Sunday, July 21, 2019

NASI

cerpen Nasinya Tumpah


Nasinya Tumpah. Salah sebuah cerpen karya Fatimah Busu yang selalu saya baca - dan bacaan akan terhenti setakat cerpen ini sahaja. Ambil masa untuk sambung bacaan cerpen-cerpen lain. Terlalu sedih.
Teringat, selepas membaca cerpen ini, saya takut mahu makan nasi. Padahal cerpen ini tidak berpunca daripada nasi, tetapi cendawan kulat ...






💟



Nasi ialah makanan ruji orang Asia. Ruji bermaksud, kena ada setiap hari. Makanan utama. Nasi yang berasal daripada beras, berasal daripada padi, memberi perlambangan besar dalam masyarakat Asia. 

Dalam kebanyakan karya sama ada bentuk tulisan, drama atau filem, nasi diperlambangkan dengan sosio ekonomi masyarakatnya. 

Nasi yang ditanak cukup-cukup kerana beras sudah habis.
Meminjam beras daripada jiran.
Nasi berlauk garam.
Nasi berlauk macam-macam.
Nasi yang tertumpah di jalan raya.
Nasi yang dirampas lalu dihamburkan ke tanah.
Nasi ...
Nasi ....

Setiap yang berkaitan dengan nasi, membawa emosi dan amanat serta pemikiran pengkaryanya.

Nasi, ia tentang kehidupan masyarakat, tentang 'survival' dan tentang bagaimana kehidupan dilalui. 

*Teringin mahu hasilkan cerpen begini. Nantilah fikir. 








No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...