai menguruskan masanya. 

Saya juga begitu. Jika saya sudah terbiasa dengan jadual harian, jika ada kemasukan aktivti baharu (kerja sampingan baharu, mahu menulis cerpen, ada kawan baharu dll), saya perlu susun sebaiknya. 

Dan untuk memahamkan orang lain yang menuntut macam-macam daripada kita, terutamanya kawan baharu, saya akan jelaskan sebaik mungkin. Jika boleh terangkan jadual harian kita dan bersyukurlah jika selitkan masa untuk mereka. 

Janganlah menuntut masa yang lebih daripada seseorang jika engkau sendiri tidak membantu dia menyelesaikan jadual hariannya. 

Sebab itu jika ada orang baharu yang mahu berkawan, saya selalu sebutkan, "Maaf, masa saya dah penuh."

Ayat itu bermaksud, kawanlah seadanya, jangan menuntut lebih.

Hari ini seorang kawan mempersoalkan mengapa saya 'explain' panjang lebar tentang jadual harian saya: Melaksanakan kerja pejabat yang perlu disiapkan sebelum Jumaat, menyelesaikan beberapa urusan kerja lain, uruskan anak, uruskan aktiviti harian ...

Kenapa saya 'explain' panjang lebar? 

Sebab nak mengingatkan awak, yang saya pernah beritahu jadual saya penuh sehingga bulan Jun. 

Jika saya jumpa awak tu bermakna saya telah mengetepikan beberapa aktiviti lain yang penting untuk melayan awak. 

Tapi jika itu pun awak tak faham, malah menuntut lebih, maka eloklah cari kawan lain. 

Saya tak boleh beri lebih apatah lagi masa saya. 

No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...