Pages

Wednesday, August 21, 2013

Elemen Perjalanan Masa

Perjalanan yang lama dan panjang. Jem. Endang S Taurina pula menjerit halus 'dingin ... dingin ... dingin'.

Disambung jerit pekik Ziana, 'engkau ditakdir untuk diriku ... aku ditakdir jadi milikmu..'

Oh.
***

 Saya ada sedikit trauma mendengar lagu sedih-pilu-putus-cinta-melara-jiwa yang diputarkan di ruang santai (kopitiam, kedai makan atau majlis kahwin).

Tolonglah, saya cuma mahu minum dengan jiwa lapang okey. Jangan heret kenangan luka.
***

Apabila kita melabel sesuatu berdasarkan pengalaman dan bukannya ilmu pengetahuan, setakat itu sahajalah 'ilmu' kita terhadap sesuatu.

Kita kata cinta itu menyakitkan apabila kita terasa sakit hati. Itu sahajakah

~Surat Kepada Cinta Muda
***

Mendengar cerita seorang jiran tentang kekesalannya tidak mampu memberi pertolongan cemas kepada mangsa kemalangan pagi tadi (yang agak serius - dan mungkin melibatkan kematian), di kawasan perumahan kami, mengingatkan kepada saya soal asas.

"Sekurang-kurangnya kita mampu buat sesuatu yang asas. Kalaupun tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya mampu mengelakkan sesuatu yang teruk."

Dan dalam kehidupan seharian, asas kepada kemahiran, kepakaran atau apa-apa sahaja, amat perlu. Sekurang-kurangnya...

Kita bermula dengan asas. Hidup juga dengan asas.

KOMA

 Antara status saya di FB pada 18 Ogos yang lalu. Bercakap tentang elemen-elemen dalam perjalanan usia. Seringkali kita terkesan terhadap sesuatu yang boleh membawa kita kepada kenangan lama. Kadang, ia bukanlah hal yang besar dengan peristiwa pun. Sekadar, elemen itu membawa kita kembali menjengah hal-hal lama yang telah kita cicirkan dalam perjalanan.

Elemen ini mungkin berbentuk lagu yang berkumandang zaman dahulu dan diengari semula pada zaman ini. Tentulah kita akan terkesan apabila mendengarnya semula pada usia dan zaman yang lain.

"Eh, lagu ini semasa saya sekolah rendah."

Cukup. Ia membawa kita ke daerah lalu yang kadang pahit atau manis. tak kisahlah. Tapi ia jelas menunjukkan hidup ini ceritanya berulang-ulang dengan elemen yang sama. Sama ada kita ingat atau lupa. Itu sahaja.

Itu baru lagu. Belum lagi elemen-elemen lain seperti jalan-jalan yang pernah kita lalui. Atau sekolah lama kita. Atau wajah lelaki yang sama dengan kekasih monyet kita dahulu. Ha ha aha

KOMA

Untuk penulis, berada dalam ruang sedar menikmati dan meneliti semula elemen-elemen ini amat penting. Catatlah rasa yang wujud. Dengan tandaan-tandaan tertentu. Kita tidak boleh mencatat rasa dalam bentuk tulisan. Tapi kita boleh menghadirkan semula rasa itu dengan gaya bahasa yang tepat dan baik.

Catatan-catatan ini penting untuk menghadirkan rasa dalam penulisan. Jadi, tidak perlulah kita 'bercinta' semula semata-mata untuk menulis kisah cinta. Jika rasa itu kuat, tulisan akan menari sendiri. Jika ada catatan kenangan silam, itu lebih membantu.

Akhir sekali, jangan ambil ringan elemen-elemen yang penah berada dalam perjalanan usia kita hatta seketul batu yang pernah buat kita tersungkur.

Sakit kan, tersungkur? Itu juga pengalaman yang mendewakan kita dan mengenalkan kita kepada erti sakit.

Penulis memang perlu lebih sensitif dan perasa! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...