Menyebut tentang angka usia, bersyukurlah dikurniakan usia lagi setakah dan pada masa yang sama gelisah dan resah tidak dapat disembunyikan - tentang hayat yang semakin berkurang dan perjalanan diri yang akan tamat bila-bila masa sahaja.
Semalam ulang tahun kelahiran saya. Angka umur, 42. Sungguh, terasa amat diri semakin ke penghujung perjalanan. Sesiapa pun akan berfikir begini ketika memasuki tahun ke-40. Ini bermakna sedikit sahaja lagi usia berbaki.
Hari ini saya berbahagia. Sungguh. terima kasih rakan-rakan yang meraikan saya.
Mahu Isi Apa?
Bagi sesetengah orang, memikirkan mahu isi hidup dengan apa pada usia 40-an, mungkin dikatakan terlewat. Maka, masing-masing pun tergesa-gesa mengejar dan mencapai apa sahaja yang sempat digapai sebelum menuju ke garisan penamat.
Pada usia begini juga kekesalan dan keresahan atas kealpaan lalu akan memakan diri dan sebahagian fikiran. Jika tidak dikawal, maka akan kenyanglah kita dengan memori dan hal-hal tak berguna. Sedangkan setiap saat nafas harusnya diisi dengan hal yang utama (terpulang pada setiap orang mahu utamakan apa).
Ada orang berubah ketika usia belasan tahun, selepas melalui getir pahit kehidupan. Dia akan mendewasa dengan baik dan berhati-hati kerana awal-awal perjalanan sudah diuji dan kebal dengan cabaran.
Ada orang berubah ketika dewasa, setelah penat dalam jatuh bangun sandiwara dunia.
Ada orang berubah ketika usia mencecah hujung hayat.
Tapi, berbahayalah mereka yang terus-menerus tidak berubah. Ramai juga dalam kategori ini.
Tentang Diri
Beberapa tahun ini saya mula mengubah persepsi terhadap diri sendiri dan orang keliling. Semakin fokus kepada diri sendiri (tetapi tidak pula mengabaikan hal-hal sekeliling yang penting). Juga semakin tenang dan sudah pandai mengabaikan hal-hal sampah. Tahniah Zalila. Belum terlewat mengisi sisa usia dengan ketenangan.
Tapi hari ini...
Biar sekali ini saya bercerita tentang seseorang yang amat tidak mahu saya jumpa atau hiraukan. Tapi tidak mampu dielak selagi kami 'satu bumbung' dalam hal pekerjaan.
Saya tidak mahu bertanya apa dosa saya kepada dia apabila saya fikirkan untuk apa saya menyalahkan diri sendiri. Sedangkan dia berbangga dengan kebobrokan diri sendiri yang sejak dahulu tidak berubah. Kasihan sungguh.
Hari ini mendengar cerita tentang dia yang memburukkan saya di media sosial. Apa yang ditulis seluruhnya tidak benar. Hari indah saya hampir terganggu namun alhamdulillah, dikelilingi rakan-rakan yang baik hati dan ikhlas dalam perhubungan, maka saya sedikit demi sedikit melupakan kejadian hari ini.
"Biarlah. Saya tidak perlu membalas. Itu saya serahkan kepada Tuhan untuk menghukumnya kelak. Tapi, saya tidak akan memaafkan."
Kasihan juga kepada dia yang hidup dalam kerosakan hati yang sendiri tidak menyedarinya. Kasihan sungguh. Kegagalan hidup dan pengurusan hati menatijahkan dia yang begini - tidak senang dengan senyuman orang lain.
Ikutkan hati yang tergores, banyak juga perkataan yang dikarang dalam fikiran, tinggal masa mahu memuntahkan. Tapi untuk apa? Untuk apa saya merosakkan rasa, membuang waktu melayan hal sampah begini.
Saya mengambil keputusan menutup suis fikiran untuk dia dan mendoakan diri saya agar dijauhi orang-orang begini.
Tidak, saya tidak akan mendoakan untuk dia berubah. Saya hanya mahu mendoakan diri saya sendiri dan orang-orang sekeliling yang saya sayangi agar tidak menemui manusia sebegitu.
Untuk dia, kata-kata akhir saya, pergi mati!
Boleh jadi depresi dibuatnya. Tahniah kerana tutup suis buat dia.
ReplyDeleteLike you do to some people. Just focus in ourself and our way kan
Delete