Saturday, January 02, 2016

Terus Melangkah

Hari kedua. Sebenarnya tak banyak pun yang mahu ditulis mahupun dikenang. Hidup mesti terus selagi ada nyawa. Kan?

Membaca. Ya, itulah hal yang patut saya lakukan sejak dahulu. Banyakkan membaca dan menulis yang bermanfaat. Membaca kenangan-kenangan lalu pada tarikh yang sama tahun ini banyak mengajar saya supaya jangan lakukan itu, jangan lakukan ini. Grow up kata seorang kawan. Ya, berada dalam kalangan manusia pelbagai latar belakang (perangai) memang menguji diri. Letakkan diri di tengah-tengah jika si tua perangai macam budak-budak dan si budak-budak pula berperangai macam bayi.

Ada satu peristiwa berlaku sebelum menjelang 2016 dan ia amat melukakan. Tak apa. Orang jatuhkan kita, bangunlah. Melompat lebih tinggi.

All out! Terima kasih kerana masih berada di sisi. Tentang buku, tentang rasa, tentang hidup yang mesti dipenuhi dengan manfaat.

No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...