Tiba-tiba aku terpandang seorang gadis dengan sehelai selendang hijau pucuk daun yang terikat pada pinggangnya. Kemunculan gadis yang satu-satunya berbeza itu menggugah jiwaku. Angin lembut berdesir lalu. Selendangnya melambai-lambai jiwaku.Aku teruja untuk melihat wajah pemakainya. Dia mula melangkah dengan lembut dan sopan ke dalam jaba. Aku hanya terlihat kelibatnya, namun selendang hijau pucuk daun yang terikat pada pinggangnya telah membuat hatiku teruja dan berbaur dengan pelbagai perasaan yang tidak menentu. Aku mahu mengejarnya, namun barisan perempuan yang masih menanti giliran untuk masuk ke dalam pura telah menghalangku daripada berbuat demikian. Aku terpaksa menantikan giliran.
Selain mengingat 'selendang' pemberian orang yang tidak disukai semasa Tingkatan 6 dahulu, saya lebih suka mengingati kisah 'selendang' ini. Selendang Sukma (SS). Sebuah novel tulisan Isa Kamari.
Naskhah ini saya tangani pada tahun 2014, tahun-tahun awal perjalanan saya sebagai editor ITBM. Mungkin kerana saya 'bekas ustazah' (menurut ketua jabatan saya ketika itu), maka naskhah berat ini saya tanggung sebagai pengalaman baharu saya ketika itu.
Menangani naskhah SS ini tidaklah sesukar mana kerana Tuan Isa Kamari sendiri merupakan sasterawan mapan dari Singapura yang telah menghasilkan banyak karya.
Namun, cabarannya ialah persoalan isi kandungan yang membincangkan persoalan agama, persamaan agama, liberalisme, ekstremis agama. Mampukah saya yang cetek ilmu agama dan hanya 'bekas ustazah' ini?
Saya menyerahkan tugas suntingan luar kepada seorang rakan yang saya percaya beliau lebih pakar dalam hal ini, Tuan Azman Ahmad (Azman al-Kurauwi) - Al-Fatihah buat Almarhum yang telah meninggal dunia akibat kemalangan pada tahun 2016 lalu. :(
Almarhum merujuk kawannya yang bertugas di JAKIM dan akhirnya naskhah ini selesai disunting.
Almarhum merujuk kawannya yang bertugas di JAKIM dan akhirnya naskhah ini selesai disunting.
Apabila ia siap, saya berdebar. Bimbang pembaca tidak mampu menghadam naskhah ini dan takut berlakunya kes 'pengharaman' novel akibat isi kandungannya yang membicarakan persoalan agama-agama di dunia dalam bentuk yang halus, nipis, samar, sesamar selendang yang menjadi imej pada kulit novel ini.
Walaupun tidak diragu
kebenaran adalah satu
tetapi tidak sekering atau secetek
telaga makna yang telah kita timba
kerana kemanusiaan
adalah danau
yang tidak terjangkau.
Membaca puisi pendek sebelum memulakan bab 1 novel SS ini juga membayangkan agar pembaca membaca dengan ilmu yang tinggi dan pemikiran yang berasas.
------
“Sekilas pandang memang begitu, mas. Bagi orang Bali, segala aturan yang diwarisi turun-temurun tidak boleh dilanggar atau diubah secara mendadak. Adat orang Bali tidak boleh dicampur dengan adat atau kepercayaan orang luar. Masing-masing dalam kawasan tersendiri,” jelas Dewi. “Lantas kenapa Dewi sanggup merubahnya?” “Kerana aku mampu melihat, ada perkara yang lebih asasi dan murni daripada penerusan adat atau kefahaman yang sudah berakar. Kerana aku melihat, ada persamaan yang sangat berharga dan harus dipelihara dan dikembangkan di luar adat atau dogma,” tambahnya.
------
Adakah kemanusiaan yang Dewi dan Ilham perjuangkan masih belum mampu menyelamatkan dunia akibat berbeza kepercayaan dan ektremis dalam agama?
Bacalah. Dan nilaikan, kehidupan kita ini hanya senipis selendang yang menutupi sukma.
Bacalah. Dan nilaikan, kehidupan kita ini hanya senipis selendang yang menutupi sukma.
No comments:
Post a Comment