Kebimbangan demi kebimbangan dilontarkan oleh sebahagian besar masyarakat terhadap keputusan kerajaan melonggarkan PKP dan memberi laluan kepada sektor ekonomi untuk beroperasi.
PKP hari ke-46 saya berasa lelah dengan setiap bunyi dan makna. Mujurlah ada buku ini.
Men Are Trash, benarkah?
Seingat saya ya, belum pernah saya sebutkan secara lisan kepada mana-mana lelaki yang mengecewakan hidup saya bahawa mereka itu sampah (macam ramai je lelaki yang menyinggah dalam hidup saya. ha ha ha).
Tapi saya temui banyak peristiwa yang berlaku kepada kenalan mengenai 'Men are trash' ini. Tafsiran saya mengenai ayat ini ialah lelaki itu memang tidak berguna, tidak bertanggungjawab, buaya, mengecewakan, tidak budiman, tidak menghormati ibu bapa, penyangak dan banyak lagi.
Setelah membaca buku ini, saya tergelak tak berhenti. Definisi 'Men are trash' yang diceritakan dalam buku ini membuatkan saya kembali ke zaman sekolah, zaman remaja, yang bertemu dengan seorang lelaki hampeh luaran tanpa sempat saya kenal hatinya. Lelaki yang menganggap dunianya tidak 'complicated' tapi masih ada fokus dan tujuan.
Salman, 'lelaki sampah' yang menghiburkan
Pernah tak kau pergi kedai makan atau kedai mamak. Sambil makan kau dengar lelaki meja sebelah sedang sembang kencang dengan kawan-kawannya tentang perempuan-perempuan yang dia jumpa atau 'dating'. Kau hanya mampu tergelak-gelak mendengar cerita dia, dan sesekali tersedak apabila ada antara ceritanya mengejutkan.
Ha, begitulah saya mentafsirkan buku ini. Salman seorang lelaki yang menghiburkan dengan teknik penceritaan yang penuh kejutan.
Sebetulnya saya membeli buku ini sekadar mahu melihat penulisan Salman. Saya tidak berkawan dengan beliau di FB dan tidak pernah membaca hantaran-hantarannya. Salman cuma mengingatkan saya kepada Rahimin Idris, Pipiyapong, Jasni Md Zain (Catatan Seorang Askar), Sinaganaga dan beberapa penulis indie lain yang popular zaman blog dahulu.
Tapi tajuknya 'Men are Trash' ni sebetulnya tentang lelaki tak guna atau lelaki yang meminati muzik trash metal? Tak tahu. Sebab saya bukan penggemar muzik metal maka saya abaikan hal ini.
Cerita pertama tentang pertemuan Salman dengan Ain Nadirah membuatkan saya berasa tidak rugi membeli buku ini. "Dia ada cerita, dan dia menghiburkan." Ulasan awal saya setelah selesai membaca satu cerita.
Kemudian Salman menceritakan tentang ramai perempuan yang ditemui - Zety, Puteri Balqis, Farah Asyikin, Sofea Ashurah dan banyak lagi sehinggalah ke Fiza (catatan yang saya suka). Dalam setiap cerita benar-benar menghiburkan sama ada ia rekaan semata-mata atau benar-benar berlaku. Tidak lupa juga beberapa kisah dengan rakan-rakan lelakinya yang mengenalkan kita kepada watak-watak manusia yang pelbagai di dunia kecil ini.
Satu demi satu cerita membawa pembaca mengenali watak Salman yang disebutkan sebagai lelaki dambaan wanita yang kelakar, caring, dan friendly selain menjaga sembahyang dan tidak bercakap lucah.
Saya terhibur! Salman memang lelaki yang hadir sebagai penghibur di tengah kawan-kawan yang pelbagai wataknya.
Bacalah buku ini. Awak tidak akan rugi mengenali seorang 'Salman' yang menghiburkan hari-hari ketat awak. :P
Boleh beli di Studio Anai Anai.
Aih , bila sebut nama Salman, saya terbayangkan Salman Khan. Player, nakal dan tidak pandai duduk diam!
ReplyDelete