Sunday, January 08, 2023

MENAKAH TAHUN 2023, TERIMA KASIH 2022

 Assalamualaikum, 2023 ... 

Demikian, menakah lagi menjengah tahun 2023. Bersyukur masih dikurnia nafas walaupun tak tahu entah esok lusa nafas terhenti. Jangan bimbangkan esok, isilah hari ini dengan baik!

Untuk 2023, teruskan perjuangan, Zalila.


Terima kasih 2022

Mengenang 2022, banyak perkara yang menarik dan membugar semangat, diselang-seli dengan kepahitan tentunya. Hidup begitulah, seimbang. Bak kata Hamka; 

Jadi, apakah 2022 berikan kepada saya, atau lebih tepat lagi, apakah pengisian saya sepanjang tahun 2022?

  1. Berpindah ke rumah baharu yang diidamkan. Walaupun hanya menyewa, namun berpuas hati dengan rumah yang didiami ini - dengan tingkap yang sangat luas, menghadap pemandangan menghijau sebahagian kawasan Wangsa Maju dan tentunya menikmati angin yang nyaman.
  2. Memulakan awal Januari dengan semangat membugar, membaca buku puisi yang bagus (Aan Mansyur - Waktu yang Tepat untuk Melupakan Waktu).
  3. Buat spek mata baharu kerana kehilangan spek mata lama. Sedih juga sebab  duit habis banyak dan juga tiada lagi stail spek mata baharu tu.
  4. Saya dipelawa untuk berkongsi pengalaman dalam Bengkel Penerbitan pada 29 Januari 2022 (Sabtu) bermula jam 9 pagi hingga 4 petang secara dalam talian. Bengkel ini menampilkan 3 panel jemputan yang akan membicarakan secara khusus berkaitan pengalaman penerbitan mandiri, editorial dan proses penerbitan: Salman Sulaiman (UPSI), Zalila Isa (ITBM) dan Nimoiz TY (LPK).
  5. Mula belajar teknik pointilism lebih serius dan sebahagian jadual waktu terisi dengan melukis. Agak sukar dan penat kerana setiap kemahiran memerlukan komitmen yang tinggi.
  6. Mula aktif kembali di Twitter semata-mata mahu mencuba NFT, menjual lukisan secara digital. 
  7. COVID masih menyerang. Test kit menjadi keperluan setiap kali ada kontak rapat yang positif. Anak-anak dijangkiti COVID pada penghujung April.
  8. Kelahiran buku Rak Buku Ruang Tamu, terbitan Dua Penulis & Metromedia. Sebuah projek buku yang diusahakan sejak setahun sebelumnya, dikekang pandemik dan akhirnya siap dengan sangat cantik.
  9. Kena scam RM1500 untuk satu pinjaman. Ya, kewangan belum stabil dan ditipu pula. Mujur dikelilingi kawan-kawan yang baik, tapi ini permulaan terjebak dengan hal lain yang akhirnya mengikat diri ... (tak perlu dipanjangkan).
  10. Pameran Pointilisme Alam di GMBB, Bukit Bintang pada 1-22 April 2022. Tak pernah terfikir akan melukis dan membuat pameran. Terima kasih Kak Emila yang menjadi guru terbaik. 
  11. Berhari raya di kampung setelah dua tahun tidak meraikannya bersama-sama keluarga.
  12. Belajar gitar. Tapi sekerat jalan.
  13. Pameran Lukisan Malaysia-Jepun yang diadakan di MATIC pada 2-5 Jun 2022. Tiga buah lukisan saya dipamerkan. 
  14. Pertama kali bawa mak mengitari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
  15. Terlibat sebagai pengajar untuk Bengkel Penulisan Cerpen, Penulis Cilik, bermula di Kelantan.
  16. Adli Hakim diterima masuk ke Politeknik di Shah Alam. Permulaan yang baik. Teruskan usaha.
  17. Pensyarah sambilan untuk kelas penulisan dalam talian anjuran ITBM.
  18. Ke Frankfurt, Jerman untuk tujuan kembara ilmu dan Pesta Buku Frankfurt dengan dugaan setinggi gunung. 
  19. Pameran Pasca Jerman di GMBB
  20. Umar sunat. Selesai satu fasa untuk dia, ibu pun lega.
Demikian, antara perkara besar dan penting yang dilalui sepanjang tahun 2022. Semoga tahun 2023 lebih berwarna.

 Tiada yang lebih bahagia selain menghadap jendela yang luas

Berkongsi pengalaman penerbitan

Yeay, buku yang cantik

Pertama kali buat pameran, nervous



 Sebahagian yang sedang dilukis


Terima kasih Kak Emila, dan rakan-rakan

Acah-acah main. Penat

Pameran Malaysia-Jepun

Sebaris lukisan Kak Emila. Love

Mak ... mujur bajet kecil

Bengkel penulis cilik yang menghiburkan


Tahniah Adli


mengajar kursus penulisan di Akademi ITBM

Jerman!

Terima kasih semua, membawa saya

Kenalah ada ROI


Selesai.















No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...