Monday, July 29, 2019

LARI

Oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
*petikan lagu Bawa Aku Pergi, Kaka ft Zizan.


Ketika mendengar lagu ini berkumandang, saya fikir, 'Eh, bahaya, menggalakkan remaja lari dari rumah, ikut pakwe."

Kemudian, komen-komen pihak lain juga sama - ini lagu bernuansa negatif. Menggalakkan (menghasut) anak-anak gadis lari dari rumah. 

Namun, itulah situasi hari ini. Kalaupun tidak kerana lagu itu, fenomena anak gadis lari dari rumah memang sudah biasa. Kerana cinta, kerana terluka dengan keluarga, kerana depresi dan banyak lagi. 

Adakah lari mampu menyelesaikan masalah? Untuk apa kita berlari? 

Ada dua situasi 'lari' yang menangkap fikiran ketika membaca prompt yang disediakan oleh Norsa'adah Ahmad ini. 


SUFI YANG BERLARI





Sufi ialah salah satu watak dalam salah satu babak filem SEPI arahan Kabir Bhatia. Setelah isterinya meninggal akibat kemalangan (dan kesilapan dirinya yang cuai), Sufi terbeban dengan memori. Hatinya kosong dan tiada rasa meneruskan kehidupan. Sufi memenuhkan hari dengan berlari dan di situ dia bertemu dengan seseorang. Cinta berputik secara tiba-tiba apabila wanita itu menyedarkan tentang lari...

Sufi: Sebenarnya hari tu salah saya, bukan kasut. Saya berlari tidak berhenti.
Marya: Awak ni lari meninggalkan sesuatu atau pergi kepada sesuatu? 

Dan kemudian, Marya memberi cadangan tentang kasut yang menyedarkan Sufi, tentang tanggungjawabnya kepada dunia walaupun dia kecewa bagaimanapun...

RANGGA YANG LARI...



"Rangga, apa kamu lakukan ke saya itu, jahat!"

Dialog ini menjadi popular selepas Cinta menuturkannya dalam babak pertemuan semula Cinta dengan Rangga di Jogjakarta setelah 14 tahun terpisah (Rangga memutuskan hubungan dengan Cinta kerana ...)

Semuanya jadi alasan hanya atas tindakan 'lari'. Rangga, tidak menyelesaikan hal itu dengan baik. Hanya sepucuk surat, menyatakan keputusannya meninggalkan Cinta.

Pelarian Rangga juga berkaitan dengan pertalian kekeluargaan. Rangga sengaja tidak menemui ibu kandungnya, saking marahnya dia kepada ibunya, tanpa mengetahui apa sebab ibunya berbuat demikian (meninggalkan dia semasa kecil). 


Setelah mengetahui sebab putusnya cinta mereka, Cinta memaafkan Rangga, dengan sikap 'bergaduh tidak akan menguntungkan sesiapa'. Mereka pun berbaik. Dan nasihat Cinta, "maafkanlah ibumu."





Kedua-dua situasi LARI ini mengingatkan saya tentang hidup ini punya batas. Seperti puisi Aan Mansyur yang digunakan dalam filem AADC2 ini, tentang permohonan maaf Rangga kepada Cinta.

Semua perihal diciptakan sebagai batas 
Membelah sesuatu dari sesuatu yang lain
Hari ini membelah membatasi besok dan kemarin
Besok batas hari ini dan lusa
Jalan-jalan memisahkan deretan toko dan perpustakaan kota
Bilik penjara, dan kantor walikota,
Juga rumahku, dan seluruh tempat dimana pernah ada kita

Bandara dan udara memisahkan New York dan Jakarta 
Resah di dadaku dan rahasia yang menanti di jantung puisi dipisahkan kata 
Begitu pula rindu 
Antar pulau dan seorang petualang yang gila
Seperti penjahat dan kebaikan dihalang ruang dan undang-undang 

Seorang ayah membelah anak dan ibunya dan sebaliknya
Persis segelas kopi tanpa gula pejamkan mimpi dari tidur 

Apa kabar hari ini?
Lihat tanda tanya itu
Jurang antara kebodohan dan keinginanku
Memilikimu sekali lagi 


... dan hidup ini punya batas yang tidak memungkinkan kita berlari sewenang-wenangnya. Akhirnya kita akan ditemukan semula dengan apa yang kita tinggalkan...

SELESAIKAN, jangan lari!




No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...