Percayalah pada doa!
Suara ustazah puluhan tahun lepas semasa sekolah dahulu kembali menerpa. Sejauh mana kita percaya kepada doa orang lain dan doa diri sendiri?
___
Apabila saya membaca hantaran seorang rakan penulis, Norsaadah melalui link blognya http://norsaadah.com/31-perkataan-sebagai-pencetus-idea-writing-prompts-untuk-menulis-entri-di-blog-anda-dalam-bulan-julai-2019/?fbclid=IwAR26vizRUXUvHdhcy0x4EbHVmnCpfcROhANa0-SOGpNwxLhU9HAR5gMIvPs mengenai cabaran menghidupkan blog bersawang di samping melatih diri lebih rajin menulis, mencatat, dan cabaran perkataan pertamanya (prompts) pula ialah DOA, maka saya pun teringat doa saya semasa menghantar penyertaan ke sebuah pertandingan menulis puisi kemanusiaan pada bulan Mei lepas.
"Ya Allah, jika puisi ini menang, saya mahu terus tekal menulis, mahu orang baca, mahu orang ambil manfaat daripada tulisan-tulisan saya."
Dan kemudian selepas menyambut raya, saya dikejutkan dengan berita kemenangan puisi itu yang diletakkan pada tangga kedua. Naib Juara!
Kebetulan juga, puisi yang ditulis berkenaan dengan doa. Terinspirasi daripada doa khatam Quran yang dilagukan oleh anak ketika balik daripada sekolahnya, maka saya pun mengupas makna sebenar doa tersebut.
Di rumahku yang tersergam indah dan aman
Sungguh, saya kurang yakin sebenarnya. Puisi sederhana itu saya tulis dalam keadaan tergesa juga kerana tarikh akhirnya pada hari yang sama saya tahu tentang pertandingan itu. Alhamdulillah, puisi itu dipilih daripada lebih 200 penyertaan.
Apabila saya membaca hantaran seorang rakan penulis, Norsaadah melalui link blognya http://norsaadah.com/31-perkataan-sebagai-pencetus-idea-writing-prompts-untuk-menulis-entri-di-blog-anda-dalam-bulan-julai-2019/?fbclid=IwAR26vizRUXUvHdhcy0x4EbHVmnCpfcROhANa0-SOGpNwxLhU9HAR5gMIvPs mengenai cabaran menghidupkan blog bersawang di samping melatih diri lebih rajin menulis, mencatat, dan cabaran perkataan pertamanya (prompts) pula ialah DOA, maka saya pun teringat doa saya semasa menghantar penyertaan ke sebuah pertandingan menulis puisi kemanusiaan pada bulan Mei lepas.
"Ya Allah, jika puisi ini menang, saya mahu terus tekal menulis, mahu orang baca, mahu orang ambil manfaat daripada tulisan-tulisan saya."
Dan kemudian selepas menyambut raya, saya dikejutkan dengan berita kemenangan puisi itu yang diletakkan pada tangga kedua. Naib Juara!
Kebetulan juga, puisi yang ditulis berkenaan dengan doa. Terinspirasi daripada doa khatam Quran yang dilagukan oleh anak ketika balik daripada sekolahnya, maka saya pun mengupas makna sebenar doa tersebut.
MENGHUJAH KEMANUSIAAN
Kelmarin di sudut
menunggu
kitab ditutup santun
suara halus anak-anak
berkumandang menusuk
gegendang;
Allahummar hamna bil Quran
waj’alhu lana imaamau wa
nuurau wa hudaw wa rahmah...
Oh, anak!
berpeganglah kepada
ayat-ayat-Nya
dengan doa maha tinggi;
“Ya Allah kasih sayangilah daku
dengan sebab al-Quran ini
dan jadikanlah al-Quran ini
sebagai pemimpin, sebagai cahaya
sebagai petunjuk dan sebagai rahmat bagiku.”
“Ya Allah kasih sayangilah daku
dengan sebab al-Quran ini
dan jadikanlah al-Quran ini
sebagai pemimpin, sebagai cahaya
sebagai petunjuk dan sebagai rahmat bagiku.”
Sepanjang jalan menuju ke
rumah
Anakku mengulang cerita
gurunya
tentang Uhud dan Hunain
pelajaran bagi
orang-orang yang berfikir
lalu aku terlontar ke Palestin
dan Syria
percikan darah dan air
mata tidak terkira
nuraniku berperang di Uyghur
dan Rohignya
terlupa khabar Bosnia dan
Herzegovina
Tuhan, aku masih alpa di
sini;
Allahumma dzakkirna minhu
maa nasiina
wa ’allimna minhumaa jahiilna ...
wa ’allimna minhumaa jahiilna ...
“Ya Allah ingatkanlah
daku
apa-apa yang aku lupa dalam al-Quran
yang telah Kau jelaskan
dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui.”
apa-apa yang aku lupa dalam al-Quran
yang telah Kau jelaskan
dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui.”
Di rumahku yang tersergam indah dan aman
aku masih terheret –
Tentang kepedulian dan
kemanusiaan
kelaparan dan kemiskinan
peperangan dan
kehilangan
yang ditimpa bencana dan
melarat jiwa
yang tertinggal dan
terlantar sendirian.
Di
sana dan di sini di mana-mana sudut bumi
wajah-wajah
saudaraku penuh penanggungan.
Ya Allah,
sejak Adam dan Hawa
tercampak ke sini
akulah lautan manusia selepasnya
yang semakin lupa janji
kepada-Mu
untuk menjadi lebih
baik, lebih adil
demi semesta.
warzuqna tilaawatahu
aana al laili wa athrofannahar…
aana al laili wa athrofannahar…
waj’alhu lana hujjatan ... Yaaa
rabbal ‘alamiin
“Dan
kurniakanlah daku
selalu
sempat membaca al-Quran pada malam dan siang hari.”
Dan jadikanlah al-Quran
ini sebagai hujah bagiku.
Zalila Isa
Ini anugerah kedua selepas Hadiah Sastera Karya Utusan (HSKU) untuk tahun ini. Kira ini hadiah ketiga kerana HSKU, saya dianugerahkan dua kemenangan untuk puisi dan cerpen. :)
Dan sekarang tanggungjawab saya ialah mengingat semula doa saya itu dan cuba terus menulis dengan baik kalaupun bukan untuk kemenangan.
DOA.
Apabila melihat kembali senarai 31 perkataan itu, dan DOA menjadi perkataan pertama memulakan cabaran penulisan, ia merupakan suatu yang sangat tepat. Doa harus didahulukan dalam apa juga keadaan. Terima kasih Norsaadah kerana ingatan itu.
Sebagai Muslim, tentunya kita sudah dibekalkan dengan ingatan, bacalah doa sebelum memulakan sesuatu apa pun. Islam yang cukup indah sentiasa memberi panduan hidup kepada umatnya. Tinggal kita mahu beramal atau tidak.
Tidak dinafikan, kita sebagai manusia juga sering lupa tentang tatacara hidup yang sederhana ini - mulakan hari dengan doa yang baik-baik. Kita lupa. Lalu Allah ingatkan dengan pelbagai cara - urusan yang tergendala, kesukaran di sana sini, ujian dan cabaran merungsingkan hati.
Lalu kita pun hanya berdoa ketika sukar, ketika sedih, ketika menangis.
Padahal doa perlu disebutkan ketika kita dalam apa juga situasi. Bacalah doa sebelum memulakan sesuatu. Ia akan menjadi pelindung, penguat semangat dan menunjukkan ketaatan kita pada Ilahi.
Ia mudah, tapi kita yang alpa.

"Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina'." (Al-Mukminun: 60)
Berazamlah dari sekarang, untuk sentiasa BERDOA dalam melakukan apa-apa sahaja. Betulkan niat dan berdoalah sungguh-sungguh agar segala apa yang kita lakukan diberkati dan dalam perlindungan Tuhan.
Kalaupun apa yang didoakan kurang jaya, atau ditimpa ujian yang mencabar, sekurang-kurangnya kekecewaan itu tidaklah sampai membunuh jiwa kita untuk terus bangkit dan memulakan langkah kembali.
Selamat berdoa, kawan-kawan, untuk segala urusanmu!

#julyblogposts #july2019entries
Wah! Dah mula.
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan.
Jom...
Delete