"Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian. (Pangemanann, 138)
Showing posts with label rahimidin zahari. Show all posts
Showing posts with label rahimidin zahari. Show all posts
Friday, May 15, 2015
RAHIMIDIN ZAHARI 1968-2015
Hari ini 15/5/15, seluruh warga sastera dan seni budaya berasa duka. Muram dan suram mewarnai ruang media sosial, perbualan dan wajah setiap rakan dan kenalan.
Sebetulnya semalam, jam 4.15 petang, Rahimidin Zahari dipanggil ilahi (14/5/15). Saya yang demam, berada dalam situasi tak mengizinkan, menerima berita itu dengan sebak. Mengikuti perkembangan beliau sejak mula dimasukkan ke dalam wad, dibedah dan sebagainya mebuatkan saya berfikir, 'jika ini yang terbaik buatnya, kami reda Ya Allah. Ambillah dia. Tempatkan dia dalam kalangan kekasih-Mu. Semoga segala karyanya, ilmunya, amal bakti, budi pekerti dan tutur katanya yang baik-baik menjadi bekalnya di sana.'
http://rahimidinzahari.blogspot.com/?m=1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rahimidin_Zahari
http://www.bharian.com.my/node/54802
Apalagi yang perlu saya catat untuk tuan yang budiman ini?
Berehatlah tuan di sana. Kami akan menyusul. Al-FATIHAH.
Friday, May 08, 2015
Kawan, dan Sebenarnya Tentang Abah.
Abah, kenal tak Pak Cik Arman? Dia baru meninggal. Ila baca di FB anaknya tapi tak cam anaknya yang mana satu.
Ha ah. Baru meninggal. Dia tinggal di Blok Q. Macam mana nak cam, jarang balik kampung jumpa kawan-kawan. Jawab abah.
Dua persoalan;
- Mahu telefon abah, selalu akan cari topik seolah-olah telefon hanya untuk tanya fasal benda lain tapi sebenarnya memang sungguh-sungguh mahu berbual dengan abah. Cuma, tidak tahu mahu cari topik apa. Dan biasanya juga perbualan tanpa topik akan mendiamkan kami lalu abah akan pas telefon kepada emak. :(
- Memang mahu tahu tentang kawan yang ini kerana saya memang tak ingat sangat mana-mana kawan. Mungkin kerana perpisahan yang lama selepas melanjutkan pelajaran di ibu kota atau sememangnya saya ini tidak suka berkawan.
Seorang kawan kami, penulis, penyair yang budiman sedang diuji dan bertarung nyawa dengan penyakitnya. Sungguh, saya pengagum beliau. Rahimidin Zahari. Sejak dimasukkan wad, ribuan ucapan dan doa mengiringi perjalanan sukar beliau. Saya berkesempatan menziarahinya di Hospital Selayang. Sekejap namun beri kesan yang bukan sedikit kepada saya. Menggelisah sepanjang siang dan malam, mendoakan dan mendoakan beliau segera sembuh, dengan izin-Nya.
Keadaan beliau begitu kritikal apatah lagi selepas pembedahan dilakukan bagi membuang darah beku dalam kepalanya. Dengar khabar darah terus mengalir dan memenuhi ruang kepala. Sungguh, saya tidak tahu begitu besar keadaan pesakit darah tinggi.
Dalam kegelisahan yang pasang surut membaca dan menerima perkhabaran teman-teman yang masih berkampung di hospital, saya menelusuri perkenalan dengan penyair hebat ini sejak beberapa tahun lalu melalui aktiviti dan acara-acara penulisan.Mungkin ada beberapa perkara saya tidak setuju malah bercakap-cakap pula tentang beliau.
Semalam, sebenarnya dalam tangis, saya menaip mesej kepada rakan yang ke sana di tengah malam Jumaat. Memohon agar membisikkan kata memohon ampun dan maaf. Entah kenapa, saya enggan memikirkan yang bukan-bukan tetapi tidak termampu berbuat apa-apa jika saya memang tak berkesempatan bertemu beliau lagi.
Dia, bukanlah seakrab mana dengan saya, tapi masa menguji keikhlasan silaturrahim itu.
**
Masa, kawan. Masa selalu memerangkap kita.
Tapi, kita berjaya melepasinya seperti kita menahan rasa saat kulit terbakar dek mentari, dan penuh gembira menunggu malam - bukan sahaja untuk menikmati dingin udaranya tetapi juga mahu menikmati indahnya bulan di dada malam.
Itulah cerita mengenai saya dan kawan-kawan walaupun sebenarnya saya mahu lebih berkawan dengan abah. Abah, kawan terbaik - yang terpisah tapi terikat sampai bila-bila.
Tuan Rahimidin Zahari yang budiman. Cekalkan hati tuan....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pergilah, Kekasih Hati Kami!
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Sebenarnya hal ini telah saya azamkan sejak tahun pertama (Bulan ketiga) saya bekerja sebagai editor. Saya mahu buat buku dengan damai....
-
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Alhamdulillah, setelah disindir-sindir, ditanya-tanya, dicabar-cabar oleh rakan sekeliling tentang aktiviti penulisan saya, maka awal tahun ...











