Waktu rehat terpaksa ke Wangsa Walk sekejap untuk ambil kasut yang diperbaiki oleh kedai kasut.
Ceritanya, beli kasut di sebuah kedai tidak ternama. Sekadar kasut untuk jalan-jalan. Tidak sampai 100 meter memakainya, tapaknya tercabut dan saya segera memulangkannya untuk menukarkannya kepada kasut yang lain atau refund duit. Malangnya, seperti yang tertera di resit pembayaran bahawa, "Goods sold are not subject for returnable. Exchange within 3 days with receipt and good conditions...."
Bergaduh jugalah dengan penjaga kedai. Saya katakan, bagaimana saya tidak layak menukarkannya dengan kasut lain sedangkan saya beli tengah hari, tak sampai 100 meter sudah tanggal. Tentulah salah kedai. Penjaga kedai mengelak-elak dengan mengingatkan saya kepada apa yang tertera di resit. Akhirnya, dia meminta saya meninggalkan kasut itu untuk dibaiki. Saya tak ada mood, dan terus kata, 'ya'.
Ini kisah seminggu sebelum raya. Jadi, hari ini akan ambil kasut bertuah tu. Dan ingatan kepada pembeli kasut di luar sana, Semasa di kedai, sebelum membuat pembayaran, pakailah kasut itu dalam kedai dan buatlah beberapa pusingan catwalk atau ala tawaf. Kemudian, ketuk atau bantaikan kasut itu ke lantai beberapa kali untuk menguji ketahanannya. Kalau ok baru bayar.
Hihihi...
Sekian, tips membeli kasut murah.

- Norsyazeela Ahmad Moktar, Tseni Sastrowardoyo, Amelia Hashim and 17 others like this.
- Jumanoh Bin Abd Bunga Raya ni aku pakai kasut yang aku beli pada tahun 1968 dulu, masih kukuh. Cuma kain alas tapak sebelah dalam koyak sikit. Tapi bukan orang nampak pun.
- Nisah Haron Dalam membeli kasut, usahlah hendak berjimat sangat. Saya akan buat pelaburan untuk kasut yang berkualiti. Mahal sedikit tak mengapa, asalkan alah membeli menang memakai. Tumit dan kaki boleh menjejaskan kesihatan bahagian tubuh badan yang lain.
- Zalila Isa Designnya cantik, saja untuk bawa ke ladang. Hahhaha..tak sangka kena begini. Lepas ini memang kena hati-hati tak kiralah murah atau mahal.
- Idah Nadzri dah hempas pulas, henyuk. penyek2kan..pas tu x jd nk beli..agak2 apa kata tuan kedai..hahhahaha
- Idah Nadzri pas kkita kuar kedai.. gambo kita di tampal di pintu.."JANGAN BENARKAN ORANG INI MASUK DALAM KEDAI" haha
- Joe Zack muhasabah diri... renungkan dan fikirkanlah macam mana kasut yg baharu itu boleh tertanggal tapaknya hanya selepas 100 meter membayarnya... hmmm... gua fikir.... hmmm... kihkihkih
- Khadijah Aminah Md Yusoff haritu saya ke sana sebelum raya, saya cari mana lah kedai yg menipu akak tu.. hahaha..
No comments:
Post a Comment