https://www.pexels.com/@gonzalo-guzman-391363 |
Hari ke-25, hari ini isu yang berputar dalam kalangan masyarakat ialah tentang kelonggaran oleh kerajaan dalam beberapa sektor tambahan yang menjadi rungutan masyarakat sejak seminggu lalu.
Yang menjadi perhatian hari ini apabila soal rambut panjang dan kedai gunting rambut tutup, menjadi sebutan Perdana Menteri sehingga diumumkan kedai gunting rambut boleh beroperasi. Ramai yang menyatakan penolakan kerana hal rambut panjang bukanlah suatu yang mendesak. Sehinggalah tersebar berita kematian seorang tukang gunting rambut yang membuatkan kelonggaran itu ditarik balik.
Seorang Tukang Gunting Rambut di Mississippi, Amerika Syarikat meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19. Eugene Thompson, 46 tahun meninggal dunia pada Sabtu lalu (4 April) di Hospital St Dominic, Jackson, Mississippi selepas sebulan disahkan positif akibat jangkitan Covid-19. Thompson yang memiliki dua kedai gunting rambut iaitu Taper Nation dan Taper Nation 2 membuka kedai guntingnya semasa penyebaran Covid-19 yang meluas di Amerika Syarikat.
Tentang Rambut
Rambut setiap manusia berbeza, dari aspek jenis, tahap pertumbuhan dan juga warna. Bergantung kepada gen masing-masing.
Saya sejak kecil banyak buat hal dengan rambut. Rambut jenis nipis dan halus, kurang cantik bagi bentuk wajah saya bulat. Pernah sekali semasa darjah satu atau dua (tak ingat), saya menjadi cemburu apabila cikgu memuji rambut seorang kawan sekelas. Ya, rambutnya cantik dan lebat. Saya yang pergi ke sekolah mengikat rambut gaya ikatan ekor kuda (ponytail), terus membuka ikatan getah pada rambut dan mula merapikan rambut yang kembang itu sebaik-baiknya. Tapi rambut saya jadi sangat teruk dan kusut sampai cikgu pun pelik dan mengikat semula rambut saya. :P
Dalam fasa kedewasaan juga, saya yang bertudung tidak banyak mengambil kisah hal rambut sendiri. pernah berambut pendek, rambut panjang, rambut senget sebelah (sebab potong sendiri) dan macam-macam lagilah.
Pernah menonton sebuah video di Youtube, bagaimana seorang gadis ini daripada 'freehair' kemudian bertudung. Masalahnya, rambutnya yang dulu lawa jadi terjejas kerana bertudung. Tapi beliau tidaklah merungut kerana tudung. Beliau memberi tip menjaga rambut walaupun bertudung.
Persoalan rambut yang muncul hari ini sehingga menjadi masalah negara, bukanlah saya peremehkan. Setiap orang ada masalah rambut sendiri. Rambut cepat panjang, rambut susah diuruskan dan selama hidup (ha ha ha) memang bergantung kepada salon atau kedai gunting rambut.
Sabarlah. PKP ini bukanlah makan masa sehingga setahun (doakan). Baru tiga minggu, kan? Cubalah uruskan mengikut kemampuan yang ada. Sekarang pun banyak peralatan menguruskan rambut yang canggih dan boleh dibeli secara online. Potong rambut sendiri bukan jadi masalah pun. Senget pun tak apa. Siapa je nak tengok. Semua berkurung.
Melayari Google, ternampak beberapa fakta menarik tentang rambut:
- Bayi yang baru lahir sudah memiliki rambut. Pertumbuhan rambut sudah dimulai saat bayi berada di dalam kandungan. Di minggu ke-22, janin yang sedang berkembang di dalam kandungan telah memiliki kurang lebih 5 juta folikel rambut.
- Folikel rambut dipengaruhi oleh gen ibu bapa.
- Warna rambut dipengaruhi oleh jumlah melanin atau pigmen dalam rambut. Semakin banyak melanin pada rambut maka warna rambut semakin gelap.
- Rambut adalah bahagian tubuh kedua yang tumbuh sangat cepat setelah sumsum tulang belakang, iaitu sekitar 15 cm per tahun. Sebenarnya, pertumbuhan rambut setiap orang berbeza-beza, dipengaruhi oleh faktor genetik dan fasa *anagen.
- Rambut anda boleh menampung dua ekor gajah.
- Walaupun rambut menjadi bahan penting dalam bidang forensik, pihak penyiasat tidak mampu membezakan rambut lelaki dan wanita.
- Akar rambut manusia boleh membongkar sejarah tubuh manusia termasuk penggunaan dadah.
- Rambut berwarna perang adalah rambut pelacur pada zaman lampau Greece
- Cuaca tropikal atau panas menggalakkan pertumbuhan rambut berbanding cuaca sejuk.
- Tiada sesiapapun di dunia ini memiliki rambut lurus.
Sumber asal yang boleh dibaca di sini:
https://www.theguardian.com/uk/2004/may/27/sciencenews.research
https://iluminasi.com/bm/30-fakta-menarik-mengenai-rambut.html
https://iluminasi.com/bm/30-fakta-menarik-mengenai-rambut.html
*Anagen is the active growth phase of hair follicles during which the root of the hair is dividing rapidly, adding to the hair shaft. During this phase the hair grows about 1 cm every 28 days. Scalp hair stays in this active phase of growth for 2–7 years; this period is genetically determined.
No comments:
Post a Comment