Melihat yang di sisi. Adakah sama dengan yang semalam. Mungkinkah sama untuk esok dan seterusnya...
Atau kita yang bakal tiada di sisi mereka?
Tuhan, panjangkan umur kami untuk yang bermanfaat.
KOMA
Meninjau
ke luar jendela, malam yang pekat tanpa bintang dan bulan (mana
'mereka' pergi ni?). Yang menghiasi langit cuma kerlipan lampu kapal
terbang dan bunyinya yang membelah malam.
"Dahulu, saya pernah
mengimpikan untuk naik kapal terbang setiap kali memandang kapal terbang
melintasi mata. Dan impian saya dimakbulkan Tuhan. Saya dapat naik
kapal terbang walaupun bukan untuk jarak yang jauh merentasi sempadan. Saya puas!" Saya beritahu dia.
Dia diam memandang saya. Dengan tekun menunggu saya meneruskan kata-kata.
Saya senyum lalu berkata lagi, "Dahulu, saya selalu mengimpikan untuk
memiliki awak. Sehingga kini saya selalu pandang awak. Dengan impian
lain yang bersuara lantang di hati. Saya tidak berharap memiliki awak.
Cukup awak ada di samping saya. Seperti kapal terbang. Walaupun tak
nampak bentuknya, bunyinya tetap mengundang rasa sehingga kita
terdongak-dongak ke langit. Cukup."
~Surat kepada Kapal Terbang (Cinta)
KOMA
Yang terpasak di kaki. Yang terbang melayang di hati.
Macam seram sahaja sebut benda-benda absurd ni.
*Siapa suruh baca buku cerita hantu malam-malam ni?
KOMA
Berkata kepada bintang, "kita ini istimewa. Simpan derita sebagaimana kita simpan gembira."
~Surat Kepada Bintang.
KOMA
"Ibu, masa ibu tiada, Umar betul-betul ikut perangai ibu. Iyad rasa dia rindukan ibu." Kata Iyad memulakan ceritanya.
"Iya? Dia buat apa?" Tanya ibu dengan rasa teruja (dah kembang hati ni).
"Ha ah..dia hempas pintu bilik banyak kali..." Iyad jawab dengan lancar macam nak kena penampar (lagi).
**grrr..mana ada ibu hempas pintu bilik la....(pandang kiri kanan)..angin yang tiup. Uwaaa sentap mak.
"Setiap tulisan merupakan dunia tersendiri, yang terapung-apung antara dunia kenyataan dan dunia impian. (Pangemanann, 138)
Pergilah, Kekasih Hati Kami!
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Saya menyangka ini adalah salah sebuah peribahasa Melayu yang menyatakan 'kebesaran hati...
-
Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...
-
Gambar sekadar hiasan Mungkin boleh dikatakan gambar di atas sekadar gambar hiasan untuk post ini. Atau biasa juga kita baca dalam ...