PKP hari ke-21. Banyak perkara tidak berkembang dengan laju. Mungkin kerana terkurung, terkawal, maka beginilah hasilnya. Tidak semua perkara boleh diselesaikan secara dalam talian (online). Tapi redalah kita dengan situasi yang berlaku.
Bagi yang suka membaca dan menulis, mungkin ini masa yang baik duduk diam-diam menghabiskan buku-buku yang berada di rak atau menyelesaikan kerja-kerja penulisan.
Hari ini, beberapa perkara mengganggu dan mood jadi ke laut. Buka YouTube, hanya lihat apa yang terpapar sehingga bertemu semula dengan drama ini, Oh My Ghost, drama tahun 2015 ini yang menemukan saya dengan pelakon berbakat Jo Jung Suk (lepas tu terus cari semua drama lakonannya).
Saya menonton drama ini sekitar tahun 2019 kalau tak silap. Drama yang menarik. Tentang hantu comel yang bergentayangan, masuk ke dalam tubuh gadis polos dan akhirnya merungkai misteri kematiannya di samping babak percintaan chef dan gadis itu yang berlangsung dengan menarik.
Namun apa yang ingin saya catatkan di sini bukan ulasan drama tersebut.
Blog dan Jurnalisme
Dalam episod satu drama ini, ada babak seorang blogger terkenal datang ke restoran Chef Kang lalu membuat kacau. Blogger tersebut sengaja membuat onar dan mengugut akan menjatuhkan reputasi Chef Kang serta restorannya.
Chef Kang, tanpa rasa takut terus menghalau blogger tersebut kerana sombong dan kemudian beliau menuturkan dialog seperti dalam gambar di atas. "Mengapa perlu saya takut dengan dia (blogger)? Dia siapa? Dia siapa mahu menilai masakan saya?"
Malah dalam drama tersebut juga Chef Kang menjadi pembaca setia sebuah blog masakan yang diberi nama "You Are My Sunshine" dan berasa tenang setiap kali membaca blog yang penuh tulus itu.
Chef Kang, tanpa rasa takut terus menghalau blogger tersebut kerana sombong dan kemudian beliau menuturkan dialog seperti dalam gambar di atas. "Mengapa perlu saya takut dengan dia (blogger)? Dia siapa? Dia siapa mahu menilai masakan saya?"
Malah dalam drama tersebut juga Chef Kang menjadi pembaca setia sebuah blog masakan yang diberi nama "You Are My Sunshine" dan berasa tenang setiap kali membaca blog yang penuh tulus itu.
Ketika itu, saya terus teringat zaman saya berblog ketika menjadi wartawan dahulu. Ya, saya aktif berblog sejak tahun 2007 dengan menggunakan nama samaran, Bayan. Dan blog saya bernama Psittacula Alexandri. :P
Kenapa pilih nama blog yang pelik? Sebab waktu itu saya tiada idea langsung tentang nama blog. Biasalah, nak tajuk artikel yang ditulis pun sakit kepala daripada menyiapkan artikel 8 halaman, inikan pula cari nama blog.
Kenapa pilih nama blog yang pelik? Sebab waktu itu saya tiada idea langsung tentang nama blog. Biasalah, nak tajuk artikel yang ditulis pun sakit kepala daripada menyiapkan artikel 8 halaman, inikan pula cari nama blog.
Menatal Google, nampak seekor burung comel dengan nama saintifiknya Psittacula Alexandri, dan nama Melayunya Bayan. Bayan itu juga mempunyai makna yang besar dalam bahasa Arab.
Bayan is an Arabic name for boys and girls that means “to elucidate”, “to illustrate”, “to make clear”, “to speak with eloquence”. It also means “exposition”, “declaration”. The word Bayan is used three times in the Quran.
Waktu itu, kononnya hasrat saya mahu menjadi penulis yang memberi pencerahan kepada manusia sekeliling melalui penulisan saya. Besar betul cita-cita.
Tapi sebenarnya tujuan utama blog itu dibuka ialah kerana rakan sejawat menyarankan agar saya menyimpan artikel tulisan saya yang kemudian disambung ke link artikel asal diterbitkan (organisasi tempat saya bekerja) supaya capaian dan bacaan kepada umum lebih meluas. Waktu itu, blog sangat popular.
Seronoknya berblog zaman itu ialah penulis berselindung di sebalik nama samaran. Makanya, tulisan lebih tulus, 'pure' dan 'real' tanpa perlu tampilkan diri penulis. Saya sendiri, rasa bebas apabila dapat meluahkan apa yang terpendam dalam blog itu. (Namun rasa tak selesa apabila identiti diketahui secara realiti - jumpa di dunia nyata orang yang selalu tinggalkan komen di blog saya).
Selain artikel, saya juga menyelitkan gambar-gambar yang saya ambil berserta kata-kata dan monolog berbentuk peribadi. Ramai juga kenalan waktu itu yang menjadi akrab tanpa kenal rupa paras. Yang penting kami menghargai tulisan masing-masing yang pelbagai bentuk dan tentunya daripada tulisan itu kita dapat bayangkan personalitinya.
Terdapat juga blogger yang menulis dengan tujuan memberi pengaruh kepada pihak lain. Zaman saya berblog terdapat beberapa blog yang berpengaruh dalam arena politik (bermulanya 'keyboard warrior'). Blog politik ini akan bercerita apa sahaja mengikut pegangan politik masing-masing (saya kurang membaca blog politik ketika itu). Selainnya hanya berkisar minat seseorang sahaja - menulis, memasak, melukis, berkongsi ilmu agama dan lain-lain.
Seronok dan nikmatnya membaca tulisan orang (blogger lain) tanpa mengetahui siapa penulisnya.
Seronok dan nikmatnya membaca tulisan orang (blogger lain) tanpa mengetahui siapa penulisnya.
Beza Blogger dan Jurnalis
Apa beza blogger dengan jurnalis? Tentulah paling utama dari aspek kebertanggungjawaban atas apa yang ditulis dan fakta sesuatu yang ditulis. Jurnalis ialah wartawan bertauliah yang bertugas dengan mana-mana media awam. Setiap apa yang jurnalis tulis, ada tanggungjawab di situ kerana bernaung di bawah nama media masing-masing.
Blogger pula, mungkin terdiri daripada jurnalis juga tetapi kebanyakannya orang awam. Tidak dinafikan ada blogger yang juga beretika namun kebanyakannya terdiri daripada masyarakat awam yang menggunakan sepenuhnya Internet di tangan mereka untuk tujuan pelbagai.
Apabila Facebook muncul disertai media sosial lainnya dan juga Youtube dan Instagram yang melahirkan ribuan 'penulis' dan 'wartawan'. Ya, lahirkan wajah-wajah baharu 'penulis', dan persetan apa yang ditulis asalkan akaun media sosial masing-masing mencapai hit yang tinggi dan ramai 'follower'.
Muncul istilah Youtuber, Instafamous, dan mungkin lebih besar 'Influencer'. Mereka ini ialah kalangan orang awam yang mempunyai fungsi pelbagai, dengan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk kelangsungan hidup (sebahagian besarnya mendapat bayaran dan meraih kekayaan).
Isunya sekarang, bukan tentang apa yang ditulis sahaja tetapi juga apa yang dipaparkan (video).
Semua orang mahu jadi penulis, mahu jadi wartawan. Saya pernah menulis tentang etika penulisan di media sosial dan menyamakan sebahagian penggunanya sebagai 'si bisu yang mendapat suara'. Bukan sahaja terlalu ghairah menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran, malahan juga tidak disekalikan dengan etika dan adab penulisan.
Dalam artikel ini, saya menyentuh tentang apa yang dituliskan dan gaya bahasa yang digunakan - tanpa editor, bagaimanakah sesuatu penulisan akan dicerna oleh masyarakat? Tentunya tanpa tapisan.
Apabila semua orang sudah memegang 'pen' kebebasan, inilah yang akan berlaku. Pelbagai bentuk tulisan akan kita temui - tanpa tapisan. Baik orang awam atau wartawan arus perdana, masing-masing mula mengejar rating dalam talian. Cuma bezanya orang awam lebih cacamarba - dengan bahasa yang tidak terjaga, ejaan, bentuk penyampaian, apatah lagi isi kandungan tulisan.
Namun, kerana kita meraikan zaman media sosial dan semua orang punya hak untuk 'bersuara', hal ini semacam tidak boleh dikawal sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kebebasan itu ada hadnya. Kerana terlalu banyak kes pencabulan kata-kata, memfitnah dan menyinggung isu sensitif, nampaknya akta komunikasi diperketatkan semula.
Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertanggungjawab memantau dan menangani isu sensitif yang mengancam keselamatan negara seperti isu agama, kaum dan budaya. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertanggungjawab mengendalikan semua urusan berkaitan dengan internet serta mengambil alih kuasa pelesenan terhadap spektrum penyiaran dan komunikasi. (Berita Harian)
Kini, sesuai dengan situasi semasa yang menjadikan Internet sebagai gaya dan keperluan hidup, akta ini mula diberi perhatian dan ramai juga yang didakwa atas kesalahan menyalahgunakan media sosial.
Kita sesama kita menjaga dan mengawal kandungan bahan yang ditulis di media sosial. Wujudnya Jabatan Netizen Negara (ha ha ha), a.k.a 'tentera bawang' yang akan menyelesaikan atau mengeruhkan lagi sesuatu isu, menjadikan dunia tulis-menulis lebih rencam dan pelbagai ragam.
Penulis buku, di mana tempatnya?
Penulis buku (atau saya lebih suka jika penulis menaikkan taraf mereka sebagai pengarang), harus meletakkan diri pada tempat yang khas. Yang membezakan diri mereka dengan penulis-penulis media sosial lainnya.
Bukan soal mahu mengadakan kasta atau tingkat sosial. Tidak.
Namun seorang penulis yang sedar tentang tanggungjawabnya dalam kerja-kerja penulisan, harus segera menetapkan niat dan tujuan tulisan diterbitkan.
Namun seorang penulis yang sedar tentang tanggungjawabnya dalam kerja-kerja penulisan, harus segera menetapkan niat dan tujuan tulisan diterbitkan.
Apakah tujuan kita menulis? Apakah yang kita mahukan daripada tulisan tersebut? Bagaimana nanti perjalanan penulisan itu? Adakah sekadar seperti blogger dan netizen?
Tentulah kita mahukan lebih daripada aspek kebertanggungjawaban terhadap apa yang telah kita tuliskan dan bukan untuk meraih perhatian atau kemenangan (hadiah, pengaruh) semata-mata.
Popular seperti youtuber/instafamous? Silakan.
Ramai juga penulis yang mula menggunakan dua medium itu untuk mengembangkan lagi bakat dan keberdayaan pemasaran karya mereka, namun jangan lupa isi kandungannya janganlah tercemar oleh keinginan untuk 'dilihat' oleh umum semata-mata.
Ramai juga penulis yang mula menggunakan dua medium itu untuk mengembangkan lagi bakat dan keberdayaan pemasaran karya mereka, namun jangan lupa isi kandungannya janganlah tercemar oleh keinginan untuk 'dilihat' oleh umum semata-mata.
Nanti, apabila kita mati, tiga perkara yang akan dihisab, dan salah satunya ialah ilmu yang dimanfaatkan. jadikan penulisan dan buku kita sebagai ilmu yang dimanfaatkan pembaca.
No comments:
Post a Comment