Pages

Monday, June 30, 2014

Setelah Berjanji dan Diam.




Diam kerana sibuk. Sebetulnya ya. Sibuk dengan manuskrip yang bertalu-talu masuk -dinilai-diputuskan terima/tolak - dan akhirnya yang diluluskan, diserahkan kepada editor untuk tindakan selanjutnya.

Dalam banyak perkara juga diam memang menjadi penyelamat yang ampuh. Diam untuk segala hal yang dibising-bisingkan, yang sebetulnya kita sebagai subjek yang dibisingkan atau tidak, diam sahaja jika bising-bising itu tidak memberi manfaat kepada kita.

Tapi, bagaimana dengan janji?

Wah, banyak sungguh janji-janji yang dituturkan tetapi belum mampu ditunaikan. Janji itu. Janji ini. Entah kenapa janji-janji itu semakin banyak dibuat dan sikit pula ditunaikan. Walaupun janji kepada diri sendiri, tetaplah ia sebuah janji yang perlu diteliti kerana semasa membuat janji itu. ada harapan dikepilkan sekali. Kan?

Sebetulnya ini hanyalah catatan 'pemanas' sebelum tulisan-tulisan selanjutnya dibuat demi janji kepada diri sendiri untuk mengadakan satu 'log' atau catatan tentang kerja-kerja sebagai editor. Janji kepada diri sendiri untuk fokus kepada apa yang telah dipilih dan diputuskan.

bagaikan bising-bising manusia yang tak akan berkesudahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...