"Terima kasih." Hanya itu yang sempat disebut tatkala hujan menggila dan seluruh tubuh sebenarnya sudah basah.
Lima minit sebelumnya ....
Gambar hiasan. Sumber: Pexels |
Menyumpah-nyumpah dalam hati kerana terlalu leka di perpustakaan sehingga bas universiti yang sepatutnya ditunggu, sudah pergi meninggalkan perhentian. Berjalan kaki menuju ke kolej kediaman yang berjarak hampir dua kilometer adalah solusi terbaik kerana ada program yang perlu dihadiri jam 5 petang nanti.
'Tidak mengapa, boleh berjalan melalui 'jalan pendek',' bisikku sambil membayangkan perjalanan merentasi padang kecil dan tasik Varsiti yang luas.
Melihat langit, tentunya hujan akan turun sebentar lagi. Bau basah hujan sudah menerpa seiring angin yang mula dingin dan pohon rendang di sekeliling perpustakaan kelihatan gembira.
Beberapa langkah berjalan, guruh berdentum. Sedikit terkejut namun melihat jam tangan menunjukkan hampir ke pukul 4.30 petang, diteruskan sahaja langkah.
Tidak sempat berfikir-fikir, hujan menderu turun. Sambil sebelah tangan kononnya mahu menepis tujahan hujan membasahi diri (tentulah mustahil), langkah dilajukan sehinggalah hampir berlanggar bahu dengan seseorang. Mata terpejam-pejam akibat tembakan hujan yang laju dan dingin. Belum sempat melihat wajahnya, tangannya menghulurkan payung yang sedia terbuka.
----
"Terima kasih." Hanya itu yang sempat disebut tatkala hujan menggila dan seluruh tubuh sebenarnya sudah basah.
"Terima kasih." Hanya itu yang sempat disebut tatkala hujan menggila dan seluruh tubuh sebenarnya sudah basah.
Dan dia terus berlalu, berlari dan hilang dalam ribut hujan, tanpa sempat menyapa lebih jauh.
----
"Takkan tak nampak langsung muka dia?" tanya Akila. Tidak puas hati.
Aku sekadar menggeleng.
----
"Takkan tak nampak langsung muka dia?" tanya Akila. Tidak puas hati.
Aku sekadar menggeleng.
"Habis tu nak pulangkan payung ni macam mana? Ada 'sign' apa-apa yang boleh kau ingat tentang dia?" Akila mendesak.
Aku terdiam seketika, mengingat-ingat kejadian itu. "Coklat. Dia pakai kasut warna coklat." Aku menjawab perlahan.
Dan kami terdiam, memandang payung yang sudah lama kering di hujung katil.
Dan kami terdiam, memandang payung yang sudah lama kering di hujung katil.
Ada puluhan dan mungkin ratusan ribu pelajar, dalam puluhan fakulti dan belasan kolej kediaman.
Payung ini, harus kupulangkan kepada siapa, wahai lelaki berkasut coklat?
---
Jika kau terpandang seorang perempuan dengan sekaki payung, dalam cuaca panas, hujan atau di antaranya di padang kecil sebelum tadik Varsiti, sapalah dia; jika kau lelaki yang meminjamkan payung itu kepadanya, ketika hujan lebat beberapa bulan (dan kemudian tahun) sebelumnya.
No comments:
Post a Comment