Wednesday, July 17, 2019

VLOG

Vlog atau video blog, merupakan salah satu teknologi terkini yang digunakan segenap amsyarakat dalam menyampaikan maklumat, berkongsi kisah, membuat ulasan, sekadar berbual-bual dengan khalayak, menyampaikan pesanan dan banyak lagi. 

Sukarkah buat vlog? 
Sebenarnya tidak sukar, bergantung kepada keyakinan pembuatnya, dan juga kerajinan kerana ia melibatkan perkara mengambil video, naratif (atau sekadar lagu latar), dan penyuntingan. 

Mungkin saya penyunting buku yang cekap (perasan) tapi untuk vlog, aduhai, saya belum punya masa dan kekuatan menjayakannya. (Alasan!)

Maka, 'prompt' bertajuk VLOG ini, ingin saya kongsikan Vlog kesukaan saya. Fiersa Besari.

Ketika mengenali susuk Fiersa - seorang karyawan (penyanyi, penulis, pengembara, youtuber, dan macam-macam lagi), saya menghabiskan seharian menonton kesemua vlognya sebanyak 74 buah lebih kurang (waktu itu) dan jumlahnya bertambah setiap waktu. 


Vlog pertama yang saya tonton ialah tentang penulisan tentunya:



Ada lebih kurang 7 vlog yang berdiskusi tentang buku, muzik dan video. Boleh lihat di SINI.

Selain itu, yang saya suka juga ialah video puisi beliau. Ah, sungguh, saya cemburu. 






Selainnya ialah vlog tentang pengembaraan Fiersa mendaki gunung-ganang di sekitar Indonesia (yang katanya negara paling indah di dunia), video muzik (beliau seorang penghibur juga) dan video tentang perjalanan cinta beliau dan isterinya (Baru nikah, jangan kecewa ya cewek sekalian).




Setakat ini, Fiersa Besari menjadi susuk manusia yang saya kagumi dan sering tidak ketinggalan mengikuti setiap paparan videonya. Ini suatu yang bagus kan. Selain memaparkan maklumat, gambar bergerak (video) yang baik juga mampu mengubah manusia tentang alam dan kehidupan.

Tontonlah vlog yang baik. Usah buang masa menonton video-video yang kurang manfaatnya. Masa yang ada, jangan dipersia untuk diisi dengan hal tidak berfaedah.

Jika saya ada kekuatan, ingin sekali saya membuat vlog yang bercerita tentang buku. Nantilah jika punya kekuatan dan keyakinan yang tinggi. 

*Sebetulnya ada video tentang  buku yang saya buat namun saya sendiri tidak lalu menontonnya kerana ia dibuat tidak sepenuh hati. 


No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...