Sejak semalam PKP dilonggarkan, bermakna persekitaran mula sesak dengan manusia. Tidak dinafikan keputusan ini perlu bagi sesetengah sektor dan individu yang bekerja sendiri. Selama lebih 40 hari PKP dilaksanakan, ramai yang terjejas dari aspek ekonomi terutamanya industri kecil dan orang yang bekerja gaji harian (kerja sendiri).
Dalam tempoh PKP ini, entah mengapa sebahagian diri saya sukakan kesendirian. Berasa lega kerana kurang gangguan dan 'contact' dengan sekeliling. Saya rasa aman dan nyaman.
Introvert?
Keperibadian introvert mula merasuki saya. Saya berasa rimas di tempat yang dipenuhi orang, rimas diganggu oleh seseorang yang saya tidak suka, tidak mahu berkerumun tentang sesuatu hal yang popular dalam masyarakat, dan berasa perlu sombong dalam banyak hal.
Saya amat menikmati kesendirian ini.
Adakah saya introvert?
Saya amat menikmati kesendirian ini.
Adakah saya introvert?
Tidak. Sesekali saya berasa sunyi, tidak tahu mahu buat apa, bosan dengan kesunyian. Ada orang kata ini keperibadian ambivert iaitu titik tengah antara introvert dan ekstrovert.
Apa-apalah.
Yang penting PKP sudah dilonggarkan dan kemungkin rutin harian akan berjalan seperti biasa selepas ini. Saya akan mula sibuk dengan kerja pejabat, jumpa kawan sana sini dan bersesak-sesak dengan ramai orang di tempat tumpuan.
Dalam usia begini saya sudah rimas dengan kumpulan dan 'contact' dengan orang yang tidak perlu. Jadi apa saya perlu buat? Pura-pura jadi introvert? Rasanya tidak perlu kan?
Saya hanya perlu bertenang, katakan tidak kepada yang saya tak suka dan memilih aktiviti atau fikiran yang penting sahaja.
Malam ini sedikit penat. PKP melelahkan tapi dalam masa yang sama melegakan. Cuma saya tidak betah berlama-lama di rumah ini.
Malam ini sedikit penat. PKP melelahkan tapi dalam masa yang sama melegakan. Cuma saya tidak betah berlama-lama di rumah ini.
No comments:
Post a Comment