Ya, entah siapa yang harus dipersalahkan, maka Covid mengepung Malaysia kembali - lebih kuat, lebih sakti. PKP 3.0 ini bukan sahaja menyaksikan lebih banyak kes positif dan kematian, tetapi juga pelaksanaan kuncitara atau lockdown yang meresahkan dan merusuhkan.
Apa lagi yang mampu kita lakukan selain berserah pada doa, agar pandemik segera menghilang dan kita kembali dapat menakluk dunia dengan bebasnya.
Mengisi ruang kurungan dengan menonton filem yang memasukkan babak 'kembara' memang mengasyikkan. memberi harapan dan inspirasi untuk pergi ke tempat-tempat berkenaan.
Antara filem yang memancing perhatian saya ialah filem Highway (2014) ini. Lakonan Alia Bhatt dan Randeep Hooda. Cerita dimulakan dengan Veera keluar dari rumah untuk mengambil angin bersama-sama tunangnya. Ketika singgah di sebuah stesen minyak yang sunyi, Veera keluar dan menikmati udara malam yang nyaman sebelum melihat rompakan di kedai stesen minyak tersebut. Tidak sempat berbuat apa-apa, Veera dijadikan tebusan dan dibawa lari.
Di markas penculik, mereka bertelagah apabila mengetahui bahawa gadis yang diculik adalah anak Tripati, orang terkaya dan berpengaruh di Delhi. Untuk mengelakkan kejadian buruk, mereka berpakat membawa Veera jauh dari situ dan akan melepaskannya di suatu tempat terasing kelak sebelum menyembunyikan diri.
Di markas penculik, mereka bertelagah apabila mengetahui bahawa gadis yang diculik adalah anak Tripati, orang terkaya dan berpengaruh di Delhi. Untuk mengelakkan kejadian buruk, mereka berpakat membawa Veera jauh dari situ dan akan melepaskannya di suatu tempat terasing kelak sebelum menyembunyikan diri.
Namun, apa yang berlaku, Veera tidak mahu ditinggalkan atau balik ke rumah. Dia mahu mengikut si penculik, Mahabir untuk ke mana sahaja. Mahabir keliru dan dalam masa yang sama bimbang kerana membawa Veera bermaksud menyediakan dirinya kepada maut. Perjalanan merentas lima negeri (Haryana, Rajashtan, Punjab, Himachal Pradesh dan Kashmir) ini membuka mata Veera dan memujuk jiwanya yang parah akibat sejarah hitam dalam keluarganya.
Filem ini memaparkan keindahan dan budaya setempat yang membuka mata Veera dan tentunya penonton. Indah sungguh Himachal tu...
Namun, isu besar dalam filem ini ialah tentang persepsi orang jahat dan orang baik yang digambarkan begitu jelas. Veera yang diperlakukan dengan jahatnya oleh pak cik sendiri dan dilayan dengan bermaruah oleh penculiknya memberi pengajaran bahawa jangan menilai sesuatu dari luaran.
Dan soal sumbang mahram memang banyak terjadi di mana-mana sahaja. Kesan emosi dan jiwa yang trauma, hanya mangsa mengetahuinya.
Walaupun pengakhirannya menyedihkan, dan plot juga agak longgar, saya tetap menyukai filem ini. Semangat mahu kembara semakin kuat. Saya berharap selepas pandemik, saya dimurahkan rezeki untuk pergi ke tempat-tempat indah di seluruh dunia bersama anak-anak.
No comments:
Post a Comment