Taufan Haiyan atau Taufan Yolanda melanda Filifina baru-baru ini. Surat khabar dan media, malah seluruh dunia memperkatakan tentangnya. Dalam masa yang sama juga, saya tertarik dengan dua buah buku terjemahan ITBM, Dunia Sama Rata dan Panas, Rata dan Sesak tulisan Thomas L. Friedman.
Antara perkara yang membuat saya berfikir banyak mengenai alam sekitar dan penulisan ialah kata-kata penulis ;
"...bagaimana krisis pasaran kewangan dam krisis alam sekitar sebenarnya berakar umbi daripada punca yang sama, iaitu kelamahan dari aspek perakaunan dan pengambilan risiko."
Maka, saya tanyakan di FB mengenai buku-buku yang pernah mengangkat isu alam sekitar.
Isu alam sekitar. Novel apa yang boleh saya baca?
- Ikram Mohamed, Adli Abdullah II, Rosmiaty Shaari and 3 others like this.
- Izma Azura Ismail Adaka org tulis novel tntg alam sekitar Zalila Isa ? Yg dok taw novel psai cinta trhlang, pompuan 1 jd rebutan 3 lelaki..1 lelaki jd rebutan 10 pmpuan bykla...novel omputih adala kot...Anne of the green gables...
- Rozlan Mohamed Noor Isunya belum pernah diangkat ( setahu saya). Pencemaran cahaya. Aktiviti pencerapan bintang yang terganggu.
- Fathul Khair Mohd Dahlan Ya, itupun sebuah novel yang menceritakan alam sekitar. kalau nak baca mengenai konservasi, RImba Jiwa.
- Zalila Isa Itu bukan fasal alam sekitar sangat. Itu hanya soal hati. Cembeng macam hujan. Turun tanpa musim. hahahha
- Roziyah Mahamad hujan juga sesekali memberontak dengan alam. Merajuk dengan bumi. Berdamai dengan rumput kering. berkejaran dengan gunung dan danau. Hujan itu kan teman baik alam.
- ****Isu alam sekitar selalu ada, tetapi dengan berlakunya bencana alam begini, isu ini menjadi hangat semula dan penulis yang baik selalunya akan segera mengumpulkan maklumat terbaharu untuk novel/karya terbaharu pula. Paling cepat, puisi atau cerpen tentang bencana alam sekitar. Untuk novel pula, isu alam sekitar sepatutnya diperbanyakkan lagi untuk ingatan-ingatan generasi masa kini tentang keperluan yang besar memelihara alam sekitar dengan menyemak semula pelan pembangunan yang lebih terancang, menyekat ketamakan golongan kapitalis, dan tidak salah menyelitkan elemen cinta jika itu perlu.Dan buku yang dimaksudkan di atas amat berguna sebagai bahan rujukan mengenainya selain peristiwa Taufan Haiyan yang menyayat hati. Inilah masanya untuk mendapatkan 'feel' yang sebenar - Terlebih baik jika penulis terlibat dengan gerak kerja sukarelawan menyelamatkan dan memberi bantuan kepada mangsa taufan.Isu alam sekitar dilihat kecil jika tidak diselongkar sebaiknya. Sebagai penulis, sumbangan anda bukan sahaja memperbanyakkan bahan bacaan dan mengingatkan pembaca tentang baik buruk sesuatu perkara, malah terlebih baik jika buku tulisan anda mmapu mengubah sesuatu - tidak kiralah sekecil-kecil niat manusia untuk menjaga alam sekitar mahupun sebesar-besar tindakan melakukan pembersihan dan mengadakan kempen menjaga alam sekitar.Penulis ada misi besar!
No comments:
Post a Comment