Tuesday, July 23, 2019

HADIAH

Sumber: Emila Yusof

Apakah yang menyenangkan dalam hidup selain menerima hadiah - tidak kiralah apa bentuk hadiah pun sama ada berbentuk material atau kesenangan perasaan. Simboliknya seperti lukisan Emila Yusof itu, bagai memeluk bumi, memiliki dunia. :)

Dalam Islam, memberi hadiah amat digalakkan:

Saling memberi hadiahlah kalian niscaya kalian saling mencintai ...
(HR al-Bukhari, al-Baihaqi dan Abu Ya‘la)

Hadiah biasa diberi untuk memperingati sesuatu, menghargai sesuatu dan meraikan sesuatu. Hadiah juga mampu menjadi jambatan yang menyambung dan mempererat perhubungan sama ada kekeluargaan, persahabatan atau perkasihan.

Sama ada pemberi hadiah atau penerima hadiah, perasaannya sama - bahagia, berbunga-bunga dan tenang. 

Namun, ada juga hadiah yang diberi untuk mendapatkan sesuatu. Memerangkap, menghambat, mengikat. 

Pernahkah saya alami semua ini? Tentang hadiah-hadiah dan perasaan-perasaan selepasnya? Tentulah pernah. Ada sebahagian hadiah membawa rasa bahagia, ada sebahagian pula mengesalkan dan kedua-dua situasi ini memberi pengajaran dan pengalaman yang bukan sedikit. 

Antara yang mampu saya ingati:

  • Semasa sekolah, kali pertama dipuji seorang guru, Cikgu Kamaruddin yang mengajar Bahasa Melayu. Waktu itu saya berada dalam Darjah 6. Alangkah bahagia apabila karangan dipuji. Itu hadiah paling membahagiakan buat anak kecil seperti saya yang tidak mengharapkan pujian atau apa-apa daripada guru selain mahu menyiapkan karangan dengan segera. :)
  • Semasa Tingkatan 5, tersenarai dalam prestasi cemerlang pelajar Elit. Namun, saya tahu saya antara pelajar terakhir dengan gred yang tidaklah cemerlang mana semasa percubaan SPM. Semasa majlis penyampaian hadiah, saya ambil bena tak bena sehinggalah cikgu memanggil nama abah. "Cik Isa, sini kejap ambil hadiah untuk Zalila." Ya, waktu itu abah bekerja di hujung padang sekolah, buat rumah guru. Dengan berkaki ayam, baju penuh simen dan debu sana sini, abah naik pentas dengan senyum bangga. Saya sungguh sayu masa itu. Entah mengapa. Mungkin sebab mampu membanggakan abah walaupun dengan pencapaian kecil. Mengingatkan peristiwa ini saya tak mampu tahan air mata sehingga sekarang (walaupun sedang menaip babak ini).
  • Semasa Tingkatan 6, pertama kali ulang tahun kelahiran diraikan oleh kawan-kawan sekelas. Walaupun berkongsi dengan tiga rakan lain, majlis ini sangat mengharukan. Ia membuktikan kebersamaan, penghargaan dan kasih di antara kami walaupun berlainan bangsa dan agama. Terima kasih semua yang terlibat. Kek sangat sedap. Hadiah begitu istimewa. Untuk saya, anak kampung yang tidak pernah meraikannya.
  • Semasa Tingkatan 6 juga saya dikacau-kacau oleh seorang senior yang sungguh saya tidak suka. Beliau menghadiahkan sehelai selendang dan entah mana selendang itu saya campakkan. 😈
  • Semasa tingkatan 6 juga beberapa siri pertandingan saya sertai. Antaranya dapat anugerah pelajar sastera terbaik. Juga kaligrafi (nombor tiga daripada tiga peserta menengah atas. :P)
  • Dapat melanjutkan pelajaran ke universiti juga sebuah hadiah yang besar buat diri sendiri di samping membanggakan abah dan emak.
Dan kemudian siri hadiah menjadi suatu kebiasaan - pakwe beri hadiah (hahaha), dapat Adli, Iyad dan Umar :), beberapa hadiah sempena anugerah penulisan, dapat itu ini, dapat buku 💓💓💓💓💓💓💓, hadiah ulang tahun kelahiran  dan banyak lagi. 

Perjalanan ini tidak luar biasa mana. Tiada yang luar biasa untuk diri saya, namun setiap pemberian dan hadiah yang diterima menjadikan saya lebih menghargai diri sendiri. Bukan sahaja hadiah berbentuk material tetapi juga ditemukan dengan orang-orang yang baik juga suatu hadiah bermakna buat saya. Ini paling nikmat, rezeki paling menambat.

Siapa tidak bahagia dikelilingi orang-orang yang bersedia menemani kita, bersama-sama menjadi bayang-bayang dan cermin, menjadi kopi dan buku, menjadi kek dan sudu.

Mengingat perjalanan yang penuh dengan hadiah ini, segera saya teringatkan drama Korea Cheese in The Trap yang sangat saya sukai ini. Seorang Hong Seol yang bukan siapa-siapa, yang berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Soel tidak mahu banyak, hanya mahu segala susah payahnya berhasil - dalam pelajaran, dalam persahabatan. Apabila ada ujian dan dugaan, tentulah ia mengecewakan. Tapi Seol kuat (walaupun kadangkala lemah). Dia kental kerana dia percaya jujur dan berbaik sesama insan akan menenangkan perjalanan hidup.

Drama yang bagus dalam memberi simbol tentang 'hadiah'.




I walked on the road you used to walk on
Because I was curious to see if it meant the same to me
The nighttime when the heart grows cold again
Seems like your emotions that I don’t know of
I look at my side that suddenly feels strange
I’m next to you and you’re caring for me
Just like our hearts that we’re becoming more used to
I can’t seem to draw it out
Because you held onto me, who shakes with the littlest words
You treated me warmly when I was clumsy with everything
You held me when I was being foolish because it was my first time
I drawing a blank again
Dust is settling
Dust is building up again
No one is in my heart
Dust is settling
Days when I only looked forward and ran
You held onto me, who resembled you
My heart was able to rest because I Was next to you
I smiled when you smiled
On the way to you, there was excitement
On the way back, there was emptiness
Loneliness
I want to see you longer
Slowly, slowly
I wanna hug even your long shadow
I wanna embrace you
I wanna hug you
You suddenly came inside of me
Asking me to eat with you
I fell for that unfamiliar, unknown look.
~Attraction - Tearliner ft Kim Go Eun


No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...