Layla Haq
"Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian. (Pangemanann, 138)
Thursday, May 04, 2023
PELAJARAN KEHIDUPAN 1: MASA
Sunday, January 08, 2023
MENAKAH TAHUN 2023, TERIMA KASIH 2022
Assalamualaikum, 2023 ...
Demikian, menakah lagi menjengah tahun 2023. Bersyukur masih dikurnia nafas walaupun tak tahu entah esok lusa nafas terhenti. Jangan bimbangkan esok, isilah hari ini dengan baik!
Untuk 2023, teruskan perjuangan, Zalila.
Terima kasih 2022
Mengenang 2022, banyak perkara yang menarik dan membugar semangat, diselang-seli dengan kepahitan tentunya. Hidup begitulah, seimbang. Bak kata Hamka;
- Berpindah ke rumah baharu yang diidamkan. Walaupun hanya menyewa, namun berpuas hati dengan rumah yang didiami ini - dengan tingkap yang sangat luas, menghadap pemandangan menghijau sebahagian kawasan Wangsa Maju dan tentunya menikmati angin yang nyaman.
- Memulakan awal Januari dengan semangat membugar, membaca buku puisi yang bagus (Aan Mansyur - Waktu yang Tepat untuk Melupakan Waktu).
- Buat spek mata baharu kerana kehilangan spek mata lama. Sedih juga sebab duit habis banyak dan juga tiada lagi stail spek mata baharu tu.
- Saya dipelawa untuk berkongsi pengalaman dalam Bengkel Penerbitan pada 29 Januari 2022 (Sabtu) bermula jam 9 pagi hingga 4 petang secara dalam talian. Bengkel ini menampilkan 3 panel jemputan yang akan membicarakan secara khusus berkaitan pengalaman penerbitan mandiri, editorial dan proses penerbitan: Salman Sulaiman (UPSI), Zalila Isa (ITBM) dan Nimoiz TY (LPK).
- Mula belajar teknik pointilism lebih serius dan sebahagian jadual waktu terisi dengan melukis. Agak sukar dan penat kerana setiap kemahiran memerlukan komitmen yang tinggi.
- Mula aktif kembali di Twitter semata-mata mahu mencuba NFT, menjual lukisan secara digital.
- COVID masih menyerang. Test kit menjadi keperluan setiap kali ada kontak rapat yang positif. Anak-anak dijangkiti COVID pada penghujung April.
- Kelahiran buku Rak Buku Ruang Tamu, terbitan Dua Penulis & Metromedia. Sebuah projek buku yang diusahakan sejak setahun sebelumnya, dikekang pandemik dan akhirnya siap dengan sangat cantik.
- Kena scam RM1500 untuk satu pinjaman. Ya, kewangan belum stabil dan ditipu pula. Mujur dikelilingi kawan-kawan yang baik, tapi ini permulaan terjebak dengan hal lain yang akhirnya mengikat diri ... (tak perlu dipanjangkan).
- Pameran Pointilisme Alam di GMBB, Bukit Bintang pada 1-22 April 2022. Tak pernah terfikir akan melukis dan membuat pameran. Terima kasih Kak Emila yang menjadi guru terbaik.
- Berhari raya di kampung setelah dua tahun tidak meraikannya bersama-sama keluarga.
- Belajar gitar. Tapi sekerat jalan.
- Pameran Lukisan Malaysia-Jepun yang diadakan di MATIC pada 2-5 Jun 2022. Tiga buah lukisan saya dipamerkan.
- Pertama kali bawa mak mengitari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Terlibat sebagai pengajar untuk Bengkel Penulisan Cerpen, Penulis Cilik, bermula di Kelantan.
- Adli Hakim diterima masuk ke Politeknik di Shah Alam. Permulaan yang baik. Teruskan usaha.
- Pensyarah sambilan untuk kelas penulisan dalam talian anjuran ITBM.
- Ke Frankfurt, Jerman untuk tujuan kembara ilmu dan Pesta Buku Frankfurt dengan dugaan setinggi gunung.
- Pameran Pasca Jerman di GMBB
- Umar sunat. Selesai satu fasa untuk dia, ibu pun lega.
Monday, February 14, 2022
Kerja vs Hobi?
Syeikh al-Maraghi menyatakan Allah SWT telah memuliakan anak cucu Adam dengan rupa yang indah, bertubuh tinggi dan berakal sederhana sehingga mereka mengetahui pelbagai kepakaran dan mengetahui pelbagai bahasa, dapat berfikir dengan baik tentang cara-cara mencari penghidupan dan mengeksploitasi segala yang ada di bumi serta menundukkan segala yang ada di alam atas mahupun alam bawah. Kami mengangkat mereka di atas haiwan, kereta, kapal terbang, belon dan kapal. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3996-3997)
Bukankah manusia dikurniakan akal berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain? Manusia punya potensi yang sangat besar dalam meraikan hidup. Jika baca tafsiran Quran, merujuk tentang ciptaan manusia itu sendiri, ada banyak ayat menyatakan betapa istimewanya kita diciptakan sebagai makhluk Tuhan. Bacalah. Dengan itu kau tak perlu tanya, "Aik melukis pula?"
Ini hidup saya. Suka hati saya nak buat apa pun - Melukis, memancing, mengait, bertani, main alat muzik, berbisnes, bla bla bla...
Gunakan potensi yang kita ada, selagi hidup. Bukan semata-mata untuk raih material (dapat duit dll) tetapi juga untuk memujuk jiwa yang banyak ragamnya. Kita kenal diri sendiri, buatlah apa yang boleh menenangkan diri.
Tuesday, January 04, 2022
Memecahkan Dinding Rasa
Spek hilang ketika balik ke Tampin akhir Disember lalu. Entah mana ia tercicir atau saya salah letak. Maka kembali ke KL dengan mata yang kabur. Belum habis hal spek mata yang perlu dibuat baharu dan tentunya merenggut bajet dan kewangan yang sedia ketat, hati dipagut pula dengan peristiwa yang tak mungkin dapat saya lupakan.
Saya terdiam. Sungguh, suaranya dan tindakannya itu memujuk walaupun tadinya saya sudah hanyut dalam lautan tangis. Saya angguk, dan dia meneruskan perjalanan. Siaran radio diperlahankan dan dia memandu dengan penuh cermat.
Kelihatan kereta Alza berwarna merah sudah menanti. Dalam tergocoh saya buka pintu dengan agak kasar dan terus membenamkan diri dalam perut kereta. "Minta maaf, saya lewat..." dalam getar suara mengah. "Eh, tak apa. Jangan panik. Tadi turun ikut tangga dari tingkat 10 ke?" dia bergurau. Gurauan itu saya sambut dengan senang kerana terasa genuine dan spontan.
Saturday, January 01, 2022
2022 , DAN KEINGINAN YANG CUKUP SEDERHANA!
Saya sebutkan kepada rakan-rakan terbaik saya, bahawa saya tidak ada spesifik target seperti tahun-tahun sebelumnya. Azam mungkin masih ada untuk beberapa hal yang saya kira dapat saya capai. Misi, juga sudah ada senarainya, untuk saya terus terpandu ke arah yang saya inginkan. Semuanya hanya dalam kepala, bayangan dan keinginan yang sentiasa tumbuh, kadangkala sekali gus, kadangkala satu per satu membenih, bertunas, mengikut keadaan semasa.
Tidak mengapa jika kita ada senarai tak putus dalam mendepani hari. Tidak mengapa jika orang tahu dan terbaca mengenai keinginan kita. Tidak mengapa jika ia akhirnya tidak tercapai. Tidak mengapa!
Kita ada hak menjalani kehidupan sendiri tanpa terpengaruh atau dipengaruh oleh orang lain.
Definisi bahagia, definisi gembira, definisi cukup, tidak sama setiap daripada kita.
Belajar menghayati diri sendiri.
Belajar menikmati usia yang masih ada.
Selamat tahun baharu, semua. Semoga 2022 lebih baik untuk setiap langkah kita.
_ Aan Mansyur - Inner Selfie dalam bukunya Waktu yang tepat untuk Melupakan Waktu, 2021, Shira media
Sunday, September 19, 2021
Nightbooks dan Seruan 'La Tahzan'
Allah SWT berfirman, maksudnya: “Janganlah kamu lemah dan bersedih.” (Surah al-Imran: 139). Kesedihan ialah kegelapan yang menutup jiwa yang kosong dan keluar dari kebiasaan. Jangan bersedih, kerana kesedihan ialah pintu masuk syaitan, kerana syaitan paling sukakan hamba itu berterusan sedih, perjalanannya terhalang dan keluar dari jalan yang lurus.
La Tahzan
Nightbooks, sebuah filem adaptasi daripada novel kanak-kanak bergenre 'horror-fantasy' oleh J. A. White (terbitan 2018). Filem ini mengisahkan Alex, seorang kanak-kanak (dalam lingkungan usia 10 tahun) yang berbakat besar menulis cerita seram. Kisah dikembangkan dengan kekecewaan Alex yang tersisih daripada kawan-kawannya. Kegemaran Alex menulis cerita seram tidak disenangi rakan-rakannya yang menganggap dia aneh.
Penulis dan Penulisan...
Alex dikehendaki menulis cerita seram setiap hari dan membacakannya kepada Natacha setiap malam. Hari pertama, Alex bercerita tentang kisah hantu di taman permainan (oh, cerita dalam cerita yang menarik). Alex berbakat bukan sahaja sebagai penulis tetapi juga pencerita. Dan paparan cerita Alex divisualkan dalam bentuk semi-lukisan yang cantik. Babak ini juga terselit unsur humor apabila Natacha memberi kritikan terhadap tulisan Alex.
"Such an amateur writer...."
Saya suka babak apabila Natacha memberi komen begini, "Everyone knows ghost don't have actual physical hand so they could never push him on swing." --> mengkritik logik cerita yang disampaikan oleh Alex. Namun, Alex menyediakan jawapan tersendiri sebagai logik penceritaannya.
Dan ayat-ayat Natacha serta Alex dalam babak ini boleh menjadi tip yang berguna kepada penulis baharu.
"Writer always insecure..."
"It's just hard to concentrate with someone staring at me all time."
"My fault ... I'll write faster."
Anehnya, Alex tidak dibenarkan menulis cerita yang berakhir dengan gembira.
"Happy ending is a dangerous things. Never forget that!"
Di samping Alex juga ada Yasmin, seorang budak perempuan yang terperangkap lebih lama daripada Alex. Yasmin menjadi 'orang gaji' di apartment misteri itu.
Kisah diteruskan dengan babak-babak penulisan Alex – dipertemukan dengan perpustakaan yang sangat cantik dan besar, proses penulisan yang terbantut, ketiadaan idea, buku catatannya dimakan makhluk aneh, terdesak menulis cerita dan lain-lain sehinggalah Alex bertemu dengan sebuah buku yang memberi petanda bahawa mereka boleh keluar dari apartment itu, iaitu catatan oleh gadis bernama 'Unicorn Girl'.
Alex dan Yasmin mula menelaah setiap buku yang ada di perpustakaan itu, dan mereka berjaya mendapat 'petunjuk' untuk keluar iaitu membuat 'air jampi' (potion) yang boleh menidurkan Natacha.
Helah mereka ialah melalui kepandaian Alex menulis cerita. Alex sengaja menulis dengan fakta yang salah semata-mata untuk mengetahui rahsia ramuan akhir air jampi yang bakal mereka buat. Ini ialah satu helah yang bijak dalam penulisan. Saya terbayangkan sekian banyak tulisan yang ditulis untuk 'provokasi' pembaca sasaran.
Alex dan Yasmin akhirnya berjaya mendapatkan kunci pintu keluar apabila berjaya menidurkan Natacha. Namun, sedihnya, mereka sebenarnya masih terperangkap dalam ruang misteri apartment itu apabila melihat sekeliling yang dipenuhi hutan. Di hujung perjalanan mereka menemui sebuah rumah yang sama seperti dalam kisah dongeng Hansel and Gretel. Apakah yang terjadi seterusnya? Siapakah Natacha sebenarnya? Apakah yang berlaku dalam rumah sihir kedua itu? Silakan menonton.
Amaran kecil: 'Plot twist' yang menarik.
Api yang kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan...
Alex, kecewa dengan pengkhianatan kawan sekelasnya, Josh. Natacha kecewa dengan keluarganya yang berpindah tanpa diketahui ke mana dan kemudian mengkhianati kanak-kanak lain. Yasmin pula sudah tidak mengharapkan apa-apa yang dinamakan persahabatan.
Namun, Alex masih waras dan sangat menghargai persahabatan dan ini merosakkan segala rancangan Natacha.
Ahli sihir yang suka mendengar cerita seram!
Secara seluruhnya saya berpuas hati menonton filem ini walaupun merasakan pertembungan antara Nightbooks dengan sebahagian plot Hansel and Gretel agak bertentangan. Mungkin sekuel Hansel and Gretel? Mungkin. Namun, kedua-dua kisah ini bermula dengan kesedihan, godaan dan pengkhianatan yang selalu berlaku kepada kanak-kanak dan jika tidak ditangani dengan baik meleret sehingga dewasa.
Alex dan Yasmin digoda memasuki apartment sihir melalui apa yang mereka gemari (filem seram dan herba), dan adik-beradik Hansel dan Gretel juga digoda dengan rumah manisan ahli sihir, Holda (atau mungkin anda baca versi yang lain kerana diketahui ahli sihir dalam kisah Hansel and Gretel ada lebih 60 nama). Dalam filem ini, nama baharu diperkenalkan, iaitu Grizelda.
Cuma, kelakar juga apabila Grizelda dalam Nightbooks lebih teruja dengan cerita-cerita seram sad ending!
Benarlah, 'kesedihan' berpanjangan akan menjadi kesukaan syaitan!
Sunday, September 05, 2021
MITH: Menulis Seperti Kuda yang Berlari....
![]() |
Antara karya Bernerd Werber yang popular di Korea selama 10 tahun. |
![]() |
Novel ini disebut oleh Lee Seung Gi dan dia berhasrat menulis cerita pendeknya berdasarkan novel ini. |
PELAJARAN KEHIDUPAN 1: MASA
Gambar sekadar hiasan. Petikan halaman buku Faust, Goethe, ITBM 2012. Setiap orang mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari. Bezanya bagaiman...

-
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Saya menyangka ini adalah salah sebuah peribahasa Melayu yang menyatakan 'kebesaran hati...
-
Gambar sekadar hiasan Mungkin boleh dikatakan gambar di atas sekadar gambar hiasan untuk post ini. Atau biasa juga kita baca dalam ...
-
Apabila 'trailer' filem Tamil ini tersebar di media sosial, ia menjadi tular-setularnya. Semua orang bercakap tentang seorang gu...