Apakah yang menakutkan dalam kehidupan manusia? Kemiskinan, keputusasaan, kehilangan, kelaparan, kematian. Demikian segalanya mungkin dialami ketika pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020.
Sungguh. Itulah detik yang amat menakutkan bagi saya ketika itu. Saya, dan mungkin sebahagian besar manusia di dunia ini berasa bimbang dan takut apabila pada awal kemunculan virus ini di Wuhan, China meragut ratusan ribu nyawa. Setiap hari bilangan yang terkorban amat tinggi dengan paparan wabak yang sangat menakutkan.
Salah sebuah video oleh Malaysia Gazette tentang mangsa kematian amat mengharukan dan dalam masa yang sama menakutkan. Bayangkan, seseiapa yang terkena jangkitan ini, tidak dapat dilawati oleh sesiapa pun dan jika mati, juga mati sendirian - tiada orang tersayang yang menemani.
Saya ingat ketika awal-awal PKP, bagaimana setiap orang begitu menjaga SOP yang ditetapkan sehingga sesiapa yang keluar rumah untuk beli barang, sebelum masuk ke rumah siap mandi dan cuci semua pakaian yang dipakai ketika keluar. Begitu sekali virus itu menakutkan kita.
Ketika keluar rumah juga, kita sentiasa menjaga penjarakan sosial seolah-olah setiap yang di sekeliling kita pembawa virus atau pembunuh.
Ketika keluar rumah juga, kita sentiasa menjaga penjarakan sosial seolah-olah setiap yang di sekeliling kita pembawa virus atau pembunuh.
Namun, yang menakutkan ketika itu, semakin sirna dan tidak lagi menakutkan kini. Adakah kerana vaksin yang dijanjikan sudah sedia digunakan?
Apa pun, perasaan takut seperti berada dalam peperangan itu masih saya ingati dan akan kekal dalam lipatan sejarah mereka yang mengalaminya. Semoga virus ini tidak lagi menakutkan dan dunia kembali pulih seperti asalnya...
Ia amat mengajar saya tentang banyak perkara:
- SOP yang sebetulnya amat penting dalam aspek kebersihan - pakai mask, basuh tangan dengan air atau sanitizer, penjarakan sosial, elak tempat sesak.
- Perancangan kewangan ketika keadaan mendesak
- Perancangan masa ketika terkurung di rumah
- Pengurusan emosi
- Menghargai mereka yang disayangi
*Tulisan ini menjawab persoaan tentang: Something the horrors of 2020 taught you
No comments:
Post a Comment