Monday, January 06, 2020

2019, Buku dan 'Best Nine Books'.

Meninggalkan 2019 dengan kenangan yang banyak dan suram. Namun, kehidupan harus diteruskan. Kedengaran klise. Tapi itulah yang perlu dilakukan. Dalam bahasa mudahnya, #moveon.

Banyak yang mahu diceritakan. Sepatutnya diceritakan terus di dalam blog ini tapi, biasalah, ketidaksempatan sering mengambil tempat dalam ruang masa dan menjadi alasan yang popular bagi saya.

Memulakan 2020, dengan imbauan tentang buku-buku yang dibaca sepanjang 2019. Disenaraikan di Goodreads, memudahkan kita memantau bacaan dan membuat ulasan (itupun banyak yang skip).

2019 mencatatkan jumlah bacaan sebanyak 50 buah buku dan alhamdulillah itulah jumlah bacaan yang disasarkan.

1. Natey-Zen, Aliff Awan (Zine)
2. Esei Filem - Sayidah Muizzah
3. Maryam - Okky Madasari
4. Cerita dalam Berita - Projek Frekuensi
5. Ketiadaan yang Kunamakan Kebiasaan - Enol M
6. Mata di Tanah Melus - Okky Madasari
7. Perempuan Yang Kutemui Pada Setiap Senja - Hafizah iszahanid
8. Koleksi Lambok. Family Matters
9. Generasi Paling Jahanam - Saharil
10. Kecubung Berulam Jantung - Azura Halid.
11. Piramid. t. Alias Taib
12. Anak Jiran Tionghua - 50 sajak perpaduan dan keamanan Usman Awang
13. Dari Cinta Kepada Cinta. Ramzah Dambul, ITBM
14. Korpus. Legasi Oakheart
15. Monolog Politik - Putu fajar Arcana
16. Motivasi & Kaedah Membaca - Zaini Ujang, 1997
17. Kumpulan Puisi Lestari, Zaini Ujang
18. Pintu Pengadang. Peng Xuejun, ITBM.
19. Propaganda Politik - Budiman Zohdi
20. Nota Cinta Seorang Perempuan. Zaharah Muhammad, ITBM
21. Catatan Juang. Fiersa Besari, Mediakita.
22. Urus Gugup Yakin di Pentas - Budiman Mohd Zuhdi & Azmi Ismail, Yayasan Harapan Budi.
23. Somalia Menangis. IRM
24. Kumpulan Puisi, Jelaga Asa. A. Della Nurhatika, Pupa Media
25. Sewangi Ummi, Skrip Monodrama pelajar-pelajar Politeknik Malaysia. Penyelenggara; Zakaria Ariffin dan Nor Kasmara Sokarnor, ITBM
26. Aku Gagak. Saifullizan Yahya, ITBM
27. Petunjuk Penggunaan Bahasa Melayu. Noresah Baharom, ITBM
28. 101 Question Guide to learn more about Korea. Hyunmin-A. Ilham Mora Ent.
29. Sunyi Merdu Di Tengah Pusaran Kata, Karl Agan.
30. Scarlett, Sha Hanim
31. Senandika, Lutfi Ishak
32. Cerita tentang Penerbangan, ITBM, 2009.
33. Membaca: Motivasi & Kaedah, Zaini Ujang. ITBM, 2019
34. Orang-orang perang, Ali Jusoh. ITBM.
35. Umar dan Atuk. Mohd Khairul Azman Ismail. DBP 2019
36. Langit Ketujuh, Naguib Mahfouz. Penerbit Trubadur.
37. Kooong. Iwan Simatupang
38. Cerita Dalam Cerita. Zurinah Hassan. ITBM
39. Amatlah Indah Kurniaan Allah. Mahaya Mohd Yassin
40. The Hungry Frog,
41. Wild Animal Hunt.
42. Sayang Ottawa Sungainya Sejuk. DBP
43. Kumpulan Puisi Mekar Bunga. Raja Rajeswari Seetha Raman. Pustaka Nusa, 2006.
44. Aku Cukup Menulis Puisi, Masihkah Kau Bersedih. Pringadi Abdi Surya. Indie Book Corner. 2015.
45. Mantera yang Hilang. Isa Kamari, LUK, 2019
46. Apa Kau Cari, Azman Hussin. 2004.
47. Suluk Cinta, Ridzuan Harun, 2004. DBP
48. Kaca Mencari Ikan Noraliff Awan. Penerbitan Langit, 2017.
49. Sagra. Oka Rusmini. Grasindo, 2017.
50. Cerpen Dua Nogoghi. Nisah Haron. 2015

Tentulah kesemua buku ini memberi pengalaman dan nikmat pembacaan yang berbeza serta unik.
Apa pun, saya memilih 9 buah buku terbaik (bagi saya) untuk tahun 2019.

1. Membaca; Motivasi & Kaedah, Zaini Ujang, ITBM, 2019. Buku ini memberi kaedah dan motivasi kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadikan 'membaca' sebagai budaya hidup.

2. Kooong. Kisah Tentang Seekor Perkutut, Iwan Simatupang, Pustaka Jaya, 2013. Kisah pencarian hakikat diri dan perjalanan kerohanian yang penuh dengan simbolik dan dramatik. Buku dengan ketebalan 100 halaman ini walaupun nipis tetap menebalkan kesedaran pembaca tentang hakikat kehidupan dan kematian.

3. Dua Cerpen Nogoghi, Nisah Haron, 2016. Dua buah cerpen yang dimuatkan ini berkisar tentang adat perpatih yang sering dipandang serong oleh orang luar adat. Cerpen yang mudah difahami, sekitar isu kekeluargaan dan disampaikan dengan teliti melalui ayat-ayat yang mudah. Tiada jargon yang memeningkan dan pastinya, isu utama disampaikan dengan baik.

4. Mata di Tanah Melus, Okky Madasari. 2018 (Gramedia). Kisah kembara fantasi kanak-kanak yang saya kira menarik sekali dengan ilustrasi. Membaca novel-novel dewasa Okky, menjadikan naskhah Mata ini agak istimewa bagi saya.

5. Senandika; Nyanyi Sunyi Sepanjang Jalan, Lutfi Ishak, 2018 (Katapillar). Senandika ini bukan sahaja cantik hasilnya dari aspek fizikal (sungguh, ini buku puisi yang cantik, berkulit keras dan punya ilustrasi - dengan harga yang tidak mahal), isinya apatah lagi, tentulah tidak mengecewakan. Bagai sebuah pintu yang membuka pintu-pintu lain ke dunia yang berbeza. Bagai sebuah hidangan yang lazat, dihidang dalam pinggan yang cantik dan eksklusif, pada malam yang indah dan lapang.

6. Scarlett, Sha Hanim, 2018. Scarlett dengan pengakhiran yang sungguh baik, malah 'plot twist' yang menarik bukan sahaja menjadi sebuah novel 'self-help' buat penderita depresi, tetapi juga panduan berguna kepada ibu bapa dan sesiapa sahaja berkenaan.

7. Pintu Pengadang, Peng Xuejen, 2018, ITBM. Jika diteliti, novel ini bukan sahaja memaparkan secebis pengalaman seorang kanak-kanak yang mendewasa bersama-sama peristiwa yang dialaminya sepanjang tempoh itu, namun nilai-nilai yang diselitkan begitu besar dalam membentuk peribadi seseorang.

8. Generasi Paling Jahanam, Saharil Hasrin Sanin, 2018. Studio Anai-anai. Generasi membawa pembaca menyelongkar diri sendiri... Kita dibina atas sikap dan sifat generasi sebelumnya atau ... buku paling nipis tapi isinya, Allahu...


9. Sagra, Oka Rusmini, 2017. Grasindo. Klasik, kebangsawanan, patriarki, tentang perempuan dan lelaki, tentang keinginan dan pertanggungjawaban berlatarbelakangkan budaya dan kepercayaan di Bali. Setiap cerpen mengandungi kesan yang berbeza. Membawa diri kepada hakikat kewujudan manusia dan cabaran dugaan di dunia yang pelbagai keinginan.


#bestninebooks2019 #buku #books


No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...