Malam itu, ya malam itu ia bermula, sepuluh tahun lalu. Ia malam yang memulakan cerita sehingga hari ini.
Suara Siti Nurhaliza melagukan puisi Zubir Ali masih jelas dalam ingatan bersama puisi Rozais, Lelaki yang Patah Sayap Kirinya.
----
Engkau memanggilnya perlahan,
“Encik!” Tiada jawapan. Engkau panggil lagi dengan nada yang lebih kuat,
“Encik!” Juga tiada respons. Mungkin bunyi muzik terlalu kuat. Engkau mengambil
keputusan untuk berhadapan dengan mereka. Tapi tidak. Engkau tidak lakukannya.
Engkau sekadar menghulurkan tangan dan menyentuh bahagian sisi bahu salah
seorang daripada mereka dan mula mencuit lembut.
Lelaki itu berpaling sejurus bahunya
dicuit dari belakang.. Dan engkau menatap wajahnya dalam kelam malam yang hanya
disimbah cahaya lampu dari tiang-tiang. Engkau terkesima seketika. Dan engkau
merasakan, ada sesuatu yang terlontar jatuh keluar dari dirimu.
Diam engkau dipecahkan oleh suara
lelaki itu. “Ya, ada apa?” tanya dia.
Engkau, dalam buru-buru menjawab, “Saya
mahukan pamflet atau apa-apa maklumat tentang acara malam ini.”
‘Oh, media ya?” tanya dia.
Engkau mengangguk. Dia terus
meninggalkan engkau dan seketika kembali dengan sebuah fail. Fail itu
dihulurkan kepada engkau. “Ini maklumatnya.”
Engkau ambil.
Dia senyum lalu meninggalkan engkau di situ. Engkau masih di situ, mencari-cari
sesuatu yang jatuh tadi. Tapi engkau sendiri tidak pasti apakah ia.
Kali
pertama, engkau rasa engkau cukup beruntung sekali gus cuai. Engkau beruntung
kerana sesuatu jatuh ke dalam hati melalui dunia sastera yang indah. Engkau cuai
kerana menjatuhkan sesuatu yang engkau sendiri tidak pasti apakah ia dan adakah
ia masih di situ – pada sentuhan pertama tangan engkau pada bahu lelaki itu.
Dan engkau
pun jatuh cinta kali pertama. Pada indahnya sastera dan pada aura dia - lelaki
yang membelakangi engkau walaupun engkau tidak berharapan berhadapan dengannya.
-------
Cerita sepenuhnya boleh dapatkan buku Sedetik.com, terbitan Metromedia Solution yang menghimpunkan 50 kisah daripada 50 penulis. Tentang 'kali pertama' dalam hidup seseorang. :)
#julyblogposts #july2019entries
No comments:
Post a Comment