Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya berkata bahawa doktor mahu stabilkan paru-paru Bella dan peluang normal semula 70%.
Namun, kehendak Allah, pernafasan Bella semakin merosot dan akhirnya kami terpaksa menerima berita yang sangat mendukacitakan ini, "Jantungnya sudah berhenti sepenuhnya, tepat pukul 11 malam, 3 Januari 2024.
Bella, atau nama sebenarnya Nurul Ain Nabila bt Azman merupakan anak saudara saya dikasihi. Berusia 23 tahun, baru habis belajar di IKM Kuala Lumpur dan baru mula bekerja. Besar cita-cita dan keinginannya untuk menyambung pelajaran dan membantu keluarganya.
Pada September tahun 2023, Bella disahkan menghidap Kanser Darah tahap 4. Selepasnya kehidupan kami berubah. Sentiasa memberikan perhatian dan mengikuti kemoterapinya saban minggu.
Anak yang baik ini tidak banyak kerenah. Sentiasa berwajah manis dan manja.
Ini merupakan kematian pertama dalam keluarga kami. Kematian yang kami tidak jangka dan tidak bersedia.
Hati saya luluh. Pecah. Longlai. Sehingga hari ini kepala masih berpinar akibat terlalu banyak menangis dan berfikir.
Saya teringat Arwah Ani, sepupu yang meninggal pada tahun 2016 akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Kesedihan begini jugalah yang saya alami sehingga saya tidak mampu menyiapkan catatan khas untuknya dalam bentuk cerpen. Namun, disiapkan juga pada tahun 2020 untuk dibukukan dan dijadikan kenangan hidup yang bermakna.

Damailah Bella. Damailah. Damai di sana. Meninggalkan dunia yang fana ini. Sudah selesai penat ellahmu, berehatlah menuju hari akhir.
Kami juga akan menyusul.
Al-Fatihah.