Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.
Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya ~ Usman Awang
bukan pohon beringin itu, tapi masih ... ah kasihan ... |
"Apa khabar?" tiba-tiba ada suara halus merdu menyapa.
Saya menoleh ke kiri. Tiada sesiapa. Kanan juga. Bawah, di bawah meja yang termuat beberapa kotak (hey, kenapa mesti fikir ada seseorang/sesuatu di situ?). Dan menoleh ke atas, siling - lampu masih menyala dan ruang menempatkan kipas pendingin hawa kaku seperti biasa. Belakang, jendela kaca yang luas menampakkan sebahagian pemandangan di sekitar, juga tidak aneh.
"Hai." Suara halus itu menerpa lagi. Mata menangkap sesuatu, pada jendela yang terbuka. Angin lembut menelusuri celah jendela dan suara itu bermula di situ.
💟
"Jadi, awak kata buku-buku ini punca segalanya? Hutan-hutan dimusnahkan dan pokok ditebang untuk membuat kertas, yang seterusnya terhasil buku-buku ini?" Saya bertanya tegas.
Sambung saya lagi, "Jadi, saya, kami, perlu hentikan ini semua? Hentikan buat buku? Hentikan penggunaan kertas?
Dia terdiam. Sesekali pandangannya beralih ke luar jendela. pandangannya mengitar sekeliling sehingga ke puncak bangunan perumahan yang tinggi itu. Kren dan pekerja-pekerja masih bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja yang diarahkan. Bunyi mesin simen, lori dan sesekali tung tang tung tang memecah sunyi.
Saya juga terdiam. Melangkah ke jendela, saya turut menyaksikan 'masa depan' sedang dibina. Hijau yang baru tumbuh sedikit menyegarkan mata dan pandangan terlempar pula ke arah hutan kecil yang dahulu memenuhi sekitar pejabat ini.
Beza hijau |
Oh, saya terlempar ke masa lalu - ketika mula-mula saya sampai di sini, membina kebahagiaan, memanifestasikan keinginan, cita-cita dan memenuhi usia yang berjalan dengan menggelumangi dunia buku, dunia penerbitan.
"Ya, bukan kerana buku. Kertas-kertas ini, tidak semuanya daripada pulpa kayu. Tidak semuanya perlu dihasilkan dengan menebang pokok, membunuh hutan, menghilangkan kehijauan." Dia menunduk, sedih dan ini menyebabkan saya juga turut bersedih.
"Maafkan saya, tidak banyak yang saya mampu buat." Saya berasa amat bersalah. Amat.
Dia menoleh pantas. "Tidak banyak?"
Terus dia memberi kesedaran, "Itu, di dalam buku yang sedang awak kerjakan, tertulis apa? Sekadar hiburan? Sekadar kisah cinta? Kisah seram yang menakut-nakutkan? Sekadar perkataan yang sia-sia tentang manusia dan kehidupan?
"Tidakkah buku itu sepatutnya menjadikan manusia lebih manusia, menghargai sekitar, menghargai ciptaan Allah, dan memelihara dengan seimbang setiap sesuatunya?"
"Tidakkah buku itu sepatutnya menjadikan manusia lebih manusia, menghargai sekitar, menghargai ciptaan Allah, dan memelihara dengan seimbang setiap sesuatunya?"
"Tidakkah seseorang yang pandai menulis, bijak mengarang, pencatat agung, perakam sejarah dan penerus masa hadapan berasa gusar dengan ekosistem yang semakin terjejas?"
"Jika semua tempat sudah dibina bangunan tinggi dan tanah-tanah pula diratakan, hutan digondolkan, manusia akan jadi apa? Pemenang? Jadi manusia moden yang gah dengan bangunan-bangunan batunya, yang gah dengan landskap bumi yang penuh dengan ciptaan-ciptaan dan binaan daripada fikiran manusia?"
"Jika semua tempat sudah dibina bangunan tinggi dan tanah-tanah pula diratakan, hutan digondolkan, manusia akan jadi apa? Pemenang? Jadi manusia moden yang gah dengan bangunan-bangunan batunya, yang gah dengan landskap bumi yang penuh dengan ciptaan-ciptaan dan binaan daripada fikiran manusia?"
"Tidak sedikitkah fikirkan kami?"
Saya menggeleng, memejamkan mata dan menjerit kepada dia, "Okey. Okey. Kami salah!"
Saya menggeleng, memejamkan mata dan menjerit kepada dia, "Okey. Okey. Kami salah!"
💟
Ya, kamu hanya mampu menulis dan merakam indahnya hijau dedaun dan tumbuhan di sekeliling. Kamu insaf dengan kesegaran daun, kehijauan yang asli. Kamu simpan gambar-gambar kehijauan yang dirakam. Kamu bangga. Lebih daripada itu, apa yang kamu pedulikan tentang hijau alam ini? Dia menegur halus.
Dia, seekor burung yang kecil, telah singgah di sini, mengajak saya berbual dan sebelum pergi dia telah membuatkan saya menangis, menanggung kedunguan diri dengan kata-katanya:
"Hijau rumput di lereng bukit itu tidak sama dengan hijau pepohonan kami. Hijau rumput yang kaummu tanam dan banggakan itu hanyalah untuk mengindah pandangan, melambangkan kemodenan. Hijau kami ... hijau kami ialah KEHIDUPAN dan di situlah rumah kami, tempat kami bermain, tempat kami meneruskan legasi dan generasi ...."
Tambah dia lagi, "Sekurang-kurangnya, jadikanlah kertas itu, kertas-kertas itu yang kamu penuhi dengan kata-kata, jadikan ia kertas yang merubah dunia. Tidaklah kami, hutan kami, pokok-pokok kami, kehijauan ini, menjadi sia-sia."
#julyblogpostchallenge #31julyblogpost
No comments:
Post a Comment