Pages

Friday, September 05, 2014

Menulis Resah


Seperti kata-kata teman penulisnya, “Sangat sukar menjadi penulis yang tidak menulis. Otak seolah-olah sedang membusuk di dalam tengkorak.” - Wilayah Ekaterina. Zakri Zakaria.

Pada waktu ini ada semacam penyakit melanda diri saya. Dalam perjalanan ke pejabat, sejak pagi, sehingga kini - menukangi beberapa naskhah penulis, saya masih resah. Resah yang tiada ubatnya buat masa ini - sudah makan dengan banyak. Buat kopi yang paling sedap. Makan kacang. Dengar lagu Hindustan. Berdoa dengan banyak. Termenung. Pergi tandas. Bergurau senda dengan rakan sekerja. Telefon emak.

Masih. Resah itu berkemuncup dalam hati. 


Cari. Cari. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke perkara yang paling besar dalam hidup. Resah apakah yang membanjiri hati sehingga hari ini terasa begitu serba tak kena.

Hujan turun dengan lebat sebentar tadi. Rintiknya bersilang siur mengikut tiupan angin. Hujan dan angin. Datang bersama-sama dari langit. Dan membentuk paduan yang kuat, indah dan memberi kesan besar kepada bumi dan manusianya. 

Memasang 'head-phone' tetapi tiada lagu yang dimainkan. Yang terdengar hanya bunyi sepi dan mula berfikir lagi - kenapa resah ini menempel kuat di dinding diri.

Saya tinggalkan catatan ini begini sahaja.

Ada perkara yang sukar untuk dituliskan. Lain kali sahaja. Atau barangkali sekejap lagi. :)

3 comments:

  1. Jika saya ceritakan puncanya awak pun akan setuju dan merasa resah yang sama. Jadinya, saya tak akan beritahu supaya penyakit resah ini mati dalam senyap, dalam diri sendiri. :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...