Pages

Saturday, August 17, 2013

Untuk Hari Jumaat Yang Sebahagiannya Telah Pergi

Melihat yang di sisi. Adakah sama dengan yang semalam. Mungkinkah sama untuk esok dan seterusnya...

Atau kita yang bakal tiada di sisi mereka?

Tuhan, panjangkan umur kami untuk yang bermanfaat.



KOMA


Meninjau ke luar jendela, malam yang pekat tanpa bintang dan bulan (mana 'mereka' pergi ni?). Yang menghiasi langit cuma kerlipan lampu kapal terbang dan bunyinya yang membelah malam.

"Dahulu, saya pernah mengimpikan untuk naik kapal terbang setiap kali memandang kapal terbang melintasi mata. Dan impian saya dimakbulkan Tuhan. Saya dapat naik kapal terbang walaupun bukan untuk jarak yang jauh merentasi sempadan. Saya puas!" Saya beritahu dia.

Dia diam memandang saya. Dengan tekun menunggu saya meneruskan kata-kata.

Saya senyum lalu berkata lagi, "Dahulu, saya selalu mengimpikan untuk memiliki awak. Sehingga kini saya selalu pandang awak. Dengan impian lain yang bersuara lantang di hati. Saya tidak berharap memiliki awak. Cukup awak ada di samping saya. Seperti kapal terbang. Walaupun tak nampak bentuknya, bunyinya tetap mengundang rasa sehingga kita terdongak-dongak ke langit. Cukup."

~Surat kepada Kapal Terbang (Cinta)



KOMA

 Yang terpasak di kaki. Yang terbang melayang di hati.

Macam seram sahaja sebut benda-benda absurd ni.

*Siapa suruh baca buku cerita hantu malam-malam ni?



KOMA

Berkata kepada bintang, "kita ini istimewa. Simpan derita sebagaimana kita simpan gembira."

~Surat Kepada Bintang.



KOMA 

 "Ibu, masa ibu tiada, Umar betul-betul ikut perangai ibu. Iyad rasa dia rindukan ibu." Kata Iyad memulakan ceritanya.

"Iya? Dia buat apa?" Tanya ibu dengan rasa teruja (dah kembang hati ni).

"Ha ah..dia hempas pintu bilik banyak kali..." Iyad jawab dengan lancar macam nak kena penampar (lagi).

**grrr..mana ada ibu hempas pintu bilik la....(pandang kiri kanan)..angin yang tiup. Uwaaa sentap mak.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...