Gambar sekadar hiasan
Tetapi akhirnya saya sedar, bengkel sebegini ada keperluan tersendiri apatah lagi sesi perbincangan secara terus memungkinkan semangat peserta akan lebih mencanak.
Maka, saya katakan saya bersedia untuk memberi sedikit pendedahan kepada penulis tentang bidang penerbitan dan peluang mereka untuk menghantar karya.
Pesediaan yang agak teliti saya lakukan sedari menyediakan bahan berbentuk powerpoint dengan gambar-gambar berkaitan. Saya bahagikan kandungan ceramah kepada tiga bahagian kecil;
- Pra penghantaran karya - persediaan asas penulis sebelum karyanya dihantar, meliputi semakan terakhir bahan, membuat penyelidikan mengenai syarikat penerbitan yang dipilih dan tatacara menghantar karya.
- Penghantaran karya - Menggunakan e-mel, pos atau hantar terus kepada penerbit - ada borang tertentu dan tatacara tertentu.
- Proses penerbitan karya - penilaian, pemakluman lulus/tolak karya, pengurusan penyuntingan sehingga ke percetakan.
Apa yang menarik perhatian saya pada waktu ini ialah kekaguman kepada peserta yang mahu karyanya siap, diterbitkan dan menjadi karya 'bestseller' atau masyarakat menyukainya. Peserta sanggup datang dari jauh, membayar sekian-sekian harga dan meluangkan masa berharga mereka.
Sudah tentulah jika bengkel yang dihadiri tidak menepati sasaran/objektif, malah, peserta juga merasakan tiada nilai tambah melalui bengkel tersebut, ia menjadi satu kerugian yang besar. Saya juga seorang penulis, dan saya tahu harapan-harapan besar penulis di luar sana (terutama penulis baharu), supaya karyanya terbit dan laku.
Namun, saya berharap, perkongsian kali pertama ini memberi input kepada peserta untuk bertindak sebagaimana sepatutnya setelah karyanya siap di tulis.
Jika ada sebuah bengkel dengan yuran yang lebih tinggi, dengan jaminan karya AKAN diterbitkan, rasanya adakah peserta yang berminat?
Sekadar pertanyaan rambang apabila memikirkan perolehan karya yang bermutu semakin kurang walaupun teknologi semakin baik di negara ini. Kita cari puncanya, kita perbaiki kualitinya. Mahu? Angkat tangan!
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat baik.
Wah, seorang penulis juga ya. Teruskan berkarya. Terima kasih sudi baca.
Delete