Tuesday, July 23, 2019

SAHABAT



sahabat saya ialah diri saya sendiri

 Sahabat? Apa erti sahabat bagi awak? Bagi saya ....

Sahabat ialah seseorang atau sesuatu yang kita senangi, berada di sisi kala susah dan senang, menasihati kala suka dan duka. Mungkin sebagai bayang-bayang, dan selalunya menemani ketika diperlukan. 

Kerana sejak sekolah saya seorang yang introvert (mild introvert), maka definisi 'sahabat' saya temui ketika dewasa, ketika mengenal diri sendiri, ketika melihat keperluan diri melebihi keperluan lainnya, ketika tidak perlu terpaksa berkata 'ya' atau 'tidak' - saya ialah sahabat diri saya sendiri. 

Selepas mengenali diri, tahu apa yang diperlukan dan sudah punya pendirian, barulah saya melihat sekeliling, dan segala apa yang saya sukai, saya senangi akan saya jadikan sahabat, buat menemani perjalanan diri. 

Tentang keluarga, tentang kerjaya, rakan-rakan di sekeliling dan segalanya.


💟


Anak-anak adalah sahabat terbaik, kata mereka. Dan saya selalu membenarkan. Kerana mereka ialah sebahagian diri, maka apa yang mereka lakukan, katakan dan perlihatkan, ialah diri saya sendiri. 

Perlulah saya bersahabat dengan mereka kerana sehingga akhir hayat merekalah yang akan menemani dan insya-Allah menjaga saya kelak. 

Siapa mereka, ialah siapa saya. Mereka, cermin bagi saya.


💟


Sahabat saya ialah buku. Buku kalau pun mengecewakan, tidak pernah menyedihkan. Dahulu, ya, dahulu selalu juga saya silap pilih buku kerana 'menjaga hati' penulisnya, tersilap tafsir melalui blurb dan beli dengan nafsu. 

Sekarang, saya lebih adil, lebih waras dan lebih wajar dalam memilih 'sahabat' yang ini. Mungkin juga faktor kerjaya yang saya anggap juga sebagai sahabat kepada diri. Kerana saya suka buku, maka kerjaya sebagai editor menjadi satu keberuntungan yang tidak tahu mahu disamakan dengan apa. Alhamdulillah, sungguh saya bersyukur dengan takdir bersahabat dengan buku.

💟


Dan akhirnya, kembali kepada diri semula, sahabat saya ialah saya. Maka, saya berjanji untuk menjaga diri dengan baik dari aspek jasmani dan rohani.

Semua orang fokus kepada penjagaan dalaman, rohani, perasaan. benarlah, apa yang kita fikirkan, rasakan dan hadam akan membentuk sikap dan sifat kita dalam kehidupan. Bak kata Za'ba, "Perangai bergantung pada diri sendiri."

Menjadi tanggungjawab kita menjaga hal-hal dalaman. 
Namun, jangan pernah menafikan penjagaan luaran. 

Sejak tahun 2013, saya mula bertemu 'sahabat' yang ini. Sungguh, ia merubah diri saya kepada saya hari ini - cuba menyeimbangkan hal-hal dalaman dengan luaran. Saya fikir menjaga penampilan diri hal sepele, ah, pakai sahaja apa yang ada. 

Namun persepsi terus berubah sejak mengenali dan menggunakan Mary Kay sehingga kini. Betapa sahabat yang menjaga penampilan saya ini benar-benar membantu saya menyeimbangkan hal-hal perasaan dan penampilan diri. 



💟

Terima kasih kepada semua 'sahabat' saya kerana menemani perjalanan hidup saya sehingga ke saat ini. 



No comments:

Post a Comment

Pergilah, Kekasih Hati Kami!

Allahuakbar! Demikian ketika kami mendengar khabar Bella ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas minggu lalu. Namun begitu, ibunya b...