Maaf, saya hentikan perbualan telefon tadi. Puisi awak tadi, yang
awak baca dengan susunan kata tulisan sendiri, saya kagumi. Cikgu BM awak
tentunya gembira... 😊
Ya.
Saya paksa?
Tidak. Setiap manusia mempunyai pelbagai sisi.
Ya ... saya harap saya tidak memaksa sisi itu diwujudkan.
Ada sisi yang tak tersuluh, ada sisi yang terlalu
terang ... setiap ruang bukan untuk kekosongan, kan?
Terima kasih kerana membawa lilin 😊😊
Lilin memang ada. Tinggal jemari awak yang mahu menyalakannya atau
tidak
kan?
Kena ada sumbunya, mancis hayatnya bukan sehari 😉😉
Baik. Awak prihatin dengan diri awak. Tahu bahagian mana perlu
difikirkan mendalam. Bahagian mana perlu direhatkan.
Begitukah?
Ya. Saya rasa. Awak seorang yang sayang kepada diri sendiri.
Berhati-hati dalam berkata-kata dan tahu apa yang awak mahu.
(....)
Sekadar membaca. Bukan menilai.
Rasanya tidak ada orang pernah berkata begitu kepada saya.
Oh maaf.
Bukan rasanya, memang tidak pernah. Jadi, agak terkesima di situ.
Saya terlalu jauh menyelongkar halaman orang. Barangkali terlalu menggunakan ilmu kewartawanan saya.
Saya tak menghalau orang yg datang menjenguk halaman saya. Tidak
juga menidakkan niat mereka. Tiada siapa hidup mahu menyusahkan orang lain.
Pencuri pun tidak suka miliknya dicuri.
Beberapa minit sunyi.
Diam?
Ada saja. Takut mengganggu. Saya takut ganggu orang.
Saya takut juga.
Saya lagi takut.
Hmm, andai kata ada orang memberi anda kain bercorak
kesukaan, apa yg anda akan buat dengan kain itu?
Saya pakai hari-hari, sebab saya suka. Jaga baik-baik sebab
mahu ia sentiasa baik.
Tidak biarkan ia di situ dan mengganggu perasaan "ingin pakai
hari-hari" ?
Bergantung. Tapi saya akan jaga baik-baik.
Oh begitu. Baiklah.
Kenapa?
Metafora sahaja.
Baik.
Apa yg dikerjakan tu?
Sedang baca blog. Sebetulnya dari tadi mencari satu entri saya untuk
awak. Tapi, abaikan
[sebab tak jumpa].
Ok. Saya nak baca. Tolong carikan untuk saya, boleh?
Ya. Grrrr ... Hahaha.
Yang satu itu mungkin sesuatu ... hahahahahha!
Tidak. Sengaja mahu kongsikan.
Sebab sengajalah yang menjadi sesuatu, nakkkkkkkkk!!! Hahahaha!
Saya cuba.
Saya tunggu (mode:jahat)
Uhukkk ... maaf, saya tidak akan lalu. Awak tunggulah.
Saya dah biasa menunggu 😎😎 Biasa juga gembira
selepas menunggu.
😆 Saya rasa tak wajar beri awak baca (selepas saya baca
balik catatan itu). Abaikan sahaja boleh?
Tak wajar juga membuatkan saya tertanya...
Maaf sangat-sangat ... saya tidak terfikir tadi.
Saya sudah tertanya ... dan tertanya tanya. Harap awak tak
keberatan untuk berkongsi.
Oh, saya tahu lagi satu sifat awak ... penghukum dalam senyum.
Mungkin sebab tu jarang senyum? Mungkin.
Ya. Mungkin.
Ok begini. Awak mesti tahu apa perasaan saya sekarang ... nak
baca ... isk isk...
Tak wajar. Saya tak fikir panjang tadi.
Kelemahan saya yang satu semasa bercinta, adalah memujuk. Inikan
pula bukan bercinta
isk...
Hahahha ... Boleh tak saya guna alasan ini : Line tak
berapa ok, pencarian tersekat-sekat. nanti saya akan beritahu jika Internet ok.
Boleh ... kalau awak tak kisah buat hati seorang lelaki yg tak
pandai memujuk tertanya-tanya 😢😢.
Hahaha ... saya dah jumpa, tapi masih menimbang-nimbang mahu
beri atau tidak sebab
ia hanya terfikirkannya secara 'tiba-tiba'... tiada niat apa-apa.
Nak choki²?
Tak mahu choki2. Saya tak minat coklat. Saya suka kek. Cheese
cake.
Jadi kek coklat bukan kegemaranlah?
Marble Cheese cake! Tapi kek coklat pun suka. 😆
Oh itu jahat...
hahaha....
Diam lagi.
ini. Puisi itu ... entah ...tiba-tiba rasa nak bagi kat awak.
Terima kasih Layla 😉😉 ... ada juga bahan
bacaan hari ini.
Sekadar sama -sama menilai erti rasa dan kehidupan. Jangan fikir
apa-apa ya.
Ya!
Mesti agak lama nak siapkan puisi ni.
Tidak. Puisi ini spontan. Ikut tarian jemari. Tapi mungkin ya. Yang
lama ialah perasaan yang terjelma.
sekadar untuk awak layan.
Pendek, tapi terlalu mencabar.
... untuk difahami?
Sekarang segala rasa dipanggil berbincang.
Maaf untuk itu.
Tidak mengapa.
Saya tak sepatutnya buka meja perbincangan sekarang tanpa
ambil tahu awak sedang sibuk melayani rasa yang lain yang lebih penting.
Masalahnya, yang datang dari hati tak boleh diberi takwim. Ia
datang, ia pergi, bila² ia mahu.
Baik ... boleh sahaja simpan. Kita ada banyak ruang dalam hati. Otak
juga punya sel-sel tersendiri. saya tak pandai berbahasa.
Itu bukan alasan untuk awak tidak berkata-kata kan? Menikmati tarian
bahasa, indah juga.
Maaf jika ia menyerabutkan lagi rasa.
Itu bukan alasan, "bukan ciptaan sengaja" ... hehehehe
Saya melampaui rasa?
Layla, awak tahu apa rasa hati kan? Jangan sesekali meragui rasa
itu.
Saya tidak suka tahu. Bukan apa-apa. Saya sakit kerana terlalu ikut
hati sendiri dan suka baca orang lain.
Saya selesa sahaja begini ... usah risau 😎😎
Baik. Saya jadi lega.
Tapi, kadangkala, dengarlah apa hati cuba bisik tu ... kan
lega 😉😉
Tidak bermakna apa-apa. Ia hanya di situ - hati. Tak mungkin
keluar dari situ. Tak mungkin [eh, tiba-tiba emo lak] ... ha ha ha
Janganlah suruh ia keluar. Minta dedengari saja kesian dia.
Ia tak wajar dikeluarkan. Realiti tak sekata dengan impian.
Kalau tak bersebab tak mungkin Tuhan letak ia di situ...
Hukuman buat diri. Barangkali.
Hukuman bukan kerja kita.
Hukuman yang kita terima.
Kita terima hukuman daripada-Nya. Bukan kita pilih hukuman yang
suka.
Kita terhukum. Selalu begitu.
Biarkan selalu, sampai bila?
Sampai bila? Sampai mati. Ahh biarlah. Apa kata kita stop bual-bual
pasal benda menyakitkan saya ini, nanti saya tak seimbang dalam bengkel.
Baik!
Maaf, saya mulakan ... saya yang akhirkan.
Ya ... selalunya begitu. Secara am, bukan awak sahaja. Usah
bimbang!
Baik. Maaf sangat-sangat. Hari ini entah kenapa.
Tiada apa pun boleh dimaafkan...
Jangan beritahu sesiapa ya.
Saya takkan beritahu sesiapa bahawa awak juga ada perasaan 😎😎.
Hahahaha ... saya batu sebenarnya. Tak ada perasaan. Cuma batu
kalau dicampak ke sungai, ia akan menimbulkan riak yang besar. Saya sudah
mencampakkan diri sendiri dalam sungai. Tenggelam. Tiada riak yang wujud sama
ada saya ada atau tidak. Awak tak akan nampak saya lagi lepas ini.
Tak mengapa. Ada pekerjaan yg mencari batu untuk perhiasan.
.
.
.
.
.
Sunyi selepasnya, sehingga kini.
-----
Nota: Catatan ini menggunakan 'prompt' - Tuliskan Cerita pendek Menggunakan Dialog Sahaja bagi menyahut cabaran 21 Pencetus Idea (Writing Prompts) untuk Ogos 2019 dan 10 Pencetus Idea Penulisan Kreatif.
No comments:
Post a Comment