Sunday, May 03, 2020

PKP Hari Ke-47: Menuju Penamat?

Photo by Jessica Lewis from Pexels

Sebulan lebih mungkin tidak begitu lama berbanding 47 hari. Untuk menceritakan yang biasa-biasa, saya akan gunakan ayat 'sebulan lebih'. Sebagai contoh, Dia sudah tidak menjalankan rutin hariannya hampir sebulan lebih. Tiada sapaan mentari pagi, tiada kopi, tiada perasaan memulakan langkah menuju garis penamat. 

Namun, angka 47 hari lebih berat dan lebih terkesan penggunaannya berbanding sebulan lebih. Sebagai contoh; Selama 47 hari dia tidak menikmati kopi kesukaannya, di meja kerja yang ditimbuni dokumen-dokumen penting.

Mungkin. 

Hari ke-47 PKP, nampaknya orang sudah mula melupakan virus Corona yang pada awal-awal dahulu begitu menakutkan sehingga sanitizer dan mask pelindung wajah habis di pasaran. 

Garis Penamat?

Selama 47 hari ini kita berjalan, dan sesekali berlari menuju garis penamat - tempoh PKP berakhir. Namun, belum sampai ke garisan penamat, wisel sudah dibunyikan. Perlawanan terpaksa ditamatkan awal kerana memberi laluan kepada sektor ekonomi dipulihkan.
Namun dua hari ini kes positif meningkat lagi dan kedegilan masyarakat akan menatijahkan sesuatu yang tidak mampu dikawal selepas ini.

Bersediakah saya menghadapi 4 Mei dengan kelonggaran PKP?

Kopi selepas PKP pastinya berbeza daripada sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...