Thursday, January 05, 2017

Terbit Buku; Cepat vs Lambat


Ketika diberitahu bahawa manuskrip anda melepasi garis penilaian dan diluluskan, apa perasaan anda? Sebenarnya ini adalah bahagian yang paling saya suka - ketika memberitahu penulis bahawa manuskripnya diluluskan.

Menempatkan diri dalam situasi penulis, biasanya saya juga berasa gembira (malah ada di antara penulis yang menangis kerana tidak menyangka karyanya terpilih).

Sebenarnya reaksi pertama itu juga boleh membayangkan perjalanan penerbitannya. Ada yang gembira amat - dan selalunya proses lancar kerana penulis akan memberi komitmen sepenuhnya. Ada juga yang biasa sahaja - 

Dalam fasa ini, penulis akan dimaklumkan siapakah editor yang akan menangani manuskripnya, diberitahu penambahbaikan yang perlu dilakukan berdasarkan laporan penilaian dan paling penting, sedikit penjelasan tentang proses yang bakal dilalui oleh manuskrip tersebut. 

Jika penulis ada perancangan tersendiri, editor akan cuba merealisasikannya namun masih tertakluk kepada polisi dan jadual proses penerbitan syarikat.

Sudah rancang, sudah berbincang, tapi kenapa manuskrip masih lambat?

Persoalan besarnya ialah LAMBAT atau CEPAT sesuatu proses itu, ada banyak faktor. 

FAKTOR MANUSKRIP itu sendiri, antaranya;

  1. Manuskrip terlalu tebal 
  2. Manuskrip terlalu banyak kesalahan tatabahasa, ejaan, struktur ayat dan teknikal
  3. Manuskrip tidak tersusun
  4. Terlalu banyak semakan fakta yang tidak tepat
  5. Unsur-unsur plagiat
  6. Hal-hal hak cipta yang tidak diselesaikan.
NOTA: Tugas Penulis Apabila Manuskrip Lulus.


  • Sediakan manuskrip 
  • mematuhi masa 
  • menjawab persoalan manuskrip yang timbul 


NOTA FB

  • Ada masalahkah jika tebal atau nipis?
  • Berapa standard tebal dan nipis itu?

Soalan pertama;
Tiada masalah tebal atau nipis dari aspek pemasaran. Isu pembaca suka buku tebal atau nipis pun tidak lagi menjadi soal utama dalam penerbitan buku masa kini.
Masalah yang timbul ialah apabila, manuskrip itu BERMASALAH dari aspek ejaan, gaya bahasa tidak selaras, fakta tidak disemak, soal hak cipta, teknikal dan tidak konsisten dari aspek penceritaan dan pengolahan.
Kira jumlah atau tempoh masa yang diambil bagi selesaikan hal-hal di atas untuk manuskrip yang tebal dan manuskrip yang nipis.
Kira sekarang!
Jawapan pengiraan akan menemukan jawapan kepada soalan kedua;
TIADA STANDARD KHUSUS untuk ketebalan dan kenipisan buku, standard ini ditentukan oleh penerbit mengikut kesesuaian.
Tebal atau nipis okey sahaja JIKA:
  1. Penulis menyediakan manuskrip LENGKAP - kemas kini mengikut saranan laporan penilaian dan perbincangan dengan editor. Semak ejaan dan fakta, serta hal-hal teknikal. Susun elok-elok. Sediakan prakata, kata pengantar (jika perlu), biodata dan maklumat diri untuk mudah hibungi.
  2. Penulis mematuhi masa - Berbincang dengan editor jika ada masalah dengan kesihatan, kemudahan internet, telefon dan sebagainya dalam proses penerbitan.
  3. Penulis bersedia menjawab persoalan manuskrip yang timbul - Jangan tangguh menjawab kerana ini akan mempengaruhi mood dan kerja editor (apatah lagi jika editor ITBM yang menangani bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi lebih lima buah manuskrip dalam tempoh masa yang sama).

Bersambung ....
Akan datang, faktor lain yang melambatkan penerbitan selain tebal, nipis dan masalah manuskrip. :)


No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...