antara gambar bunga paling awal saya rakam ketika baru beli Nikon D80 tahun 2008 dahulu. :) |
"Nama saya bukan Mawar." Dia menyahut tatkala saya memanggilnya dengan nama 'Mawar'.
Tapi, wajah dia memang mekar dan berwajah 'mawar'.
Dan kemudian semasa sekolah menengah, bertemu dengan manusia yang bernama bunga - Dahlia, Melor, Cempaka.
Alangkah indah.
Alangkah indah.
💟
bunga tangan dan inai tangan semasa majlis perkahwinan adik perempuan. :) |
"Yang perempuan-perempuan ni, balik tengok dalam almari. Jika tiada baju berbunga-bunga, something wrong!" Suara Dr. Rahmah Bujang memenuhi dewan kuliah.
Yat yang berada di sebelah saya menyumpah kecil - kerana dia antara perempuan yang hampir tiada baju dengan corak bunga-bunga.
Perempuan dan bunga, mana boleh berpisah. Demikian tanggapan dan pandangan umum tentang bunga dan simboliknya. Bunga ialah wanita, dan kumbang ialah lelakinya.
Maka banyaklah perumpamaan atau peribahasa berkenaan dengan bunga boleh kita teliti, hasil pengamatan masyarakat lama terhadap sekitar mereka.
Jauh bau bunga, dekat bau tahi
maksudnya: berkasih-kasihan itu lebih kekal dari jauh daripada berdekatan
Bunga tak sekaki, kumbang tak seekor
maksudnya: laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini
Bunga dipersunting, sudahnya akan layu
maksudnya: sesuatu yang dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang)
Bunga dipetik, perdu ditendang/ bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki
maksudnya: isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci);
Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur
maksudnya: setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua)
Bunga kembang berbalik kuncup
maksudnya: mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar
Bunga yang harum itu ada durinya
maksudnya: yang megah itu ada juga celanya
Bunga layu balik kembang
maksudnya: tatkala ternyata kebenaran seseorang yang tertuduh
Buang bunga ke jirat
maksudnya: berbudi kepada seseorang yang tidak mengenang (memerlukan) budi orang
Di mana bunga yang kembang, di situ kumbang yang banyak
maksudnya: di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki
sumber: Peribahasa tentang bunga ....

BUNGA DAN UMAR
Bunga, hadiah daripada Umar. |
Dan bunga pun berkembang
menitipkan harum segar
menyampaikan cantik mekar.
Demikian setiap hari
ketika bulan dan mentari berganti
ketika bintang menyembunyi diri
ketika engkau dan aku ke mari
begitulah bunga-bunga ini-
tumbuh dari benih membentuk tunas batang dan dedaun mengakar ke bumi
layu pun, kekal indah dalam ingatan hari.
senyumlah kerana mekar harum cantik warnanya
tiada empunya nama memiliki
ini bebunga yang saban waktu ditakdir untuk kita nikmati.
Senyumlah seketika,
pandanglah dengan rela
Itu bebunga
Jangan kau tanya tentang pengorbanannya
Tiada jawapan kecuali cinta semata.
~Zalila Isa. 2016~
dan bunga pemberian Umar lagi ....
💟
TERATAI
Ada sekuntum bunga, yang selalu saya semat dalam ingatan. Teratai.
Selepas tiga hari engkau pergi,
kesedihan masih bersisakolam mata tiada empangantatkala dirimu masih menjadi perbualan.
Selepas tiga hari engkau pergi,
aku masih ingin bertanyatentang hal yang menangguhkan pertemuannamun penangguhan itu kerja Tuhanpertemuan juga takdir Tuhanlalu aku hanya mampu diam menyimpan soalancuma sesekali terterjah pertanyaan"Apa khabar engkau di sana,wahai teman yang paling kusayang?Jangan bimbang, aku sedang memanggil senyumku pulang."
~Pertanyaan untuk Teratai. LH2017
Awak tinggalkan saya akhirnya bersama janji-janji kita. Damailah di sana. Allah lebih tahu itu yang terbaik untukmu.Saya yang tertinggal, biarlah.*Terima kasih atas segala perkara yang kita kongsikan. Terima kasih kerana terlalu bijak memberi keyakinan bahawa mendung kan berlalu, dan kita akan sama-sama nikmati hangatnya mentari nanti. Terima kasih menjadikan saya terlalu dungu mempercayai awak okey sahaja dan tak perlu bimbang apa-apa seperti yang awak beritahu dalam mesej dan perbualan telefon. Terima kasih meninggalkan kenangan yang manis, rasa yang mesra dan tenang dalam menghadapi ujian Allah. Terima kasih untuk rasa ini.
(Catatan 10 Disember 2017)
*Semua gambar dalam entri ini ialah milik penulis blog sendiri.
#julyblogpostchallenge #31julyblogpost
No comments:
Post a Comment