Wednesday, May 06, 2020

PKP Hari Ke-50: Hidup dan Waktu

Photo by Monoar Rahman from pexels.com

Hari ke-50 ya. Antara percaya dengan tidak (kenalah percaya sebab sendiri lalui), Perintah Kawalan Pergerakan sudah memasuki hari ke-50 dengan tanda-tanda pengurangan kes yang bergerak perlahan.

Apa khabar saudara/i?

Sudah mula beradaptasi dengan normal baharu, dengan rutin dan sikap baharu? Atau masih merindui zaman yang penuh kebebasan seperti sebelum ini?

Manusia, had dan waktu

Tidakkah kau tahu
hidup punya waktu
kasih tersia
bukan itu yang kumahu ...

Tiba-tiba teringat lagu Misha Omar, Angin Syurga yang menyebut tentang manusia yang punya waktu tertentu. Rasa sedap sangat ayat itu ditambah dengan suara lemak merdu  Misha Omar.

Sebetulnya membaca sebuah buku bertajuk Debaran Semusim di Cotabato. Baru mula baca jadi bukanlah mahu mengulas dalam entri ini. Sekadar tertarik dengan catatan penulisnya, Muhaymin Wahab tentang perintah berkurung di Cotabato. 



Sebetulnya ada beberapa negara lain (yang saya lupa sangat) yang menutup operasi dan perniagaan seawal jam 8 malam. Selepasnya suasana sunyi dan setiap orang berada dalam rumah masing-masing bersama-sama keluarga. Diceritakan juga hari minggu tidak sama seperti di Malaysia. Hari minggu di negara tersebut suasana lengang dan kebanyakan kedai tutup. 

Bayangkan, selepas PKP yang memperlihatkan kadar jenayah berkurangan, kerajaan mengambil keputusan mengehadkan pergerakan rakyat sehingga jam 10 malam sahaja. Dan perintah berkurung berkuatkuasa dari jam 10 malam sehingga 6 pagi.
Bagaimana agaknya budaya masyarakat Malaysia akan berubah selepas itu? 

Sekadar terfikir. Adakah masa 24 akan cukup untuk kita menikmati kehidupan ini yang sebelum ini dipenuhi pelbagai aktiviti? Cukup kita beraktiviti dari jam 6 pagi sehingga 10 malam sahaja. Selainnya berehat. 

Dan berbalik kepada lagu lirik lagu itu, benarlah, manusia punya had dan waktu. Isikanlah had dan waktu itu sebaik-baiknya. Tiada kehidupan kedua atau kelahiran semula bagi manusia. Yang hidup pasti akan mati.

No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...