Tuesday, July 30, 2019

BUDI

sumber: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=budi


Budi adalah soal besar dalam hidup. Bagi saya, orang yang berbudi, tingkat kedua tinggi selepas beriman. Sebab itu wujudnya perkataan 'budiman' yang bermaksud; budi + iman.

Orang yang budiman, menggaul peribadi yang baik, melalui kekuatan iman (dalaman) dengan sikap yang luhur (berbudi bahasa, rajin, bertolak ansur, tidak angkuh dll).

Bagaimana ia terbentuk? Melalui didikan ibu bapa, dan pergaulan dengan sekeliling, berguru dengan orang yang alim dan berilmu, dan banyakkan membaca. 

Adakah sekarang tidak ramai yang berbudi? 

Mungkin. Boleh lihat sekeliling dan senaraikan. Dari sedekat-dekat ahli keluarga sendiri sehingga ke masyarakat luar. 

- Meninggalkan perintah Tuhan, tidak menghormati ibu bapa, suami tidak menghargai isteri, isteri tidak menghormati suami, anak-anak tidak mampu dikawal, keras kepala, memaksa-maksa, tidak belajar dengan baik, tidak menghormati jiran, tidak menghormati undang-undang, angkuh, sombong, membazir makanan, tidak bertolak ansur di jalanan, bersikap dengki dengan orang lain, tamak, membazir masa ...

Bagaimana mahu jadi budiman?

Latihlah diri menjadi baik. Sukar tapi boleh. Kalaupun syurga terlalu jauh untuk dibayangkan, berbudilah kepada seluruh alam untuk ketenangan dan kebaikan diri sendiri. 


Jika kita tidak suka diperlakukan jahat, maka janganlah berbuat jahat kepada orang lain.

Pesanan: Jangan termakan budi.

Banyak perkara budi diperkatakan oleh masyarakat dek kerana pentingnya soal budi dalam melestari kehidupan. Jom baca peribahasa BUDI ini.



Banyak ubi perkara ubi,

     ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     budi baik saya kenangkan.




No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...