Wednesday, June 17, 2020

Selepas Sehari Usia Bertambah



Menyebut tentang angka usia, bersyukurlah dikurniakan usia lagi setakah dan pada masa yang sama gelisah dan resah tidak dapat disembunyikan - tentang hayat yang semakin berkurang dan perjalanan diri yang akan tamat bila-bila masa sahaja.

Semalam ulang tahun kelahiran saya. Angka umur, 42. Sungguh, terasa amat diri semakin ke penghujung perjalanan. Sesiapa pun akan berfikir begini ketika memasuki tahun ke-40. Ini bermakna sedikit sahaja lagi usia berbaki. 

Hari ini saya berbahagia. Sungguh. terima kasih rakan-rakan yang meraikan saya.

Mahu Isi Apa?

Bagi sesetengah orang, memikirkan mahu isi hidup dengan apa pada usia 40-an, mungkin dikatakan terlewat. Maka, masing-masing pun tergesa-gesa mengejar dan mencapai apa sahaja yang sempat digapai sebelum menuju ke garisan penamat.

Pada usia begini juga kekesalan dan keresahan atas kealpaan lalu akan memakan diri dan sebahagian fikiran. Jika tidak dikawal, maka akan kenyanglah kita dengan memori dan hal-hal tak berguna.  Sedangkan setiap saat nafas harusnya diisi dengan hal yang utama (terpulang pada setiap orang mahu utamakan apa).

Ada orang berubah ketika usia belasan tahun, selepas melalui getir pahit kehidupan. Dia akan mendewasa dengan baik dan berhati-hati kerana awal-awal perjalanan sudah diuji dan kebal dengan cabaran.

Ada orang berubah ketika dewasa, setelah penat dalam jatuh bangun sandiwara dunia. 

Ada orang berubah ketika usia mencecah hujung hayat.

Tapi, berbahayalah mereka yang terus-menerus tidak berubah. Ramai juga dalam kategori ini.

Tentang Diri

Beberapa tahun ini saya mula mengubah persepsi terhadap diri sendiri dan orang keliling. Semakin fokus kepada diri sendiri (tetapi tidak pula mengabaikan hal-hal sekeliling yang penting). Juga semakin tenang dan sudah pandai mengabaikan hal-hal sampah. Tahniah Zalila. Belum terlewat mengisi sisa usia dengan ketenangan. 

Tapi hari ini...
Biar sekali ini saya bercerita tentang seseorang yang amat tidak mahu saya jumpa atau hiraukan. Tapi tidak mampu dielak selagi kami 'satu bumbung' dalam hal pekerjaan.

Saya tidak mahu bertanya apa dosa saya kepada dia apabila saya fikirkan untuk apa saya menyalahkan diri sendiri. Sedangkan dia berbangga dengan kebobrokan diri sendiri yang sejak dahulu tidak berubah. Kasihan sungguh.

Hari ini mendengar cerita tentang dia yang memburukkan saya di media sosial. Apa yang ditulis seluruhnya tidak benar. Hari indah saya hampir terganggu namun alhamdulillah, dikelilingi rakan-rakan yang baik hati dan ikhlas dalam perhubungan, maka saya sedikit demi sedikit melupakan kejadian hari ini.

"Biarlah. Saya tidak perlu membalas. Itu saya serahkan kepada Tuhan untuk menghukumnya kelak. Tapi, saya tidak akan memaafkan." 

Kasihan juga kepada dia yang hidup dalam kerosakan hati yang sendiri tidak menyedarinya. Kasihan sungguh. Kegagalan hidup dan pengurusan hati menatijahkan dia yang begini - tidak senang dengan senyuman orang lain. 

Ikutkan hati yang tergores, banyak juga perkataan yang dikarang dalam fikiran, tinggal masa mahu memuntahkan. Tapi untuk apa? Untuk apa saya merosakkan rasa, membuang waktu melayan hal sampah begini. 

Saya mengambil keputusan menutup suis fikiran untuk dia dan mendoakan diri saya agar dijauhi orang-orang begini. 

Tidak, saya tidak akan mendoakan untuk dia berubah. Saya hanya mahu mendoakan diri saya sendiri dan orang-orang sekeliling yang saya sayangi agar tidak menemui manusia sebegitu. 

Untuk dia, kata-kata akhir saya, pergi mati!

Tuesday, June 09, 2020

Menelusuri PKP....



Menjelang fasa akhir Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), inilah dia, PKPP - Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan. 

Rasanya seperti terlalu awal untuk menutup jendela kawalan ini kerana ada beberapa kawasan masih dalam zon merah, tetapi barangkali desakan ekonomi menjadikan langkah ini dilakukan.


Bermula 18 Mac fasa pertama PKP dijalankan, seluruh Malaysia begitu resah. Melalui hari-hari baharu, terkurung dan sebahagian besar sektor ekonomi dan perkhidmatan ditutup. 

Hidup seperti dalam gua tetapi tidaklah sengsara kerana bukan zaman peperangan dan bencana alam. Masyarakat masih boleh melakukan kerja pejabat di rumah, memesan makanan melalui penghantaran segera.

Saya dan PKP.

Sejak awal PKP saya mula menulis semula di blog ini. Lebih kepada mengisi ruang waktu yang terperap si rumah, mencabar minda mencari idea penulisan setiap hari dan cuba mendisiplinkan diri menulis.

Beberapa waktu, ada ketikanya ia menjadi sukar walaupun saya sudah mempelbagaikan corak penulisan - ulasan drama dan filem yang ditonton sepanjang PKP, buku-buku yang dibaca dan catatan biasa tentang diri. 


Yang sukar apabila saya tiada tenaga menulis. Ya, menulis memerlukan tenaga yang banyak. Perahan keringat tenaga dan otak melesukan tubuh. Ada ketikanya terpaksa menghabiskan bacaan buku dengan segera atau menonton drama laju-laju semata-mata mahu jadikan bahan penulisan. 


Hujung PKP lalu, saya mengalah. Apatah lagi sudah mula masuk ke pejabat dengan kerap (tiga hingga empat hari seminggu). Ini bermakna tenaga yang banyak dihabiskan dan untuk menulis dengan waras dan tenang saya tidak berdaya.

PKP memakan jadual harian, menjadi kucar kacir kerana saya sendiri tidak meletakkan jadual di tangga teratas. Banyak kali tidur lajak sehingga matahari terik. :(

Untuk diri saya, pencapaian sendiri sangat GAGAL. Apatah lagi banyak target yang tidak terlaksana terutama hal penulisan. Ya, penulisan memerlukan semangat, tenaga dan keinginan yang tidak dipaksa-paksa - untuk sayalah. Orang lain pasti berbeza. 

Apa pun, hari ini adalah hari terakhir PKPB dan esok bermulanya PKPP. Saya berharap suasana akan kembali kepada asal, tanpa melupakan SOP kesihatan. 

Banyak hikmah yang dapat dipelajari sepanjang PKP ini.

Sekadar salin tampal catatan ini yang berlegar di FB:

2020 YANG BERSEJARAH
PKP akan menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan. Penulisan ini tular tanpa kredit dan tahu siapa penulisnya.
la kenangan yang tak akan dilupakan. Bolehlah simpan untuk aku baca di tahun-tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur πŸ˜’😒
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan mengingatkan.
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ“ŒTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
πŸ“ŒPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
πŸ“ŒTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
πŸ“ŒTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πŸ“ŒTiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
πŸ“ Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πŸ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πŸ“Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
πŸ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
πŸ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
πŸ“ Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πŸ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πŸ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πŸ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
πŸ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πŸ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
πŸ“Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
πŸ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πŸ“Taman permainan kanak-kanak ditutup.
πŸ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

πŸ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

πŸ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πŸ“Rak-rak di kedai menjadi kosong.
πŸ“Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πŸ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πŸ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πŸ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πŸ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
πŸ“ Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
πŸ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
πŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πŸ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
πŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️

Tuesday, June 02, 2020

Aku Betul Tentang Kau

Photo by Ekrulila from Pexels

Keindahan menjadi milik usia muda, tapi keremajaan yang untuknya dunia ini diciptakan tidak lebih dari sekadar mimpi yang manisnya diperhamba oleh kebutaan yang menghilangkan kesedaran.

Akankah hari itu datang, ketika orang-orang bijak menyatukan kemanisan masa muda dan kenikmatan pengetahuan?
Sebab masing-masing hanyalah kosong bila hanya sendirian.


Akankah hari itu datang ketika alam menjadi guru yang mengajar manusia, dan kemanusiaan menjadi buku bacaan
sedangkan kehidupan adalah sekolah sehari-hari?


Hasrat masa muda akan kesenangan-kenikmatan tidak terlalu menuntut tanggung jawab -hanya akan terpenuhi bila fajar telah menyelak kegelapan hari.


Banyak lelaki yang tenggelam dalam keasyikan hari-hari masa muda yang mati dan  beku;
banyak perempuan yang menyesali dan mengutuk tahun-tahun tak berguna mereka seperti raungan singa betina yang kehilangan anak;
dan banyak para pemuda dan pemudi yang menggunakan hati mereka sekadar sebagai alat penggali kenangan pahit masa depan,
melukai diri melalui kebodohan dengan anak panah yang tajam dan beracun kerana kehilangan kebahagiaan.


Usia tua adalah permukaan kulit bumi;
ia harus, melalui cahaya dan kebenaran,
memberikan kehangatan bagi benih-benih masa muda yang
ada dibawahnya, melindungi dan memenuhi keperluan mereka
hingga nisan datang dan menyempurnakan kehidupan masa muda yang sedang tumbuh dengan kebangkitan baru


Kita berjalan terlalu lambat ke arah kebangkitan spiritual,
dan perjalanan itu seluas angkasa tanpa batas,
sebagai pemahaman keindahan kewujudan melalui
rasa kasih dan cinta kepada keindahan tersebut


Masa Muda Dan Keindahan ~ Khalil Gibran

____

Pengalaman tidak pernah menipuku tetapi aku yang membodohkan diri membiarkan pengalaman mati dalam angan-angan masa muda dan keindahan, ah, hanya sementara.

Terima kasih mengesahkan bahawa aku betul tentang kau.

Nightbooks dan Seruan 'La Tahzan'

Allah SWT berfirman, maksudnya: “Janganlah kamu lemah dan bersedih.” (Surah al-Imran: 139). Kesedihan ialah kegelapan yang menutup jiwa yang...