https://www.goodreads.com/user/year_in_books/2016/2257247
Sebenarnya memang tak percaya. Hanya 17 buah buku saya baca pada tahun 2016? Itupun termasuk buku yang saya 'kerjakan' sebagai tugas hakiki.
Betul-betul 17? atau memang ada buku yang saya lupa masukkan sebagai 'read'?
Entahlah. Nyatanya memang hanya 17 buah buku yang saya betul-betul baca dan nikmati bacaannya. Memang saya banyak memabac buku tapi kebanyakannya tidak mampu dihabiskan kerana tidak menarik dan kekangan masa.
Untuk manuskrip yang saya tangani, setiap manuskrip pun dibaca hampir lima atau enam kali sebelum dicetak. Tapi tak mungkin saya masukkan jumlah itu sebagai 'read'. Atau boleh sahaja?
Sebenarnya kenapa dengan saya yang terlalu 'ribut' memikirkan jumlah buku yang dibaca berbanding apa yang telah diperoleh melalui bahan bacaan?
Saja, mahu lihat diri sendiri. :P
Baca sahajalah Zalila!
Okey kita mulakan semula dengan teliti untuk tahun 2017!
Good luck.
"Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian. (Pangemanann, 138)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pergilah, Kekasih Hati Kami!
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Saya menyangka ini adalah salah sebuah peribahasa Melayu yang menyatakan 'kebesaran hati...
-
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Gambar sekadar hiasan Mungkin boleh dikatakan gambar di atas sekadar gambar hiasan untuk post ini. Atau biasa juga kita baca dalam ...
No comments:
Post a Comment