"Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian. (Pangemanann, 138)
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Friday, January 29, 2016
Timah vs Ramlee
Saya selalu kongsikan peristiwa yang menarik dalam kehidupan dalam bentuk yang pelbagai. Kadang, apa jua yang berlaku secara benar/realiti yang membawa pengajaran bagi saya, saya akan kongsikan . Menukar watak, jika perlu dan jika ia boleh mengaibkan orang lain. terutama kisah suami isteri yang banyak sensitifnya. Boleh memalukan pasangan pun iya. Kena hati-hati.
Ini kisah Timah dan Ramlee. Ia tercipta daripada babak-babak antara saya dan suami, antara saya dengan anak-anak, dan juga kebanyakannya, antara saya dengan watak-watak lain dalam hidup. Tak mustahil juga ada antara babak Timah vs Ramlee ini, tercetus antara diri saya dengan diri saya sendiri.
Kenapa Timah? Kenapa Ramlee?
Jawapannya, entah. Mungkin sebab ia klasik. Nama Timah dan Ramlee itu sendiri mewakili kelompok kecil masyarakat Melayu, tipikal dan sesekali luar biasa. Watak biasa yang boleh orang bayangkan bagaimana rupanya, bagaimana situasi dan keadaa ketika babak diceritakan.
Sejak tahun 2009 saya menulis babak Timah vs Ramlee ini. Saya tak bercadang mahu bukukan sebagaimana tindakan ramai penulis masa kini. Ya, ramai penulis dan banyak buku yang diterbitkan berdasarkan catatan-catatan begini - antaranya Matlutfi yang membukukan catatannya di twitter. Rafi Harumin yang membukukan kisah-kisah kerjayanya di kaunter. Hamka (Kereta Mayat) yang mencatatkan kisah laki bini. Dan banyak lagi. Sungguh. Banyak. Banyak buku hari ini terbit hasil daripada kerja mencatat-catat di FB, Twitter, Blog dan sebagainya. Tak salah pun.
Saya tak bercadang nak bukukan. Tapi ramai yang mendesak. Saya cuma suka menulis tentangnya. Saya suka. Saya belum tahu cara atau malas nak fikir cara bagaimana mahu bukukannya. Mungkin dalam bentuk komik. Atau sekadar paparan dialog. Eh. Nantilah.
__________
"Ini kisah benarkah?" tanya seorang rakan FB.
"Kenapa?" tanya saya semula.
"Sebab ia sangat menarik, real dan best." Jawab dia.
Entah. Saya cuma mahu bercerita. Dan ia memang benar. Saya tak akan cerita sesuatu yang saya tak alami, yang saya tak rasa. Nanti hasilnya tak genuine. Seperti dibuat-buat.
Saya cuma harap orang suka baca dan mengambil iktibar, kalau pun ada. Jika tiada, cukup sekadar tertawa sama-sama meraikan indahnya dunia dengan pelbagai ragam. Setakat ini ada lebih kurang 30-40 kisah. Entahlah.
Friday, January 08, 2016
Rakaman Cerita
Sejak pagi, apabila dikejutkan oleh Iyad, bahawa langit pagi tadi amat indah. Bulan sabit dengan bintang kejora membentuk pandangan dari bumi seperti mata mengenyit dan bibir yang tersenyum, seolah-olah memberi harapan baharu.
Setiap pagi, tatkala mata terbuka, itulah harapan baharu buat manusia. Nafas masih dikurniakan. Melihat meja kerja. Melihat buku-buku dan melihat catatan-catatan lama pada tarikh yang sama, tahun berbeza, amat membawa diri kepada masa yang cepat bergerak.
Entah apa yang perlu dicatatkan lagi. Bersyukurlah sahaja dengan segala kurnia.
Setiap pagi, tatkala mata terbuka, itulah harapan baharu buat manusia. Nafas masih dikurniakan. Melihat meja kerja. Melihat buku-buku dan melihat catatan-catatan lama pada tarikh yang sama, tahun berbeza, amat membawa diri kepada masa yang cepat bergerak.
Entah apa yang perlu dicatatkan lagi. Bersyukurlah sahaja dengan segala kurnia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pergilah, Kekasih Hati Kami!
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Sebenarnya hal ini telah saya azamkan sejak tahun pertama (Bulan ketiga) saya bekerja sebagai editor. Saya mahu buat buku dengan damai....
-
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Alhamdulillah, setelah disindir-sindir, ditanya-tanya, dicabar-cabar oleh rakan sekeliling tentang aktiviti penulisan saya, maka awal tahun ...




