Tuesday, July 30, 2019

SUSUN

sumber: pexels


Susun, menjadi perkataan yang bermakna, dengan nilai yang ditetapkan. Setiap abjad ada kiraannya.

Demikian, permainan ini pun bermula. Kita berlumba-lumba menyusun dan membentuk perkataan dengan keterhadan abjad yang dibekalkan. Markah dikira. Maka, itulah keputusannya. Menang - kalah. 


SUSUN ...

Dalam kehidupan, susun-menyusun juga membentuk siapa dan nilai diri kita. Mengikut umur atau mengikut peluang dan ruang yang tersedia. Bagaimana kita mengisi takdir, membentuk nasib - bergantung kepada bagaimana kita menyusun langkah dan tindakan kita.

Ada orang, hidupnya tersusun sejak kelahirannya - bersekolah, berjaya ke universiti, bekerja, kahwin, beranak-pinak, bersara, meninggal. 

Ada orang hidupnya tidak mengikut susunan kronologi - Sejak kecil gelandangan, tidak bersekolah seperti kanak-kanak lain, bekerja, bertemu pasangan, bercerai, hidup tak menentu, berusaha kembali, berjaya... gagal ...

Dan pelbagai lagi bentuk dan corak kehidupan manusia, mengikut takdir yang ditentukan oleh-Nya.

Susun, tidak semestinya perlu bermula dengan langkah pertama (usia muda). Susun, perbuatan atau tindakan berterusan untuk setiap langkah, sama ada langkah pertama atau langkah yang berulang-ulang sehingga langkah penamat.

Setiap sesuatu ada susunannya walaupun hal yang sama. Susunan yang betul melahirkan hasil yang dikehendaki. Susunan yang salah, sila cuba lagi dan lagi.


Seperti kepingan puzzle, kita tidak tahu padanan dan sambungan gambar (takdir) yang ditentukan. Kita hanya mencari dan mencantumkannya mengikut kesesuaian. 

Akhirnya, terhasil gambar.



Bukankah, Tuhan sendiri mengingatkan ...


Demikian, hidup ini, adalah susunan dan cantuman takdir + nasib yang ditentukan pula oleh sikap + sifat kita menangani kehidupan ini dengan cara bagaimana.



No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...