Alhamdulillah, setelah disindir-sindir, ditanya-tanya, dicabar-cabar oleh rakan sekeliling tentang aktiviti penulisan saya, maka awal tahun ini dua buah buku saya keluar. Walaupun hanyalah antologi, masih saya gembira dan hal ini menjadi penanda aras saya perlu menulis lebih kerap.
Antologi Kapur Kasut vs Kapur Tulis dan Antologi Epistolari (50 Pucuk Surat Kepada ...) merupakan dua buah buku terbitan Metromedia yang dilaksanakan atas dasar muafakat komuniti Celikhuruf (sebuah komuniti pembaca-penulis-penggiat buku). Walaupun hanya 4 muka surat untuk setiap karya, masih ia beri sumbangan kepada 49 karya yang lain. Saya suka projek begini. Memeriahkan dunia buku.
Awal tahun lalu, cerpen saya tersiar di Tunas Cipta, saya gembira dan komentar pengkritik tetap Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka amat positif. Terima kasih tuan.
Apa lagi?
Setakat ini saya memang tidak konsisten menulis kerana ketidakcukupan masa (alasan. Alasan. Alasan). Malahan kerja-kerja penyuntingan buku orang lain juga banyak beri pengaruh kepada keupayaan saya untuk menulis.
Saya, akan terus menulis walaupun sehari sebaris ayat. Saya tahu saya boleh. Bukan untuk kagumkan sesiapa, tetapi mahu tinggalkan 'diri' saya untuk anak-anak 'baca' siapakah ibunya jika saya pergi meninggalkan mereka kelak.
Jadi, apa yang saya mahu tulis, tak lebih tak kurang untuk anak-anak saya, untuk mereka yang saya sayang dan untuk generasi yang akan datang. Saya tak mengejar nama atau piala kemenangan. Cukup hanya mahu meninggalkan yang baik-baik untuk mereka yang masih hidup nanti.
#Mahutulissenyapsenyapdandudukdiamdiam
"Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian. (Pangemanann, 138)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pergilah, Kekasih Hati Kami!
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Saya menyangka ini adalah salah sebuah peribahasa Melayu yang menyatakan 'kebesaran hati...
-
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Gambar sekadar hiasan Mungkin boleh dikatakan gambar di atas sekadar gambar hiasan untuk post ini. Atau biasa juga kita baca dalam ...
No comments:
Post a Comment