Berapa pucuk surat yang saudara/i terima pada hari ini? Tahun ini?
Bila kali terakhir saudara/i terima surat? Maksud saya surat tidak rasmi. Surat kenalan bertanya khabar. Surat ayah bonda menitip pesan. Surat kekasih merindu dendam.
a
Saya lahir pada tahun 1978. Generasi Y (the Echo of Baby Boom, lahir antara 1977-1997). Zaman Internet baru diperkenalkan dan tidak meluas. Telefon pun muncul ketika usia saya 12 tahun, dan penggunaannya amat terhad.
Ini bermakna saya merasai zaman surat-menyurat yang penuh seni dan cerita yang menarik.
Ah, siapa yang tidak gembira menerima perutusan surat bertanya khabar, ingin berkenalan dan menyampaikan hasrat hati. Seingat saya, sejak sekolah menengah hal surat-menyurat menjadi 'larangan' sesama pelajar dan saya terlibat dalam kancah itu.
Ketika Tingkatan 6, paling banyak surat diterima. :) Sehinggalah menjelangi kehidupan di universiti. Surat-surat bukan sahaja berbentuk sapaan perkenalan tetapi juga lanjutan keinginan melalui titipan puisi-puisi yang mengheret saya ke dunia sastera yang indah. Saya masih ingat surat berisi puisi Usman Awang pemberian seorang pelajar senior. Oh, sungguh jatuh cinta - bukan kepada pemberinya - tetapi kepada puisi-puisi Usman Awang. Saya kongsikan dua buah puisi yang sangat saya ingati ini;

Api dari matamu
Hutan rasaku terbakar
tujuh tanjung
Burung tak bernyanyi
sungai terhenti mengalir
Sengketa berlangsung di
hujung bulan purnama
Tapi tak menghanguskan
api dan jantung
yang terbina dari
zat-zat aneh teragung
Maha perkasa menggoncang
alam laksana taufan
maha indah memancar dari
menara kasih sayang
Sengketa tidak wujud
antara dua manusia
Jika antara kita tak ada
pihak ketiga
yang bisiknya membara
memanggang rasa
untuk kita saling
menghancurkan
semua yang telah terbina
Hanya zat-zat aneh
teraguung
berdiri di antara
kekuatan seribu gunung
menatang kasih yang kita
pahatkan
denyutnya mengalir ke
sungai hati
ke tasik senyum.
Konfrontasi, KL, 1963
Jika rasa ini seperti angin malam
bertiup dari laut dan gunung
melampaui tanah-tanah subur dan ladang menghijau
hati ini akan menghembuskan bahagia yang melimpah
bergetar bagai riak di tasek hati bulan cherah
kepada setiap benda supaya semua sama menchechah.

ambillah sebahagian dari rasa ini, terimalah
seperti hati yang kini mengerdip terserlah
keringkan air matamu, setitis jangan tumpah
biar kolam derita kering dan tak seorang pun
meski pengemis di bawah jambatan dan lorong
merasa sepi dan menatap dunia serba kosong.

dari sekuntum bibir dan sepasang mata hitam
bertunjang arti rasa; pedih-luka bahagiaria
itulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasa
kelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.
bertunjang arti rasa; pedih-luka bahagiaria
itulah alam hati yang menumbuhkan pohon rasa
kelopak demi kelopak menjelma meniti musimnya.
bahagia, anugerah keramat alangkah manisnya pagi ini
datang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi
pada setiap bibir dan hati
dengan megahnya mengukir kehalusan rasa
datang mendakapku dan biarlah ia selamanya menyanyi
pada setiap bibir dan hati
dengan megahnya mengukir kehalusan rasa
Kelopak Rasa
Kuala Lumpur, April, 1964
Kuala Lumpur, April, 1964
a
Saudara/i,
Beruntungnya saya lahir pada zaman kegiatan surat-menyurat masih subur. Surat, merupakan pertalian halus antara manusia menyatakan hasrat. Seluruh rasa tertumpah di dalamnya.
Sehingga kini, saya masih suka menekuni surat. Bukan sahaja surat sesama rakan, ibu bapa atau kekasih tetapi juga surat-menyurat antara pemerintah dan banyak lagi.
Dalam buku atau karya yang saya baca, jika ada babak surat-menyurat, saya akan baca berulang kali.

Sebagai contoh, novel Gadis Oren, karya Joestin Gaarder, sebuah karya terjemahan terbitan ITBM. Melalui novel itu, sang ayah yang sudah meninggal mengutus surat kepada anaknya ... pelbagai hal yang ingin disampaikan, dibaca ketika dirinya sudah tiada. Saya pernah mengulas novel ini dan memenangi hadiah ulasan. :)
Begitu juga dengan buku Kontrak Sosial, Perlembagaan Persekutuan 1957 dan Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia yang memperlihatkan hubungan Tanah Melayu dengan serantau - apa yang berlaku dan mengapa berlaku. Dua buah buku itu dipenuhi surat-surat dan dokumen yang sepatutnya memberi banyak pengajaran kepada kita tentang pembinaan negara yang bukan mudah ...
Kerana seni menyurat itu amat tinggi nilainya. Begitu juga dalam filem atau drama yang memaparkan babak surat. Sangat banyak. Perasaan jadi intim dan sangat dekat. Sehingga saya mengambil keputusan menguruskan sebuah projek buku bertajuk EPISTOLARI: 50 Pucuk Surat Kepada ... yang memuatkan 50 surat oleh penulis pelbagai latar belakang. Ia sebuah himpunan surat yang amat besar ertinya kepada saya.
a
Assalamualaikum,
Semoga surat dari budak yang kau benci ini tidak mengganggu keceriaan kau pada hari ini. Pertama sekali aku ucapkan terima kasih kerana kesudian kau memberi surat yang ketiga kepadaku walaupun ketiga-tiga surat tersebut banyak mengandungi unsur-unsur sindiran kepadaku. Namun aku mengakui surat yang terakhir itu serba sedikit menyentuh perasaanku. Nampaknya kau benar-benar benci pada aku ye!! Memang benar aku tidak layak berkawan dengan kau. Sebenarnya cara yang aku lakukan kepada kau merupakan satu cara untuk aku mendekati diri kau. Namun kau tidak boleh menerimanya. Tak apalah, mungkin aku bukan lelaki yang kau idam-idamkan.....
Saudara,
Surat saudara masih saya simpan. Masih saya baca. Walaupun ia berada dalam simpanan sejak tahun 1997.
a
Ah, mengapalah emak membakar sebahagian surat-surat saya dahulu. Ia menjadi dokumentasi perjalanan hidup saya. Sangat banyak sebenarnya. Dia dan dia, dia dan dia. Mendewasakan saya melalui surat-surat yang ditulis dari hati.
Terima kasih Norsaadah yang mengembalikan saya kepada hal bernama surat.
#julyblogposts #july2019entries
No comments:
Post a Comment